Bab 9: Misi

382 24 9
                                    


Bukkkkk!!!! Satu tumbukan terkena di bahagian pipi kiri Jef sehingga membuat Jef rebah di atas lantai. Entah dari mana Ace datang, dia terus menyerang Jef tanpa berkata apa-apa.

Ace tidak mampu menahan kemarahannya sekarang. Dadanya berombak kuat memandang tepat pada wajah Jef. Salah Jef kerana tidak berterus terang dengan Ace tentang apa yang berlaku. Apa yang dilakukan oleh Kaum Ruth tidak boleh mencapai dek akalnya yang waras.

Rina, Lisa dan Fiza hanya mampu melihat kemarahan Ace. Baju mereka habis kotor diselaputi tanah kerana baru sahaja lepas pulang dari menggali kubur-kubur Kaum Hera.

Terkial-kial Jef kembali bangun dari rebahnya. Mata Jef memandang mereka berempat dari atas dan kebawah. Pipinya terasa pedih. Boleh tahan tumbukan Ace.

Mereka pergi ke 'sana' seperti yang dijangka oleh Jef sendiri. Ace memang pantas berbuat keputusan tanpa menghirau akibatnya.

"Kau pergi ke kubur tu ke?" soal Jef dengan riak wajah yang marah. Meluru langkah Jef ke arah Ace sehingga jarak mereka dekat di antara satu sama lain. Matanya mencerlung ke arah Ace yang menayang riak tidak puas hati.

"Kau rasa?" marah Ace dengan pertanyaan Jef. Mata helang Ace melawan pandangan mata Jef. Dia tidak gerun langsung dengan wajah marah Jef ketika ini.

Tangannya masih menggenggam kuat sebuah penumbuk. Jika ikutkan hati, nak sahaja dia menumbuk pipi Jef berkali-kali.

"Kau nak mati awal ke?! Huh!!!! Kalau mereka dapat tahu kau adalah Kaum Hera. Serta merta kau akan dibunuh dan dijadikan salah satu arak mereka. Kau nak ke????" marahnya lagi.

"Aku pergi sana sebab aku nak selamatkan mayat Reez. Aku tak bodoh la, untuk serahkan nyawa aku bulat-bulat pada mereka" bidas Ace. Suasana mereka agak tegang.

"Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni, Ace? Kau sedar tak!!!! Kau nak selamatkan mayat.....Mayat tau. Reez tak akan hidup semula kalau kau dapat selamatkan mayat dia sekalipun. Dia tetap mat......"

PPPanggg!!!!! Satu penampar dihadiahkan ke pipi kiri Jef.

Rina, Lisa dan Fiza terkejut dengan tindakan Ace yang menampar Jef.

Tangan Ace menggeletar hebat. Dia sudah cukup bersabar. Mata helang Ace memandang tepat ke wajah Jef.

"Aku sedar, Jef. Ya, memang betul aku nak selamatkan mayat dia. Sebab...aku tak dapat selamatkan nyawa dia semasa dia hidup. Aku gagal selamatkan dia semasa dia masih bernafas lagi. Aku gagal."

"Dan sekarang kau telah buktikan bahawa aku masih gagal selamatkan mayat Reez." kendur Ace membidas Jef.

"Kau tak tahu apa erti kehilangan, Jef. Kau tak akan pernah faham apa yang aku rasa. Tangan ni lah yang tutup wajah ngeri Reez pada malam tu. Dari wajah pucat dia, aku tahu... dia terseksa semasa dia hidup" terang Ace sambil memandang kedua-dua belah tangan yang pernah menutupi wajah Reez dengan jaketnya walaupun ketika itu dia tidak mampu berdiri lagi. Air matanya mengalir dengan sendirinya.

"Aku cukup faham apa yang kau rasa Ace.......

"...Kaum Ruth berada di mana-mana, Ace. Aku cuma tak nak kau jadi salah satu mangsa kekejaman Kaum Ruth sama seperti yang terjadi pada Reez. Sebab..." suara Jef sedikit kendur.

"Sebab kau juga Kaum Hera. Am I right?" sambung Ace. Wajahnya menatap wajah Jef yang sedikit keliru dan terkejut.

Terkejut Jef dengan apa yang dinyatakan oleh Ace.  Begitu juga Rina, Fiza, dan Lisa setelah mendengar kenyataan Ace. Hampir 8 tahun dia menyimpan rahsia itu. Jadi, Ace tahu selama ini dia juga adalah Kaum Hera.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now