Bab 5: Fight

321 22 3
                                    

" Hati-hati Ace" pesan Fiza

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Hati-hati Ace" pesan Fiza.

Ace memandang wajah tiga rakannya itu lalu menjatuhkan kepalanya sedikit. Ace melangkah masuk ke dalam gelanggang dan seketika itu sorakkan anggota di situ semakin kuat bergema.

Jef sudah pun masuk ke dalam gelanggang dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang dan ketat. Terlihat bidang dada besar dan segala ototnya.

Ace bersedia dengan mengangkat tangannya dan mengepalkan tumbukan kedua-dua belah tangannya selari dengan dadanya. Matanya tepat memerhati gerak geri pihak lawannya. Jarak mereka berdua lebih kurang 2 meter.

Jef mengukir senyuman gatal dan bebola matanya bergerak atas dan ke bawah memerhati bentuk tubuh Ace. Ace tahu sangat pandangan lelaki miang seperti Jef. Banyak sekali spesis seperti Jef ni. 

"Perempuan cantik macam kau ni sepatutnya sibuk dengan bercucuk tanam, mengemas rumah" sinis Jef.

"Betul. Aku akan sibuk 'bercucuk tanam' mayat kau nanti. Just wait for it, jerk" bidas Ace. Wajah beku Ace jelas terpancar ketika ini. Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman sinis. jelas sekali wajahnya tidak terkesan langsung dengan ejekan Ace.

Tttringggg!! Bunyi lonceng pertama dibunyikan bermakna pertarungan mereka berlangsung selama 5 minit.

Jef memulakan serangan beberapa tumbukan ke arah perut Ace. Namun Ace sempat mengelak dengan tangkas dan membalas tumbukan ke arah tulang pipi kiri Jef beberapa kali sehingga Jef rebah seketika.

Seperti yang dijangka Jef akan target di bahagian abdomen. Suara Jef yang mengerang kesakitan jelas kedengaran. Cecair merah mula mengalir di celahan pipinya.

"Argghh!!! Tak guna punya perempuan"

Senyuman sinis diberikan oleh Ace kepada Jef.

Kali ini Ace memulakan serangan dengan memberi beberapa tumbukan di bahagian abdomen Jef sehingga langkah Jef ke belakang. Justeru itu, Jef terus mencengkam rambut Ace sehingga kepala Ace sedikit mendengok lalu membalas tumbukan di bahagian kiri abdomen.

Ace cuba bertahan dengan menghalang tumbukan itu, namun dia tidak mampu bertahan lama kerana serangan bertubi-tubi Jeff berikan.

Jef melepaskan rambut Ace sehingga Ace jatuh rebah.

'Kau memang sial main rambut aku' getus hati Ace. Ace memegang bahagian perutnya yang terasa sengal. Terbatuk kecil Ace. 'boleh tahan tumbukan dia ni.'

Serangan demi serangan diberikan oleh Jef di bahagian wajah Ace namun,  dia sempat mengelak dengan sangat tangkas.

Ace cuba mencari peluang untuk membalas serangan dan akhirnya dia menendang sekuatnya dada Jef. Dengan itu, Jef rebah ke belakang beberapa langkah. Tendangan Ace menyebabkan Jef rebah sedikit jauh.

Matanya tertacap pada wajah Agent Reez yang tidak jauh dari luar gelanggang. Agak terus dibelasah oleh Jef. Wajah dia agak suram seperti mayat hidup. Bibirnya agak kering dan kebiruan. Bebola matanya juga kemerahan.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now