∘°∘6∘°∘

7K 366 19
                                    

HANA mengemaskan tudungnya apabila dia sudah dibenarkan discharged

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

HANA mengemaskan tudungnya apabila dia sudah dibenarkan discharged. Kakinya dialihkan mencecah lantai. Usai itu, langkah kaki diatur keluar dari wadnya. Dia tidak mahu bertembung empat mata dengan Ziyyad.

"Maafkan saya, Ziyyad. Tapi saya taknak susahkan awak lagi. Ini kali terakhir kita bertemu dan saya takkan bertemu lagi dengan awak. Terima kasih sebab sudi tolong saya selama ni," bisik hati Hana sendiri. Kata-kata itu hanya mampu terbuku kemas di dalam hatinya.

Hana toleh ke belakang, melihat keadaan wad yang sudah kemas dan kosong. Dia pergi tanpa memberitahu Anne mahu pun sesiapa. Cukuplah, dia tidak mahu menjadi beban orang lain lagi.

Baru sahaja dia ingin membuka langkah keluar dari hospital itu, terasa tangannya ditarik kuat sehingga wajahnya tersembam pada dada bidang jejaka di hadapannya. Hana angkat wajah dan pandang jejaka yang kini berada di depan matanya.

"Kau nak pergi mana? Aku hantar kau balik ya? Muka kau pucat lagi ni Hana, memanglah Anne dah bagi kau discharged tapi tolonglah.. jangan banyak berjalan. Aku hantar kau balik ya? Please.. give me a chance," panjang lebar bicara itu menyusuri bibir merah milik Ziyyad. Hana kaku di depan Ziyyad seakan-akan langkahnya terpatri kemas di depan Ziyyad.

"Tolong, Ziyyad. Saya dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan awak. Seperti yang saya pernah cakap sebelum ni, saya akan bayar balik semua duit yang awak pernah laburkan pada saya. Anggap yang kita tak pernah kenal," balas Hana sebelum beralih dari dada bidang Ziyyad.

Keluhan berat terlepas dari bibir merah Ziyyad. Pergelangan tangan Hana masih digenggam kemas. Mata kelabunya menusuk ke iris mata amber milik Hana. That eyes.. makes me addicted every second.

"Bagi aku hantar kau balik untuk sekali ni saja, aku janji lepas ni aku takkan ganggu kau lagi. Please.." rayu Ziyyad. Hana terpaksa akur sebelum membalas dengan anggukan. Langkah kaki diatur mengikuti langkah Ziyyad ke keretanya.

Sepanjang perjalanan, Hana hanya diam tanpa sebarang bicara. Sesekali Ziyyad akan mengerling melihat Hana di sebelahnya. Dia tidak yakin yang dirinya mampu tepati janji yang dilontarkan pada Hana tadi.

"Terima kasih, sebab hantar saya balik. Ini pertemuan kita yang terakhir, tolong jangan ganggu saya lagi. Kita berdua tak setaraf sama sekali," tegas Hana menyuarakan bicaranya. Cukup! Cukup sekali saja dia menyusahkan orang.

"Saro sempre con te," (I will always with you,) luah Ziyyad lembut menerpa ke sistem pendengaran Hana. Hana kaku tanpa sebarang reaksi.

"Per favore non disturbarmi," (Please don't bother me,) tegas Hana. Ziyyad membulatkan matanya tatkala mendengar bicara Hana. Hana memandang hairan wajah Ziyyad. Dah kenapa?

"Bijaknya bakal isteri Ziyyad ni, tak sabar nak kahwin dengan dia." tutur Ziyyad dengan terujanya. Ini kalau Zayyad atau yang lain nampak dia boleh jamin yang 44 hari 44 malam dia kena bahan. Hana memutarkan bebola matanya ke atas.

DEAR KAYYISAUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum