Bab 17 : Pilihan (warning!!)

220 21 12
                                    

Disarankan on music :title : Tatto by lorren

Degupan jantung yang laju menyedarkan Ace dari tidurnya. Pergerakkan Ace terbatas kerana kedua-dua belah tangannya telah diikat di belakang manakala kakinya juga turut digari. Penglihatan Ace turut terbatas kerana matanya dibalut dengan kain hitam.

Tidak tahu mengapa, badannya terlalu lemah, degupan jantungnya turut laju. Dia cuba meronta untuk dilepaskan namun, segala usahanya hanyalah sia-sia. Bau yang tidak menyenangkan masuk ke rongga hidungnya.

Ace cuba mengingati semula segala kejadian sebelum dia dikurung di tempat ini.

'Amar' . Aku akan ingat pembelot Kaum Hera sampai aku mati. 'Aku perlu keluar dari sini dengan segera. Kawan-kawan aku perlukan aku. Badannya cuba meronta-ronta namun dengan penglihatan yang terbatas menyukarkan lagi. Tenaganya juga turut habis.

"Ace...." sayu kedengaran.

Terkedu Ace tatkala mendengar namanya dipanggil. 'Fiza?'. Pergerakkannya terberhenti seketika.

"Fiza?..."

"...Kau.. ke tu?" soal Ace. Terketar-terketar bibirnya bertanya. Dalam hatinya dia tidak percaya yang dia masih boleh dengar suara rakannya itu.

Air matanya mengalir laju. Dia terlalu rindu akan suara itu. Rindu namanya dipanggil oleh sahabatnya.

"Ace..aku takut,..Ace" suara lain kedengaran di cuping telinga Ace.

'Rina?' terbeliak mata Ace saat mendengar suara sahabat yang satu itu. Kepalanya cuba menoleh ke arah dari suara itu datang.

"Aku tahu...Rina..aku tahu.." katanya seakan-akan memujuk seperti Rina berada di hadapannya sekarang. Air matanya bertakung kembali.

"Aku minta maaf Rina......"

"Aku tak mampu untuk tenangkan kau buat masa sekarang, seperti sebelum ini" sebak Ace. Disebalik suaranya ada rasa kesal yang mendalam.

Air mata Rina tumpah ketika itu.

Peristiwa sebelum ini terjah semula ke minda Ace. Dimana ketika itu, mereka baru mengetahui Mey juga turut menjadi mangsa penghasilan arak Kaum Hera.

Perasaan Ace ketika ini sangat bercelaru. Akalnya tidak mampu berfikir saat mendengar suara Rina dan Fiza.

Fiza dan Rina yang telah di rantai dan digantung hanya mampu menatap kosong pada Ace yang berada tidak jauh dari mereka. Wajah kedua-dua mereka sangat pucat seolah tiada darah. Raut wajah mereka berdua sangat pucat dan lemah.

"Lisa? Mana kau? " soal Ace dengan penuh kerisauan kerana suaranya sahaja yang belum kedengaran di telinganya.

Fiza dan Rina menatap di antara satu sama lain. Wajah mereka sangat kesal. Lisa telah dibawa oleh orang suruhan Alex ke satu tempat yang mereka sendiri tidak tahu. Dalam hati mereka berharap, tiada apa yang boleh menyakiti Lisa walaupun keberangkalian itu sangat tipis.

Ace hanya menunggu jawapan dari Fiza dan Rina tentang keberadaan Lisa.

Tiada jawapan.

Bang!!! Pintu itu dikuak dengan kuat sehingga menghasilkan bunyi. Bunyi derapan kaki menerjah ke cuping telinga Ace.

"Settle sahaja perempuan ni, bawak yang lain pula" arah salah seorang orang suruh Alex.

Fiza dan Rina yang melihat lelaki itu mengheret Lisa lalu di letakkan berdekatan dengan Ace. Keadaan Lisa yang terbaring longlai membuat hati mereka sayu. Dia terlalu lemah dan wajahnya terlalu pucat.

'Apa yang mereka bagi pada dia' ujar hati Rina.

Kain hitam yang menutupi kepala Ace dibuka kasar. Terbeliak mata Ace kerana terkejut dengan apa yang terhidang di hadapannya sekarang.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now