Bab 14: Monster

196 19 2
                                    


"Perempuan seperti Ace, langsung tidak guna!!! Bodoh!!! Dah la pembelot, tak kenang budi pula tu!! Biar dia merempat dalam bilik tu sampai lunyai" garang suara lelaki itu mencerca perbuatan Ace membunuh ketua perisikan. Tercabar jiwanya pabila melihat Ace yang hanya menerima seksaan mereka. Langsung tidak memohon untuk berhenti.

Rasa puas hati lelaki itu tidak terkata kerana tangannya yang menumbuk, melempang dan mencederakan wajah Ace sehingga wajah Ace membengkak dengan sangat teruk.

"Kena seksa pun masih boleh tersenyum. Entah-entah dia dah gila kut. Dah la bunuh pegawai atasan. Silap hari bulan kena hukum gantung sampai mati" ujar lagi seorang tentera yang merupa salah seorang yang terlibat di dalam bilik tahanan bersama Ace.

"Lagi bagus kalau dia betul-betul gila, boleh kita 'ratah' dia setiap malam. Hahahah!!!" ketawa riang lelaki itu. Gelak tawa mereka kedengaran tidak sabar menunggu Ace menjadi 'santapan' tentera-tentera Kaum Ruth di dalam penjara.

"Berapa banyak dah perempuan mati dalam bilik tahanan tu. Aku pasti yang dia hanya mampu bertahan selama 2 minggu seperti perempuan-perempuan sebelum ini" sinis kata-kata yang keluar dari salah seorang lelaki itu. Senyuman sinis tertera di wajah lelaki itu. Puas hati lelaki itu menyiksa anggota badan Ace sebentar tadi.

"Aku rasa puas sebab dapat simbah air panas tu pada wajah dia. Kalau boleh aku nak toreh muka dia yang cantik tu sampai jadi buruk"

"Sayang betul. Wajah dia dah la cantik. Tetapi...sekarang rupa dia dah hauk sebab kena belasah dengan kita!!! HAHAHAH!!!" ketawa lelaki itu dengan terbahak-bahak.

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata garang yang sedang memerhati gerak geri mereka. Mata yang penuh dendam. Genggaman tangan hanya menunggu untuk dilayangkan ke wajah mereka. Jiwanya membara tatkala mendengar segala cacian yang dilemparkan oleh mereka.

Kakinya melangkah keluar dari persembunyian dan terus menerpa kearah mereka.

"Hey, Hayder. Kau dah lihat pembelot...."

Belum sempat lelaki itu menegur kehadiran Hayder yang secara tiba-tiba, ada tangan yang mencekik leher lelaki itu sehingga badannya terdorong ke belakang. Sangat kuat sehingga lelaki itu sukar untuk bernafas.

Mata helang Hayder menatap tepat pada sepasang mata lelaki itu seolah-olah ingin mengeluarkan bebola mata keluar. Jiwanya tidak mampu untuk mengawal kemarahan tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mereka berdua.

"Le..le...pas...kan"

Mendengar kata-kata lelaki itu tercungap-cungap, terserlah senyuman sinis di wajah Hayder ketika itu. Jelas lelaki itu meronta-ronta manakala rakannya tidak mampu menolongnya kerana Hayder bukanlah tentera biasa yang mampu mereka lawan sesuka hati.

"Apa yang kau katakan tadi sudah cukup buat aku berfikir yang kau akan hidup merana dalam neraka aku.....

"Tangan kau adalah penyebab perempuan tu lecur satu badan" kata-kata yang keluar dari mulut Hayder kedengaran sangat kecewa namun rasa itu dibaluti dengan rasa dendam yang teramat.

Hayder mengambil pisau belati yang berada disisinya lalu menikam telapak tangan lelaki itu. Tercacak pisau itu di tangannya. Namun, jeritan lelaki itu langsung tidak dihirau Hayder.

Apa yang dia lihat di dalam bilik tahanan itu sudah cukup buat hati dia terluka dengan keadaan Ace yang begitu teruk. Hayder tidak mampu menghalang kuasa ayahnya dalam ketenteraan Kaum Ruth namun tentera-tentera bodoh seperti dia mampu untuk melenyapkan mereka.

"Kaum Ruth seperti kau tidak jauh seperti anjing kurap!!! Tikaman ni tak setanding dengan apa yang kau telah lakukan pada perempuan tu!!!! Kau kena ingat, dia manusia bukan binatang macam kau!!"

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now