Bab 2: Mey

363 25 0
                                    

"Kenapa kau tak cakap awal-awal yang mamat muka pecah ni ada sekali" tegas Ace bersuara walaupun perlahan

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Kenapa kau tak cakap awal-awal yang mamat muka pecah ni ada sekali" tegas Ace bersuara walaupun perlahan. Lisa , Rina dan Fiza hanya terdiam seribu kata tatkala melihat Ace marah. Mey pula berada di sebelah Ziq yang sedikit jauh dari mereka bertiga.

Kalau la dia tahu yang si Ziq ni ada sekali, lebih baik dia tak payah ikut. Lihat muka Ziq buat dia rasa nak tumbuk muka dia yang dah pecah tu. Bertambah pecah la muka si Ziq tu.

" Kau rasa kalau aku bagitahu yang si Ziq ni ada sekali, kau nak pergi ke. Kita pergi beli makanan lepas tu balik. Itu jer. " jawab Lisa

"Kau ingat kita orang suka tengok dia? Ni pun sebab terpaksa tau. Demi ulang tahun si Mey ni." jawab Rina. Masam muka Ace. Bukan sahaja Ace tak suka si Ziq disebabkan dia nampak mamat ni dekat lorong tu malam tadi. Tetapi ada sebab lain yang dia tak suka.

Mata Ziq tu tidak habis-habis pandang Ace. Ziq selalu memerhati Ace dalam diam namun Ace tahu pandangan Ziq lebih kepada gatal. Sebab tu kalau boleh Ace tak nak langsung terserempak dengan si Ziq ni.

"Ace. Nah Rm20 belanja kawan-kawan awak yang lain" kata Ziq sambil hulur duit itu dengan ]senyuman yang tak berapa manis jelas di wajahnya. Ace hanya melihat sekeping not rm20 dengan pandangan kosong.

"Ace ambil la. Boyfriend aku nak belanja korang" jawab Mey dengan senyuman ikhlas.

'Taktik lapuk. Nak belanja kawan aku konon. Sebenarnya nak tunjuk macho depan aku. Lebihnya nak pikat aku dengan duit sekeping RM20 tu. Mey ni tak tahu atau buat tak faham.'

"Tak pa. Aku ada duit sendiri lagi banyak dari yang kau pegang tu" kata Ace dengan belagak sambil keluarkan sekeping duit not RM100 dari dompetnya. Terdiam yang lain bila Ace sudah keluarkan karakter dia yang tak suka akan Ziq.

"Dah la jom. Aku lapar." sambung Ace sambil menarik tangan Lisa, Rina dan Fiza meninggalkan Mey dengan Ziq di situ.

Setelah 30 minit berlalu, masing-masing penuh tangan kiri kanan dengan pelbagai jenis makanan dan air manis begitu juga dengan Ziq dan Mey. Waktu maghrib sudah hampir masuk dan menandakan sebentar sahaja lagi warden akan lalu di koridor dorm mereka.

"Ace, Rina, Lisa, Fiza. Tolong cover aku dekat dorm. Aku nak keluar dengan Ziq sekejap...nak spend....."

"NO. Tak boleh. Aku tak bagi kau keluar dengan jantan muka pecah ni. Balik sekarang" kutuk Ace depan-depan Ziq dan Mey. Terkedu mereka semua tatkala mendengar suara tegas Ace. Jelas riak wajah Ace yang sangat serius.

"Kau kenapa Ace? Kenapa kau benci sangat dengan Ziq. Dia buat apa dekat kau sampai kau tak suka aku dekat dengan dia? Ke sebenarnya kau cemburu dengan aku ? " tebak Mey. Jelas wajah Mey merah padam menahan kemarahan.

"Aku cemburu? Dengar sini yer Mey, setakat muka pecah macam si Ziq berlambak dekat lorong gelap tu. Kalau kau tak nak balik, tak apa. Aku tak paksa. Dah jom kita balik. " saja Ace tekan kan perkataan 'lorong'. Dapat diperhatikan wajah Ziq berubah 180 darjah ketika mendengar perkataan lorong.

The Poison Blood: ACE  Donde viven las historias. Descúbrelo ahora