∘°∘55∘°∘

1.8K 154 26
                                    

Song : Tak Segampang Itu by Anggi Marito

TIDAK dia menyangka yang harini kandungannya sudah mencecah 9 bulan dan bila-bila masa sahaja dirinya akan melahirkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIDAK dia menyangka yang harini kandungannya sudah mencecah 9 bulan dan bila-bila masa sahaja dirinya akan melahirkan. Hana duduk di katil, merehatkan dirinya. Tidak larat dirinya hendak bergerak sebaik saja selesai solat subuh berjemaah tadi.

"Hey.. what's wrong hm? Kenapa tiba-tiba diam ni? Ada something nak cerita dengan abang?" soal Ziyyad. Tangannya naik mengusap perut bulat isterinya.

"Hana tak tahulah, but I'm not feel good today. Hana rasa macam akan ada sesuatu yang bakal jadi. Dan sesuatu tu Hana tak tahu benda baik atau buruk." jelas Hana. Hatinya rasa tidak sedap sejak dari tadi.

"Insyallah, tak ada apa-apa. Doa yang baik-baik. Allah sentiasa melindungi hamba-hambanya. Kita kena banyakkan doa pada-Nya. Allah Maha Mendengar." jelas Ziyyad, memujuk hati Hana. Dirinya sendiri turut merasa perkara yang sama, namun cepat-cepat dia tepis rasa itu.

Hana pandang Ziyyad yang sibuk memilih baju di almari. Takkanlah dia kerja hari ni? Gumamnya. Dia bangkit dari pembaringan dan mendekati Ziyyad.

"Abang kerja hari ni? Bukan sepatutnya abang cuti ke? Siapa nak teman Hana kat rumah nanti?" soalnya. Redup pandangannya memandang Ziyyad. Mata bertentang mata.

"Sepatutnya memang abang cuti, tapi harini ada urgent meeting. Nak tak nak abang kena hadir meeting tu sebagai wakil syarikat." jelas Ziyyad. Hana hanya membulatkan mulutnya, tanda faham. Dia malas mahu membesarkan isu ini.

"Kalau macam tu tak apalah, Hana nak baring kejap." entah mengapa, Ziyyad dapat rasakan nada Hana bagaikan menjauh darinya. Namun langkahnya statik. Dia pegun disana.

Tanpa mengucapkan apa-apa, Ziyyad tu terus keluar dari bilik. Langsung tidak mencium dahi Hana seperti selalu. Dan Hana langsung tidak berkesempatan untuk menyalam suaminya. Dia terasa hati dengan perlakuan Ziyyad.

"Kenapa dia tak datang sini dan cium dahi aku macam selalu? Apa salah yang aku buat kalini?" mindanya memainkan beribu persoalan. Tidak tahu dimana silapnya.

Sepanjang perjalanan menuju ke office, Ziyyad dirundung rasa serba salah. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya boleh bertindak sedemikian. Dia rasa bersalah dengan isterinya sendiri.

"Apa yang abang dah buat pada Hana ni—" kereta diberhentikan di tepi jalan. Rambut dikusutkan. Nombor Zayyad didail laju. Dia ingin memujuk Hana.

"Zayyad, tolong cover aku. Sepatutnya ada meeting dengan Tan Sri Iqbal harini, tapi aku tak dapat datang. Ada hal penting." jelas Ziyyad. Berharap Zayyad dapat membantu dirinya.

"Aku sibuk gila. Aku nak jaga Mikayl ni, Anis tak berapa sihat." balas Zayyad. Dia pandang dahi Anis yang bertempek dengan coolfever tersebut.

"Tolong, Zayyad. Kali ni je aku merayu dengan kau. Aku nak pujuk Hana. Aku dah buat salah dengan dia pagi tadi. Tolong aku please.." pujuk Ziyyad. Zayyad mengeluh lemah.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now