∘°∘41∘°∘

4.6K 225 14
                                    

HARI berganti hari, Hana hanya termenung di birai tingkap menanti kepulangan suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI berganti hari, Hana hanya termenung di birai tingkap menanti kepulangan suaminya. Sepatutnya hari ini, Ziyyad akan balik ke Malaysia. Namun belum ada berita lagi tentang kepulangan suaminya.

Sepanjang tiga hari, dia langsung tidak dapat menghubungi Ziyyad. Semuanya tidak terjawab malah panggilan juga tidak sampai.

"Bila abang nak call Hana? Hana call abang tapi abang tak jawab. Hana rindukan abang.." ujarnya lemah, bahunya mengendur. Air mata yang bertakung di tubir mata akhirnya tumpah.

Langkah kaki diatur menuju ke dapur, kelihatan kelibat Kak Nad sedang sediakan makan malam. Dia langsung tidak berselera hendak makan.

"Kak Nad baliklah ya lepas ni? Nanti gelap sangat susah nak memandu. Jangan risau pasal Hana, kita okay sendiri dekat rumah." jelasnya, dia tidak mahu Kak Nad merisaukan dirinya.

"Tapi Puan Muda.."

Hana mengangguk laju menandakan yang dia okay bersendirian. Dia mengatur langkah naik ke bilik lalu mengurungkan dirinya. Lemah seluruh tubuhnya tidak berdaya.

Tubuh dibaringkan di atas katil, sesekali dia mengerling ke arah IPhone miliknya. Langsung tiada mesej mahupun call, barangkali Ziyyad sibuk sangat dengan kerjanya. Dia letakkan kembali telefonnya di atas bedside table.

Comforter ditarik menutup tubuhnya. Matanya mulai memberat, dan kantuk menguasai dirinya. Perlahan-lahan mata terkatup rapat lalu dengkuran halus terbit dari bibirnya.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Ziyyad mengurut pelipis dahinya, sepatutnya hari ni dia balik ke Malaysia tapi tiba-tiba flight delay pula. Private jet miliknya sengaja tidak digunakan. Dia menyesal pula tak tumpang sekali Raf naik private jet milik jejaka itu.

"I miss my wife so much,"

Telefonnya rosak kerana salahnya juga sebab letak dengan hujung meja. Tak pasal-pasal jatuh pecah ke lantai. Tapi sepatutnya selamat telefonnya namun ada pula bala yang sengaja memijak telefonnya.

Gadis itu mengikutinya ke Itali hanya sebab ingin mendekati Ziyyad. Dia sengaja gunakan nama ayahnya untuk membuat appointment dengan Ziyyad.

IPad dibuka sekilas, dia mengucapkan rasa syukur apabila ada penerbangan ke Malaysia jam 6 pagi. Tak apa, demi isterinya dia sanggup tak tidur di airport. Lagipun sekarang dah pukul 3 pagi.

Apabila mendengar pengumuman kapal terbang, laju dia melangkah ke balai berlepas. Luggage ditarik laju. Dia sudah tidak sabar ingin menemui isteri kesayangannya. Rindu kian menggebu-gebu.

Belakang tubuh disandarkan pada kerusi kapal terbang, IPad miliknya dibuka sekilas. Dalam IPad ini tiada aplikasi whatsapp atau aplikasi lain kerana ianya IPad baru. Yang baru dibeli setelah telefonnya pecah. Hatinya sakit mengenangkan peristiwa itu.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now