∘°∘24∘°∘

6.2K 276 4
                                    

ZIYYAD bangun dari tidurnya lantas kedua tangan ditongkatkan pada dagunya, memandang si manja yang sedang nyenyak tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZIYYAD bangun dari tidurnya lantas kedua tangan ditongkatkan pada dagunya, memandang si manja yang sedang nyenyak tidur. Tangan naik mengusap pipi mulus itu, kalau dah cantik buat apa pun cantik. Tidur pun cantik!

Kemaruk.

"Goodmorning, baby. Did you sleep too comfort last night?" ujarnya dengan suara serak basahnya. Pipi Hana dia elus lembut.

Hana tersedar dari lenanya, apabila suara serak basah suaminya menerpa ke halwa telinga. Degup jantungnya berdegup pantas. Mata dia kelipkan berulang kali. Pandangan beralih pada suaminya.

"Erm.. awak, awalnya bangun.. Boleh tolong saya? Saya nak solat," bicara Hana lembut, senyuman tipis digaris pada wajahnya.

"Boleh sayang, come abang dukung." Hana hulurkan tangannya lalu dipautkan pada leher Ziyyad, jejaka itu terus mendukungnya ke kamar mandi.

Usai saja mengambil wudhu, tanpa bersentuhan kulit ke kulit tubuh Hana diletakkan kembali di atas katil. Telekung diserahkan pada Hana, si manja ambil huluran tersebut dengan berhati-hati.

Ziyyad memerhati saja isterinya menunaikan solat, hatinya bagai terdetik tapi pergerakannya meningkah semua itu. Dia ingin kembali tetapi dirinya tidak kuat. Sudah hampir lima tahun dia meninggalkan ibadat itu.

"Dia yang lumpuh macam tu pun masih ingat Tuhan, tapi kau yang sempurna ni langsung tak pernah ingat Tuhan." bisiknya sendiri, matanya ralit memandang Hana yang sedang khusyuk menunaikan solat.

Tanpa dia sedari, air mata perlahan menuruni dan membasahi juring matanya. Bibir diketap kuat agar tidak mengeluarkan sebarang esakan. Dia tidak ingin mengganggu sang isteri yang sedang solat. Air mata diseka lembut.

"Awak.." panggil Hana setelah selesai menunaikan solat. Kelihatan sang suami sedang duduk di kerusi meja kerjanya.

"Sini kejap, Hana tau awak ada benda nak cakap dengan Hana kan? Come," panggil Hana lembut, tangannya menepuk ruang kosong di sebelahnya sambil memanggil Ziyyad.

Dengan langkah yang lemah, dia atur menuju ke katil. Ziyyad duduk di sebelah si manja, mengusap ubun-ubun kepala yang masih dibaluti telekung.

"Sayang.. boleh tak abang nak baringkan kepala kat riba sayang? I'm not feeling so good today," mata dikerdipkan beberapa kali, sambil memandang wajah sang isteri yang berseri-seri.

"Sini, baringlah. Kenapa ni hm? Awak ada masalah ke? Cuba kongsi dengan Hana," lembut nadanya menuturkan bicara itu. Tatapannya jatuh memandang sang suami yang kini berbaring di ribanya. Rambut Ziyyad yang sedikit serabai digosok kemas.

"Abang.. abang sebenarnya.. dah lama tak solat. Sejak abang pergi Itali, uruskan syarikat arwah papa. Abang tak tahu, abang macam hilang punca. Abang tinggalkan solat, duk dekat Itali tu abang berfoya-foya langsung tak ingat Tuhan." terhenti bicaranya apabila air mata merembes keluar membasahi lekuk pipinya.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now