∘°∘22∘°∘

6.9K 286 11
                                    

MALAM menjelang, dan sehingga kini kelibat Ziyyad belum kelihatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM menjelang, dan sehingga kini kelibat Ziyyad belum kelihatan. Ini malam terakhir untuk dia bermalam di hospital setelah hampir dua bulan berkampung. Sibuk sangat ke Ziyyad dengan kerja tu, sampai tak ada masa nak lawat dia disini? Hati mulai menyimpan prasangka, sedaya upaya ditepis namun gagal.

Hana baringkan kepala, pandangan didongakkan memandang siling yang bercat putih. Mata mulai memberat, kantuk tidak dapat ditahan lagi. Gebar ditarik menutup sebahagian tubuh. Walau masih menanti kehadiran sang suami, namun kantuk menguasai diri.

"Hana tidur dulu, Ziyyad."

Hati membisikkan saja kata-kata itu. Mata dikatup rapat, tangan diletakkan di atas dahi. Tidak sampai lima minit dia lelap, ada seseorang yang memasuki wadnya. Seseorang yang berpakaian serba hitam. Hana tidak sedar, dia sudah lena ke alam mimpi.

"Kau dah lumpuh macam ni pun tetap cantik, sweetheart. Tapi kenapa kau pilih untuk kahwin dengan jantan tak guna tu huh? Sepatutnya aku yang berada di tempat dia! Tapi, aku tak hamak pun nak jaga kau dalam keadaan kau macam ni! Menyusahkan! Nanti kau dah sembuh, aku akan buat apa yang aku mahu!" bentak hatinya.

Tangan kekarnya menjalar ditubuh Hana, gebar yang menutup tubuh gadis itu dibuka perlahan. Tudung Hana diusap lembut, pipi si gadis dielus perlahan. Dia hanya ingin memuaskan nafsunya, sudah lama perempuan tidak datang padanya.

"A-Apa kau buat dekat sini?! Lepas! Jangan sentuh akulah!" bentak Hana apabila tubuhnya merasa ada tangan kasar menyentuh. Wangian yang digunakan lelaki ini bukan wangian suaminya. Mungkin beli minyak wangi di pasar malam, bau hapak betul!

Tidak seperti suaminya, jejaka itu memakai parfum Atlantis by Blu Atlas. Wangian yang berkonsepkan buah-buahan itu membuatkan dirinya terpukau. Wangian itu juga cukup segar, menenangkan minda.

"I want you.. so bad.."

Tangan kekarnya kembali menjalar di tubuh Hana, kaki dipanjat menaiki katil hospital itu. Katil luas, senang kerjanya! Tidak perlu susah-susah. Hana sedaya upaya menolak setiap tingkah lelaki ini.

"Lepaskan aku! Manusia tak guna!" bentak Hana kuat membuatkan tangan lelaki itu ringan menampar pipinya. Pipi Hana terteleng ke tepi, rasa pijar menyengat pada pipinya.

Lelaki itu naik menindih tubuh Hana, segala pergerakan gadis kecil itu dikunci rapat. Dia tidak peduli, yang pasti malam ini Hana miliknya. Pedulilah apa status gadis itu sekalipun! Dia tidak kisah! Cara ini akan buatkan Ziyyad ceraikan Hana.

"Tolong Hana, abang.." rintihnya di dalam hati. Hanya hati saja yang mampu mendengar rintihannya. Tidak berdaya dia menolak sentuhan lelaki itu dalam keadaan dirinya kurang upaya.

"Kau dah lumpuh ni pun, badan kau makin seksi! Menggiurkan! Aku tetap nak kau malam ni!" bentaknya kuat, dia bangkit seketika dari menindih Hana. Butang baju di tubuhnya dibuka satu demi satu sambil pandangannya teralih pada Hana.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now