Bab 6: Racun

333 25 6
                                    

"Racun tu takkan bunuh Reez kan?" tanya Amer pada Jef dengan serius

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

"Racun tu takkan bunuh Reez kan?" tanya Amer pada Jef dengan serius.

Jikalau Reez mati di tangan mereka, kemungkinan besar mereka juga akan mati.

Pertanyaan Amer membuatkan Ace tertunggu- tunggu jawapan dari Jef. Tekun Ace mendengar perbualan mereka.

"Kemungkinan racun itu takkan bunuh dia tetapi dia akan berhalusinasi. Aku tak tahu berapa lama kesan racun tu" jujur Jef.

Amer mendapatkan kolar leher baju Jef dan mencengkamnya dengan kuat.

"Apa maksud kau, sial?" marah Amer.

"Mungkin dia akan jadi gila kerana racun itu akan membunuh sistem saraf " ujarnya. Ada getaran di sebalik suaranya kerana Jef seperti mengugutnya.

Menggeletar seluruh tubuh badan Ace setelah mendengar jawapan dari Jef. Ace cuba menutup mulutnya supaya suara getarannya tidak kedengaran oleh mereka. Dia cuba menelan air liurnya kerana rasa gugup yang sangat tinggi. 

Pernafasannya juga dikawal sebaik yang mungkin supaya mereka tak sedar akan kehadirannya. Dia sangat khuwatir jika apa-apa berlaku pada Reez. Pemikirannya sekarang agak kusut seakan-akan dia tidak percaya apa yang baru sahaja dia dengari.

Ace tidak takut jika kehadirannya di situ di ketahui oleh mereka tetapi kenyataan Jef sebentar tadi membuatkan diri dia terasa lemah. Dalam masa yang sama hatinya bergetar hebat kerana menahan amarah dan risau. 

Dia yakin bahawa dia tidak salah dengar apa yang dikatakan oleh mereka. Ace cuba mengumpul semula tenaganya untuk beredar dari situ secepat yang mungkin. Langkahnya dimaju secepatnya. 

Bagaimana sekalipun, dia akan cuba keluarkan Reez dari wad itu malam ini juga. Walaupun, nyawanya menjadi taruhan.

'Rina, Fiza dan Lisa' terus teringat nama rakannya. Dia perlu mendapatkan bantuan daripada mereka.

Setibanya Ace di bilik kediaman mereka, Lisa , Rina dan Fiza terkejut dengan kehadiran Ace. Ace terus ke lokernya untuk bersiap dengan menyarungkan jaket hitamnya.

"Kau pergi mana Ace dari tadi. Kita orang semua tunggu kau. Dah pukul 2 pagi dah ni." tanya Fiza. Mana taknya sebaik  sahaja pulang melawat Reez, Ace menghilang begitu sahaja. Pada awalnya, Ace memberi tahu yang dia ingin keluar sebentar.

"Kau bersiap ni nak pergi mana pula?" soal Lisa dengan pelik.

Jam sudah menunjukkan sudah pukul 12 malam , namun batang hidung Ace tidak muncul sehingga lah pukul 2 pagi.

"Semua siap sekarang" arah Ace dengan ringkas sambil lincah tanggannya menarik zip jacket hitamnya itu sehinga ke atas dan menutupi tubuhnya.

Lisa bingung dengan arahan dari Ace. Mereka bertiga melihat Ace sedang sukar menyarung sarung tangannya. Dengan rasa marah dan pemikiran kusut menyebabkan Ace menendang loker itu dengan sangat kuat sehingga menghasilkan bunyi yang agak kuat. 

The Poison Blood: ACE  Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt