∘°∘50∘°∘

2.3K 177 8
                                    

MALAM itu, Hana hanya memakai abaya berwarna biru gelap sama warna dengan suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM itu, Hana hanya memakai abaya berwarna biru gelap sama warna dengan suaminya. Dia tilik seketika penampilannya di cermin. Langsung lekuk perutnya tidak ketara apabila mengenakan abaya tersebut.

"Isteri abang dah siap?" soal Ziyyad lembut, tubuh disandarkan di tepi pintu. Dari tadi dirinya memerhati saja tingkah laku isterinya.

Hana balas dengan anggukan, dia mengatur langkah mendekati Ziyyad. Baru saja ingin melangkah keluar dari bilik, terasa dirinya berada di awang-awangan. Tangannya memaut erat leher Ziyyad.

"Tak apa ke abang dukung ni? Nanti berat. Sekarang abang dukung ni dua orang bukan satu orang macam dulu.." usik Hana.

"Tak berat pun, setakat nak angkat isteri dengan anak abang apa yang beratnya. Every weekend, I workout at my own gym. Nak angkat tiga orang pun tak ada masalah." balasnya. Hana menjeling. Apa maksudnya?

"Jangan salah faham, maksud abang tiga orang tu misalnya macam sayang mengandung kembar. Insyallah hingga ke hujung nyawa, cinta dan hati abang hanyalah untuk isteri abang yang tercinta." jelasnya lembut.

"Mujur abang jelaskan, kalau tak memang sayang dah overthinking tadi." balas Hana, seraya tersenyum.

"Sebab abang tahu isteri abang ni kuat overthinking, so I will explain to you as soon as possible." langsung saja dia mengenyitkan matanya. Senyuman manis ditayangkan hingga lesung pipitnya muncul.

Ziyyad mengatur langkah berhati-hati menuju ke Mercedes AMG A45 yang terparkir kemas di kawasan parking. Dari tadi tidak lekang langsung senyuman di bibir Hana, membuatkan dirinya ikut tersenyum. Senyuman manis itu sentiasa membuat jiwa Ziyyad bergelora.

"Are you feel happy, my wife? If you feel happy, alhamdulillah I'm feel the same way too. I love your smiles, daisy. So please smile everyday for me," soalnya diselitkan dengan pujian. Dia turut senyum pada isterinya.

"Mestilah Hana happy, sebab hari ni abang bawa Hana jumpa mama dengan papa. Hana rindukan diorang semua. Abang tak pernah lelah nak layan karenah isteri abang yang mengada-ngada ni. Semua permintaan Hana, abang turuti." dia terharu.

Air mata turun membasahi lekuk pipinya, namun pantas saja jemari Ziyyad menyeka air mata berharga itu.

"Isteri abang memang mengada-ngada tapi dia selalu buat abang tersenyum. Dia pandai ambil hati abang, pandai pujuk abang. Isteri abang, Hana Kayyisa satu-satunya wanita terbaik untuk abang. Dia, wanita terhebat untuk Ziyyad Maleeq." lembut bicaranya.

Sekali lagi, Hana terharu dengan kata-kata suaminya. Mudah sangat dia tersentuh dengan bicara suaminya.

"Abang juga lelaki terbaik dan terhebat untuk Hana. Abang bagi Hana special treatment yang Hana tak pernah rasai sebelum ni. Abang buat Hana yakin yang cinta sejati itu wujud. Abang banyak bantu Hana sepanjang fisioterapi dulu. Abang tak pernah lelah bagi kata-kata semangat untuk sayang." senyum menghiasi wajah manisnya.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now