∘°∘56∘°∘

2K 149 16
                                    

TIBA sahaja di hospital, Ziyyad bagaikan manusia yang tidak tentu arah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIBA sahaja di hospital, Ziyyad bagaikan manusia yang tidak tentu arah. Dia berlari laju sambil mendukung erat tubuh isterinya. Sungguh, dia merasa menyesal. Menyesal yang teramat.

"Doktor! Doktor!" jeritnya kuat. Dia tidak peduli lagi yang dia berada di kawasan hospital.

Doktor berpusu-pusu mendekati Ziyyad bersama dengan stretcher. Tanpa amaran, tubuh Hana diletakkan di atas stretcher. Dia mengikut doktor tadi menolak stretcher tersebut masuk ke dalam dewan pembedahan. Air matanya mengalir deras membasahi pipi.

"Maaf Ziyyad. Kau tak dibenarkan masuk ke dalam dewan pembedahan." arah Irfan mendatar. Ziyyad berundur setapak.

"Tolong Irfan. Tolong selamatkan isteri dan anak aku." rayunya. Hingga sanggup dia mahu melutut. Dia tidak rela kehilangan Hana. Sungguh dia tidak rela.

"Sabar, Ziyyad. Aku akan cuba semampu aku. Selebihnya aku serahkan pada Allah. Banyakkan berdoa pada Dia. Kita sendiri tahu yang Hana tu kuat kan?" jawab Irfan memujuk. Dia sendiri tidak sanggup melihat keadaan Ziyyad lemah begini.

"Aku tak rela kehilangan dia.." lemah nadanya kedengaran. Irfan tepuk belakang bahu Ziyyad lantas menolak masuk stretcher Hana ke dalam dewan pembedahan.

"Allah.."

Tidak tahu hendak bagaimana lagi, dirinya bagai hilang separuh nyawa. Ingin rebah dirinya tatkala melihat keadaan Hana.

Tubuh disandarkan pada dinding, sebelum perlahan-lahan dia jatuh terduduk di lantai. Air mata merembes membasahi pipi. Sungguh, semua hal berkaitan isterinya adalah perkara yang amat penting.

"Ini semua salah abang. Kalau abang tak tinggalkan sayang tadi, benda ni takkan jadi. Abang takkan macam ni.." tangisnya. Hatinya merintih inginkan Hana. Dia tidak rela. Tidak rela kehilangan seorang wanita yang cukup dicintainya.

Dari jauh kelihatan Tengku Farah dan Tuan Raiz berlari mendekati Ziyyad yang terduduk di depan dewan bedah. Mereka sendiri terkejut tatkala mendengar berita yang disampaikan oleh Karl.

"Allah... Ziyyad bangun.. jangan macam ni.." pantas saja Tengku Farah mendakap tubuh anaknya. Ini kali kedua dia melihat Ziyyad lemah seperti mayat hidup. Ziyyad langsung tidak respon sedikit pun bicara Tengku Farah.

"Mama tahu Ziyyad kuat. Ziyyad kena kuat, kalau Ziyyad lemah macam mana dengan Hana? Macam mana Hana nak lawan sakit kalau nampak suami dia lemah macam ni?" pujuk Tengku Farah lembut. Dia mengusap belakang tubuh anaknya.

"Ziyyad tak rela kehilangan isteri Ziyyad, ma.. Ziyyad tak sanggup. Ziyyad rapuh.." luluh nadanya meluahkan kata-kata itu. Dia sendiri tidak rela.

"Mama tahu.. siapa saja yang mahu kehilangan orang yang dicintai? Tetapi takdir tu milik Allah dan doa pula milik kita. Sebab itulah jangan berhenti berdoa, kerana Allah Maha Mendengar. Doa yang baik-baik untuk Hana." lembut bicara Tengku Farah memujuk Ziyyad.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now