∘°∘15∘°∘

6.4K 340 8
                                    

TENGKU Farah mengatur langkah masuk ke dalam wad Hana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU Farah mengatur langkah masuk ke dalam wad Hana. Kelihatan Hana sedang berbaring sambil matanya ralit memandang awan biru. Hendak berjalan, dia tidak mampu. Dia hanya mampu melihat awan dari tempat baringnya saja.

"Hana sayang, termenung apa tu? Maaf ya mama ganggu ni. Tapi, mama harap sangat Hana tak bencikan Ziyyad. Sebab hari-hari Ziyyad berharap Hana sedar—" luah Tengku Farah.

Dia sendiri menjadi saksi melihat Ziyyad hari-hari menangis. Hana terdiam seketika tatkala mendengar bicara Tengku Farah. Tidak dia menyangka sedalam itu cinta Ziyyad padanya walhal Ziyyad boleh saja cari wanita lain untuk dijadikan isteri.

Dirinya sudah tidak sempurna. Dia risau dirinya bakal menyusahkan lebih ramai orang. Dia tidak mahu membebankan hidup orang lain dengan memikirkan tentang keadaannya.

"Hana tak bencikan Ziyyad, Tengku. Tapi Hana ni tak layak untuk diperisterikan mana-mana lelaki. Lelaki mana yang sanggup kahwin perempuan cacat macam Hana ni?" tukas Hana. Dia kecewa dan ada baiknya dia undur diri.

"Aku, aku lelaki tu. Aku yang sanggup memperisterikan kau sebab hanya nama kau yang ada dalam hati aku. Takdir menginginkan kita bersatu walau sejauh mana pun kau berlari," bicara Ziyyad lembut. Di tangannya ada Tupperware yang berisi ayam masak butter.

"Sejak bila masuk ni? Terkejut mama, tiba-tiba masuk." tegur Tengku Farah.

"Baru je mama, awal sikit siap masak sebab tu awal datang. Lagipun kesian kat Hana nanti lapar, dah nak dekat pukul 3 petang ni." balas Ziyyad lembut. Hana hanya menjadi pemerhati kemesraan antara ibu dan anak.

"Hana makan ya? Jangan lagi fikir pasal tu, Ziyyad sendiri setuju nak jadikan Hana isteri dia. Hana fikirkan ya pasal ni? By the way, panggil mama jangan panggil Tengku. Dah, mama keluar kejap." ujar Tengku Farah. Ziyyad menggamit kekura tangan mamanya sebelum disalam dan dikucup penuh kasih dan sayang.

"Bagi Hana masa untuk fikirkan semua ni Teng- eh mama." jawab Hana lembut. Tengku Farah mengatur langkah keluar dari wad Hana meninggalkan mereka berdua.

Hana menundukkan pandangannya memandang selimut, jari jemari diramas kasar. Sungguh dia agak tidak selesa dengan kehadiran Ziyyad. Ziyyad sibuk menyediakan makanan Hana di dalam pinggan.

Punggung dilabuhkan di kerusi sebelah dengan Hana sebelum dulang diserahkan pada gadis itu. Hana merenung makanan yang ada di dalam dulang tersebut. Hairan Ziyyad dengan tingkah laku Hana. Dia ingat kalau tenung makanan tu boleh kenyang ke? Dengusnya.

"Daisy.. sampai bila kau nak tenung makanan tu? Makanlah, penat aku masak tahu. Aku tahu ini pertama kali aku masak tapi jangan risau, aku dah minta abang aku rasa tadi. Dia kata sedap," tegur Ziyyad lembut.

"Saya makan sikit je ya? Saya tak lapar, lagipun tadi nurse ada bagi susu kotak. Dan, saya dah minum pun." jelas Hana.

"Makan banyak sikit, kalau kau nak cepat sembuh. Macam mana nak buat fisioterapi kalau kau tak sihat? Kalau kau lemah?" soal Ziyyad. Hana merenung mata kelabu itu. Suka sangat memaksa, dan paksaan itu membuatkan dia akur.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now