Bab 19: Sabotaj

177 20 2
                                    

Hayder memandang sayu pada Ace yang terbaring lemah di atas katil bersebelahan dengan dirinya. Wajah pucat itu ditatap sepenuhnya. Dia tiada pilihan lain selain membawa Ace ke rumah sakit berdekatan. Jika tidak, Ace mungkin tidak dapatkan diselamatkan.

Namun, mungkin itu harapannya untuk selamatkan Ace tetapi tidak bagi Ace yang ingin mengakhiri kehidupannya sendiri. Raut wajahnya disapu kasar. Dia terlalu kusut dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.

'Sesakit itukah kerana kehilangan, sehingga sanggup mengambil nyawa sendiri' kesal hati Hayder dengan keputusan yang dilakukan oleh Ace.

Dia yakin Ace tidak selemah ini. Tetapi hatinya tidak dapat nafikan susuk tubuh yang berada di hadapannya sekarang adalah orang yang sama yang dia kenali beberapa bulan yang lepas.

Dimanakah perginya Ace yang begitu lantang bersuara?

Dimana Ace yang begitu berani mengambil risiko demi menyelamatkan rakan-rakannya?

Dimanakah perginya sikap tegas Ace yang dahulu?

'Kenapa ia berlaku lagi?' getus hati Hayder. Matanya terasa hangat.

Matanya dahulu telah menyaksikan kematian ibunya yang di gantung sampai mati dan kini ia nya berlaku lagi pada wanita yang berada di hadapannya, Ace. Trauma yang dahulu serta merta menerjah semula ke jiwanya. Sungguh terasa tersiksa dengan mimpi ngeri yang nyata.

Menyaksikan kematian orang yang tersayang telah membunuh jiwa kanak-kanaknya sehingga trauma dahulu menghantui hidupnya sehingga sekarang.

Pandangan kosong teralih saat dia menyadari ada satu tangan yang menyentuh bahunya.

"Hay...she will be okay...trust me" kata Karl dengan nada memujuk. Tidak tahu mengapa, Hayder sangat mengambil berat keadaan Ace. Dia orang pertama yang menjumpai Ace dalam keadaan tergantung.

"Kau dengarkan tadi apa yang Doktor bagitahu pada kita..."

"Racun..."

Saat itu mata Hayder menikam lembut bebola mata Karl yang berada di sisinya.

"Dalam badan Ace penuh dengan racun...Kau-kau ..kata dia akan okay?" air matanya berair lalu mengalir di pipinya.

Karl dengar apa yang dijelaskan oleh Doktor lelaki itu. Dia juga terkejut dengan apa yang berlaku pada Ace. Namun, meletakkan Ace di dalam hospital ini sudah menjadi risiko besar.

"Dia kuat Hayder..."

"Kuat? Jalan terakhir yang dia ambil adalah dengan mengakhiri hidupnya dengan gantung dirinya sendiri....itu yang kau kata dia kuat?" bidas Hayder.

"Dia tak..tak kuat, Karl...Dia lemah" kepalanya digeleng sedikit. Betapa siksanya Ace ketika ini.

"Mengakhiri hidupnya sendiri memerlukan dua perkara...keberanian dan.... keperitan yang tiada penghujung...betapa lamanya Ace berperang dengan diri sendiri untuk melenyapkan segala kesakitan yang dia rasa....itu lah yang dihadapi oleh Ace" sebak Hayder.

Tersentak dengan jawapan Hayder. Apa yang dikatakan oleh Hay ada benarnya juga. Dia juga tidak sangka yang Ace akan memilih jalan itu. Kesal sekali mereka berdua.

..............................................................................

Matanya cuba dicelik sedikit. Melilau matanya memproses segenap ruangan yang gelap dan hanya cahaya bulan yang datang dari tingkap menemani waktu malamnya.

Tubuh badannya gagah untuk bangun dari pembaringan. Segala jarum yang bersambung kepada antibiotik dicabut dengan kasar.

Tidak pasti kenapa dia berada di sini. Ingatannya hanya samar sahaja. Walaupun keadaannya masih lemah, namun dia tetap gagah turun dari katilnya. Kakinya melangkah ke bilik air.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now