Bab 7: Mata (edited)

330 30 7
                                    

Ray dan Karl baru tiba di tempat kejadian, terkedu mereka saat melihat mayat Reez yang tergantung. Tidak lama selepas itu, Hayder juga menghampiri mereka. Jarak mereka bertiga tidak jauh dari Ace dan rakan-rakannya.

Ace mengumpul sedaya upaya tenaga untuk berdiri. Air matanya di lap habis. Baru sahaja Ace ingin mengalih badannya, namun terhenti langkahnya saat menatap wajah Hayder yang berdiri sebelah Karl dan juga Ray.

Ace meneruskan langkahnya semula sehingga dia betul-betul berada di sisi Hayder yang hanya jarak kurang dari 1 meter.

"Aku tak akan maafkan kau Hayder. Kalau kau tak letak aku dalam penjara, semua ini tak akan berlaku. Reez tak akan mati sia-sia" walaupun nada suara Ace agak perlahan namun ada sedikit tegas. Karl dan Ray turut mendengar apa yang dikatakan oleh Ace kepada Hayder.

Mata mereka menatap satu sama lain dan justeru itu, mata kelabu Ace mula bersinar. Membuatkan Hayder sedikit terkejut.

'Ya. Tekaan aku selama ini betul. Dia adalah....Kaum Hera....sama seperti... ibu' getus hati Hayder. Dia tak silap lihat. Mata kelabu itu bersinar sama seperti ibunya.

Ace, Rina, Lisa dan Fiza berlalu meninggalkan mereka bertiga.

'Ada perkara yang mereka perlu selesaikan'

............................................................................

Bukkkkk!!!!! Badan Jali, Jef dan Amer terdorong ke belakang akibat tendangan kuat dari Fiza, Lisa dan Rina. Terbatuk-batuk mereka menahan kesakitan yang teramat. Wajah mereka semua teruk dibelasah oleh mereka bertiga.

Namun tidaklah seteruk mana kalau nak dibandingkan dengan apa yang Jef lakukan pada Reez.

Ace mencangkung di hadapan Jef sambil berkata.

"Mana kau dapat racun tu? Aku tak ada masa nak cakap elok dengan kau Jef. Kalau ikutkan hati aku sekarang, aku gantung kau macam mana mayat Reez di gantung" tatapan mata Ace tepat pada wajah Jef. Wajah Jef ditenung. Bibir pecah akibat tumbukan Fiza sebentar tadi.

"A..ku...tak tahu...Arghhhhhh!!!!" jeritan Jef memecah kesunyian akibat Ace memijak tangannya dengan kasut boot Ace yang agak berat dan tebal.

"Kau masih nak cakap yang kau tak tahu?" sinis Rina.

"Baik..Baik...Aku bagitahu" takut Jef dengan ugutan mereka. Air liur ditelan beberapa kali terasa pahit. Jali dan Amer kecut perut dengan tindakan mereka bertiga. Wajahnya turut dibelasah teruk.

"Aku dengar yang kau cakap pasal 'pasar gelap' dan 'mereka'. Siapa 'mereka' yang kau maksudkan?"soal Ace dengan serius. Mata helang Ace sangat mengerunkan.

"Aku dapatkan racun tu dari pasar gelap. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk dalam pasar itu. Mereka yang aku maksudkan adalah Kaum Ruth yang bekerja di situ." jelas Jef dengan adanya suara getaran.

Ace yang mendengar penjelasan Jef dengan tatapan yang sangat serius dan mengerunkan.

"Kau boleh bawa kami ke sana? Malam ni juga" arah Ace.

Jef menganggukan kepalanya.

"Tetapi ada satu syarat yang kau orang perlu tahu" kata Jef dengan serius. Rasa bersalah mula timbul. Perlu ke dia bagitahu hal sebenar walaupun nyawa mereka akan turut bahaya.

"Apa dia?"soal Rina. Rina, Fiza, Lisa dan Ace menunggu penjelasan dari Jef dengan sangat serius.

"Butakan mata, pekakkan telinga, bisukan suara. Apa yang kau bakal lihat mungkin tidak boleh diterima dengan akal fikiran. Jangan sesekali cuba buat aduan kepada pihak atasan. Silap hari bulan, nyawa kau yang akan melayang kerana 'mereka' berada di mana-mana sahaja" pesan Jef dengan nada serius. Matanya memandang tepat pada wajah Ace dan beralih ke Rina, Fiza dan Lisa.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now