∘°∘23∘°∘

6.4K 309 8
                                    

TIBA sahaja di rumah Tengku Farah, si dia panggung kepala memandang ke arah isterinya yang sedang lena tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIBA sahaja di rumah Tengku Farah, si dia panggung kepala memandang ke arah isterinya yang sedang lena tidur. Sungguh! Dia gemar melihat wajah itu tenang, membuatkan hatinya ikut tenang. Bagaikan ombak yang bergelora aman di laut.

"Sayang, bangun kejap. Kita dah sampai ni dekat rumah mama. Sayang taknak bangun ke?" soal Ziyyad, si isteri balas dengan gelengan. Ziyyad jahat sungguh, langsung tak bawa wheelchair bersama mereka. Alasannya, dia boleh jadi wheelchair.

"Kenapa awak tak bawa wheelchair saya? Kan dah susahkan awak kena dukung saya ke hulur ke hilir, sebab tu saya beria-ia tolak lamaran awak dulu. Saya taknak susahkan awak di kemudian hari." bicara Hana membuatkan hatinya sedikit tergores. Lagi-lagi si isteri fikir tentang itu, jika saja dia ada kuasa mahu saja dia hilangkan segala fikiran negatif itu.

"Hey.. stop talking that you're makes me hard. Yes, totally you makes me feels hard, hard to unlove you. Sayang.." sempat dia berkias disana, membuatkan Hana menguntum senyuman manis.

Mereka berdua saling bertatapan antara satu sama lain, Ziyyad betulkah tudung yang terletak agak serabai di kepala isterinya. Sempat, dia mencuit hidung mancung itu membuatkan Hana mencebik lebar. Wajah Hana didekatkan pada wajahnya. Baru saja dia ingin mengucup bibir itu ada gangguan dari beruk. Hana tarik nafas lega. Fuh.. selamat.

TOK! TOK!

"Kalau iya pun nak dating tu, silakan dating dalam bilik ya? Jangan dalam kereta, cermin kereta kau bukan tinted. Mata aku suci lagi, tak boleh nampak scene tu—" sembur Adyan sebaik saja tingkap diturunkan. Haih, menganggu betullah!

"Lain kali tutup mata, kalau tak pun belilah sunglasses yang tinted tu. By the way, semua dah ada kat rumah?" mendatar nadanya melontarkan setiap kata itu. Adyan hanya balas dengan anggukan.

Ziyyad melangkah keluar dari kereta lantas menuju ke pintu sisi kereta isterinya. Pintu sisi dikuak luas, namun terkejut dia melihat mata Hana terkatup rapat. Rasanya baru sekejap dia bercakap dengan isterinya tadi, takkan dah tidur balik?

"BOAH—"

Tingkah laku Hana membuatkan Ziyyad terundur ke belakang, dada diurut perlahan. Sungguh! Dia terkejut sangat. Nafas turun naik, matanya mencerlung ke arah Hana yang terkekek-kekek menahan tawa. Tawa tipis itu membuatkan hatinya tidak berasa geram.

"Ini dah kenapa sayangku? Bukan main eh dia kenakan abang, nak balas dendam lah ni kan? Malam ni turn abang pula," bisik Ziyyad tepat di pelupuk pendengaran Hana, gadis itu terdiam dari tawanya. Gulp! Liur yang ditelan terasa berpasir melewati rengkung.

"Bu-bukanlah.. Hana gurau aje, takkan itu pun nak marah? Pergilah sana, orang jalan sendiri." nadanya mulai merendah, menghalau Ziyyad. Masalahnya, dia nak jalan pakai apa? Suami kesayangan langsung tak bawa wheelchair.

"Tak payah nak mengada, yang.. Kang tergolek dekat sini, macam mana? Sini, biar abang dukung. No objection," mendatar nadanya memberi amaran. Hana pasrah. Tangan dipautkan di leher Ziyyad, jejaka itu mendukung si gadis masuk ke dalam rumah agam Tengku Farah.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now