∘°∘1∘°∘

13.6K 486 8
                                    

KELIHATAN kelibat Hana sedang sibuk menyiapkan assignment yang diberi oleh Madam Qaira kelmarin di perpustakaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELIHATAN kelibat Hana sedang sibuk menyiapkan assignment yang diberi oleh Madam Qaira kelmarin di perpustakaan. Hana lebih gemar study di library berbanding di rumah sewanya.

Di library, senang untuk dia mencari bahan bacaan atau bahan rujukan. Serta, dirinya juga seorang yang introvert. Hana jarang berkomunikasi dengan sesiapa tanpa ada kepentingan. Dada buku dipandang dengan teliti.

Pelipis dahi diurut sekilas, sebelum dia menoleh ke arah jam tangan di pergelangan tangan. Masih ada sejam lagi sebelum pukul 5 petang. Buku-buku berjudul tentang bisnes di susun rapi. Dia mengambil kos perniagaan dan pemasaran di Universiti Malaya.

"You tak balik lagi ke, Hana? Dari tadi I nampak You study dekat library ni, dah nak hampir lima jam. Tak penat ke?" soal Elhan sambil menilik iris mata amber milik Hana. Hana menggeleng malas.

"Tak," jawap Hana terlalu ringkas. Dia malas hendak bercakap dengan sesiapa lagi-lagi lelaki lagipula bukannya dia dapat anugerah kalau layan lelaki playboy macam Elhan ni.

Elhan mengukir senyuman sinis sebelum menghenyakkan punggung di sebelah Hana. Tersentak Hana dek kerana perlakuan tiba-tiba Elhan. Laju saja dia bangkit dari duduknya.

Buku-buku di atas meja dimasukkan ke dalam beg galas beserta dengan komputer riba miliknya. Sabar, lagi setahun tahun maka tamatlah gangguan dari Elhan. Dia rimas, cukup rimas!

"Kau nak pergi mana, Hana? Aku nak temankan kau belajar ni. Hai un profumo così buono." (You're smelling so good.) sengaja Elhan menggunakan bahasa asing kerana dia tahu Hana tidak mengerti bahasa itu.

Namun siapa sangka? Hana lebih arif tentang bahasa Itali. Sedikit sebanyak dia ada belajar dan bicara Elhan turut difahaminya. Cuma, dia hanya belajar bahasa itu dua kali seminggu secara atas talian.

"Stammi lontano," (Stay away from me,) bidas Hana, memberi amaran supaya lelaki dihadapannya ini berhenti mengganggu dirinya.

Terkebil-kebil Elhan memandang Hana tatkala mendengar nada berbaur amaran dari gadis di depannya. Pergelangan tangan Hana digenggam kuat.

"Lepaslah! Aku dah cakap jangan ganggu aku, kau faham ke tak?!" bentak Hana cukup tidak berpuas hati. Elhan ingat dirinya sama seperti perempuan yang pernah Elhan mainkan? Tidak sama sekali.

Raut wajah Elhan berubah bengis. Ini pertama kali dalam kamus hidupnya dia ditolak perempuan. Selama ini, perempuan yang akan datang padanya. Untuk apa? Untuk mengikis hartanya.

Elhan merupakan satu-satunya pewaris tunggal syarikat Dato' Emran. Sejak kecil lagi dia dimanjakan dengan harta, harta dan harta. Gadis seperti Hana bukanlah tastenya sama sekali. Tetapi, hanya Hana yang berani meninggikan suara padanya.

"Apa kau cakap, betina?! Aku takkan berhenti ganggu kau selagi kau tak jadi milik aku!" pesan Elhan. Jarinya menunjal kuat dahi Hana sehingga gadis itu terjelepok jatuh ke atas lantai marmar.

Hana mengusap sikunya yang terasa sakit. Dia menyampah! Cukup menyampah dengan lelaki yang tak cukup satu! Dengan lelaki yang permainkan hati wanita sedangkan darjat wanita itu tinggi!

Hana bangkit, dia tidak kisah untuk melawan Elhan. Pipi Elhan ditampar kuat sehingga wajah lelaki itu terteleng ke tepi.

"Kau tampar aku?! Kau memang betina si*l lah!" bentak Elhan. Baru sahaja dia ingin melayangkan penumbuk ke wajah Hana terasa tangannya dihalang. Kuat genggaman seseorang itu.

Hana memandang ke arah jejaka yang berada dihadapan matanya. Seketika, dia terbuai melihat mata kelabu jejaka itu. Cantik!

"Be gentleman, bro. Don't you dare to slap or tortured woman. We should take care of them not hurting them." pesannya sebelum berlalu pergi meninggalkan Elhan yang terpinga-pinga di sana.

"Kau tak payah masuk campurlah! Betina ni yang kurang ajar dengan aku!" bidas Elhan kasar. Eh, wait? Manusia tidak akan kurang ajar kalau kau tak kurang ajar dengan dia dulu.

Hana mengemaskan tudungnya dan lanyard yang tergantung kemas di leher. Beg galasnya dikemaskan sebelum dia meninggalkan dua manusia tadi. Lantaklah nak jadi apa.

Jejaka tadi meninggalkan Elhan. Elhan menggenggam kuat tangannya sehingga perlahan-lahan membentuk buku lima. Urat-urat hijau jelas kelihatan di sekitar dahi dan tengkuk.

HANA mengatur langkah kakinya menuju ke kafe di universiti tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANA mengatur langkah kakinya menuju ke kafe di universiti tersebut. Perutnya tiba-tiba bergendang kuat minta diisi. Mujur, Hana mempunyai biasiswa yang akan diperolehi tiap bulan.

Dengan adanya biasiswa itu, dia dapat menyambung pelajaran dan membayar sewa rumahnya. Bukan itu saja, Hana juga akan bekerja pada sebelah malam di sebuah kafe terkenal iaitu Ad&Ar Coffee King.

"Berapa ya makcik?"

"RM5 ringgit, nak."

Tidak pernah dia hairan walaupun yang dibeli itu hanyalah seplastik nasi goreng dalam plastik bersaiz kecil. Kira normal mungkin? Sedangkan kos sara hidup juga sudah meningkat.

Usai sahaja mengisi perut, langkah kaki diatur menuju ke rumah sewanya yang terletak 10 km dari universiti ini. Tidaklah jauh sangat, kadang-kadang dia sempat kejar bas tetapi bukan selalu.

"Assalammualaikum,"

Salam diberi sebelum langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah tersebut. Gril dan pintu dikunci rapat. Beg galas diletakkan di atas kerusi plastik. Lagi sejam dia peru menuju ke kafe pula.

Dia sudah lali. Walaupun dia belajar pada sebelah siang dan bekerja pada sebelah malam, dia tidak pernah kisah. Hana anggap itu cabaran untuk dirinya bertahan hidup di atas muka bumi ini. Dia mengatur langkah ke dapur sebelum segelas air kosong diambil.

Selain daripada seorang yang ulat buku, Hana juga begitu menjaga pemakanannya. Makanan segera? Hanya sekali setahun. Kadang sampai berbulan-bulan tak makan.

Tubuh diregangkan sebelum dia mengorak langkah ke dalam kamar mandi. Badan yang berlengas dan melekit membuatkan dia kurang selesa. Usai membersihkan diri kira-kira lima belas minit, t-shirt lengan panjang hitam disarung ke tubuh.

Jam di dinding ditilik sekilas. Dia perlu gerak ke kafe sekarang. Sekurang-kurangnya semua staff diarahkan tiba di kafe 15 minit sebelum kafe dibuka. Memang strict peraturan yang ditetapkan kerana si kembar tidak mahu ada pekerjanya yang tidak berdisiplin.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Maaf, awal-awal chapter lagi dah hambar. Anyways, keep supporting and votes! Thanks, lovelies <3

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now