∘°∘43∘°∘

2.4K 182 14
                                    

HARI ini hari merupakan hari terakhir Hana berada di universiti

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

HARI ini hari merupakan hari terakhir Hana berada di universiti. Senyuman manis terukir di bibir namun dalam masa yang sama dia berat hati untuk meninggalkan universiti ini.

"Kau okay?"

Hanya anggukan saja menjadi balasannya, dia ralit memandang segenap inci dewan kuliah mereka. Langkah kaki diatur menuju ke kafe bersama dengan Rayna.

"Tak sangka kan yang hari ni hari terakhir kita kat UM? Aku rasa macam baru kelmarin aku masuk sini," ujar Rayna. Jus tembikai yang dipesan dihirup sekilas.

"Hm.. nanti aku rindu kau, rindu nak kenakan kau!" usik Hana buatkan Rayna menarik senyum tipis. Sisi pinggang gadis itu dia cuit sekilas. Wajah Hana bertukar cemberut.

"Eleh kau, mengada. Semenjak dah kahwin dengan Ziyyad ni, perangai kau makin nakalkan? Tak ada dah Hana yang shy-shy!" tawa kedua-dua wanita itu pecah diruang udara. Kedua-duanya tampak sungguh gembira.

Hana meneguk air mineral yang dibelinya apabila perut terasa sebu. Kelopak matanya dipenuhi dengan mutiara jernih. Terlalu sakan gelak sehingga tidak sedar ada yang memerhati.

"Your laugh, looks so lovely. You always beautiful, Hana. I love you, and I will take you away from him. You're mine!" bisiknya sendiri, sebelum tertawa seperti orang gila.

Si 'dia' mengatur langkah menjauhi kawasan universiti itu, risau kehadirannya disedari orang lain.

"Hana, aku nak balik dah ni. Husband aku dah sampai, kesian dia berjemur dekat bawah matahari tu." gurau Rayna sebelum terkekek menahan tawa.

"Pergilah balik nanti gelap kulit husband kau. Aku pun kejap lagi dah nak balik, nak habiskan dulu air ni." jelasnya, dia memeluk Rayna sebelum berpisah dengan wanita itu.

Tangan kecilnya melambai-lambai Rayna sehingga kelibat itu hilang dari pandangan mata. Usai sahaja mineral water yang dibeli habis, dia atur langkah menuju ke tong sampah.

Hana mengorak langkahnya menuju ke Audi RS7 yang terparkir di kawasan parking. Pintu kereta dibuka lalu dia letakkan handbag serta bag laptop di seat penumpang. Enjin dihidupkan dan dia mulai memandu balik.

 Enjin dihidupkan dan dia mulai memandu balik

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
DEAR KAYYISAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt