∘°∘10∘°∘

7.4K 392 7
                                    

TIKA ini, Hana sedang sibuk menyiapkan assignmentnya sendirian di library

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIKA ini, Hana sedang sibuk menyiapkan assignmentnya sendirian di library. Dia sengaja memilih kawasan yanh tersorok kerana risau Elhan datang menganggunya. Matanya ralit memandang skrin laptop yang berada di depannya.

Fokus.

"Fokusnya bakal isteri aku ni. Kau dah makan ke sayang?" soal Ziyyad yang tiba-tiba muncul dari pelosok entah mana. Hana mengangkat kepalanya memandang Ziyyad.

"Eh, awak ni kan— kacaulah saya nak buat assignment. Nantilah saya makan, tak lapar lagi ni." jawab Hana ringkas. Ziyyad menggeleng laju.

"Tak boleh nanti-nanti. Jom kita pergi makan sekarang. Nanti aku ajar kau soalan tu. Jangan risau sayang, bakal suami kau pro bab bisnes ni." lagak Ziyyad seraya tangannya didabikkan pada dada.

"Apa-apa jelah, awak belanja eh? Kita pergi dekat kedai mamak je tau? Kat sana murah—" tukas Hana sambil mengemas barang-barangnya. Ziyyad angguk. Adalah tempat yang dia nak bawa.

"Aku bawakan beg tu,"

"Tak payah susah-susahlah, awak."

Hana menggalas beg galasnya beserta totebag. Ziyyad merampas totebag milik Hana. Kasihan dia melihat gadis itu menggalas beg-beg berat. Hana hanya mampu membiarkan tingkah laku Ziyyad.

Langkah kaki diatur kemas menuju ke Mercedes AMG A45 milik Ziyyad. Nanti dah kahwin baru boleh naik motor dengan wife! Hana melabuhkan punggung di seat sebelah Ziyyad.

Tergamam Hana apabila melihat Ziyyad parkir keretanya di depan restoran yang cukup mewah. Dia mengajak jejaka itu ke restoran mamak bukan disini. Tanpa arahan, lengan Hana yang berlapikkan handsock dipegang lantas dibawa masuk ke dalam restoran mewah itu.

"Kenapa awak bawa pergi sini? Saya tak layak lah nak makan makanan mahal-mahal ni. Lagipula perut saya dah biasa dengan makanan mamak. Kita balik jom?" ajak Hana. Dia tidak mahu menyusahkan Ziyyad.

"Hey.. shuhh.. siapa kata kau tak layak? Kau bakal isteri aku dan aku berhak ke atas kau. Semua yang aku bagi ni ikhlas untuk kau. Dengar cakap aku, please.." pujuk Ziyyad lembut.

Mahu tidak mahu Hana terpaksa akur walaupun dia merasa kolam matanya kini dipenuhi dengan mutiara jernih. Ini kali pertama dia merasai makanan mahal-mahal sebegini. Tisu dihulur pada Hana. Haihlah, nak makan pun kena nangis dulu. Omelnya.

"Dah jangan nangis, makan tu. Kejap lagi kau ada kelas kan? Kau kena isi perut dulu sebelum pergi kelas kalau tak macam mana kau nak fokus? Hm?" tukas Ziyyad. Hana mendiamkan diri tatkala mendengar bicara Ziyyad.

Hana menikmati spaghetti carbonara yang dipesan oleh Ziyyad. Ziyyad menarik senyuman tipis tatkala melihat Hana tersenyum. Senyuman itu cukup untuk menjadi penawar lukanya. Kehadiran Hana adalah penawar untuknya.

"Dah kenyang? Ke nak makan lagi? Tapi kalau kau beli lagi bukan setakat fokus kau dekat kelas nanti mesti dah membuta—" usik Ziyyad. Hana sekehkan lengannya pada lengan Ziyyad.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now