∘°∘5∘°∘

7.1K 382 24
                                    

HANA terbangun dari tidurnya apabila penggera di atas bedside table berbunyi kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANA terbangun dari tidurnya apabila penggera di atas bedside table berbunyi kuat. Butang pada atas penggera ditekan sebelum dia mengorak langkah menuju ke kamar mandi. Hari ini, jadualnya agak padat kerana Hana ada kelas sampai petang.

Dress berwarna pink cair diambil sebelum disarungkan pada tubuhnya. Bawal berwarna putih menjadi pilihan Hana pada hari ini.

Usai sahaja menikmati makanan, totebag dan beg galas diambil. Langkah kaki diatur laju menuju ke stesen bas. Hana melabuhkan punggung di bastop. Hari ini Hana dan ahli kumpulannya ada group discussion di library.

"Hana! Hari ini Rayna nak ajak Hana dating boleh? Hehe—" ajak Rayna seraya senyuman manis dipatri kemas pada wajah kacukan itu. Hana mengangkat wajah memandang Rayna.

Penat berjalan masih tersisa. Dia tidak dapat naik bas kerana terlewat walhal rasanya dia dah paling awal sampai tadi.

"Nak pergi mana Rayna? Hana kerja malam ni. Kalau sekejap bolehlah," jelas Hana sebelum punggung dilabuhkan di ruang kosong sebelah Rayna.

"Rayna nak bawa Hana pergi funfair. Azim pun ada sekali. Hana tau tak? Azim nak naik kuda yang berpusing-pusing tu. Haha—" terletus tawa dari bibir mungil Hana tatkala mendengar bicara Rayna. Hana menggeleng kepalanya berulang kali. Terasa sebu perutnya.

"Bolehlah, tapi kejap je tau. Hana kerja jam 7 macam tu sebab kafe buka lewat sikit hari ni." balas Hana ringkas.

Buku yang berada di atas meja diselak satu demi satu. Laptop dibuka sebelum notifikasi email dari Ziyyad muncul lagi. Hana mengabaikan sahaja notifikasi tersebut kerana dia perlu menyiapkan assignment yang diberi Madam Qaira.

Dada buku dipandang penuh minat apabila bahagian pengiraan muncul. Kalkulator saintifik dikeluarkan dari dalam boxpensel.

"Hana.. boleh ajar Rayna buat ni? Rayna paling tak retilah kira-kira ni—" adu Rayna seraya mengurut pangkal hidungnya. Bab pengiraan memang dia lemah tapi kalau part presentation boleh dapat fullmark!

"Boleh Rayna.. meh sini Hana ajar." balas Hana lembut. Satu demi satu Hana tunjukkan cara pengiraan. Sedikit pun tiada yang tertinggal. Mujurlah Rayna mudah memahami tiap ajarannya jika tidak terpaksa dia buat siaran ulangan.

Usai sahaja selesai group discussion bersama Rayna, dia mengatur langkah ke kafe uni dengan Rayna. Ice lemon tea dipesan sebelum langkah kaki diatur menuju ke meja.

"Lepas dah grad nanti apa plan Hana?" soal Rayna ingin tahu. Hana mengangkat wajahnya memandang Rayna.

"Hana pun tak pasti lagi, mungkin Hana cuba cari kerja dekat mana-mana syarikat." balas Hana pendek.

Hana kembali ke rumah sewanya setelah selesai menikmati minuman di kafe. Petang nanti, Rayna akan menjemputnya. Walaupun Hana bertekad nak naik bas tetapi Rayna memaksanya agar mengikut dirinya. Mahu tidak mahu terpaksa dia turuti.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now