∘°∘14∘°∘

5.9K 304 6
                                    

╭── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╮
Song : Locked Out Of Heaven by Bruno Mars
╰── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╯

╭── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╮Song : Locked Out Of Heaven by Bruno Mars╰── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANA alihkan pandangannya memandang cermin. Air mata dari tadi membasahi pipinya. Tangisannya semakin menjadi-jadi apabila mengingat peristiwa malam itu. Hatinya bagaikan disiat-siat dengan belati tajam.

"Anne.. kenapa Hana tak boleh gerakkan kaki? Apa yang jadi dekat kaki Hana? Beritahu perkara sebenar, Anne." soal Hana diselangi dengan tangisannya yang sudah berhamburan membasahi lekuk pipinya.

Anne terkedu di posisinya seakan-akan langkah kaki terpaku kemas. Dia tidak sanggup melihat air mata Hana tetapi mungkin ini takdir buatnya. Dia yakin Hana seorang gadis yang kuat.

"Bagi Anne panggil doktor Irfan untuk buat check-up ke atas Hana sekejap ya? Anne harap Hana mampu bertabah dengan ujian ni," pesan Anne terlebih awal.

Hana langsung tidak dapat menggerakkan kakinya mahupun merasai kakinya. Seakan-akan kakinya sudah tidak mampu berfungsi lagi. Irfan memasuki wad Hana tatkala dipanggil isterinya.

Sepatutnya pada hari pembedahan Hana, Irfan yang ditugaskan untuk membedah Hana namun dia terpaksa menyelamatkan nyawa lain. Dan sudah tertulis takdir yang pada hari itu, langsung tidak ada general surgeon selain Irfan.

"Boleh saya pegang kaki?" soal Irfan. Hana mengangguk memberi keizinan. Irfan menyentuh kaki Hana yang berbalutkan bandage tersebut.

"Ada rasa apa-apa tak?"

"Tak ada. Saya tak mampu nak gerakkan kaki saya sendiri."

Keluhan berat terlepas dari bibir Irfan. Berdasarkan pemeriksaannya, Hana disahkan lumpuh untuk satu tempoh yang tidak diketahui. Perlanggaran yang kuat sehingga tubuh kecil Hana terpelanting menyebabkan bahagian separuh badannya lumpuh.

"Hana.. apa-apa pun beritanya nanti, saya harap awak tabah ya? Jangan persalahkan takdir sebab semua ni dah tertulis," pesannya awal. Anne hanya mampu melihat Irfan.

"Saya masih boleh jalan kan? Tak ada apa-apa jadi pada kaki saya kan doktor? Jawablah!" bentak Hana kuat. Anne meluru laju ke arah Hana lantas memeluk erat tubuh gadis itu. Sedaya upaya dia cuba menenangkan Hana.

"Maafkan saya, Hana. Tetapi Hana disahkan lumpuh untuk sementara waktu. Lumpuh Hana bukanlah lumpuh kekal dan masih boleh dirawat jika Hana setuju untuk jalankan fisioterapi." terang Irfan.

Dang!

Hana tersentak. Jiwanya bagai dilumat-lumat tatkala mendengar pernyataan yang baru saja meluncur dari bibir Irfan. Seakan tidak percaya yang dia kini lumpuh. Lumpuh yang menyebabkan semua kerjanya terbatas. Dia tidak mampu berjalan seperti orang lain.

"Lumpuh? S-saya lumpuh? Doktor tipu kan? Semua ni tipu kan? Saya tak lumpuh kan?! Ini semu tipu! Tipu!" Hana membentak. Selimut yang dipakainya dibuang ke tepi. Dada ditumbuk berulang kali. Dia tidak mahu!

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now