∘°∘44∘°∘

3.1K 185 11
                                    

HANA memandu balik menuju ke mansion milik mereka, akhirnya hari ini dia dapat bertemu kembali dengan suaminya setelah tamat tempoh denda yang dikenakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANA memandu balik menuju ke mansion milik mereka, akhirnya hari ini dia dapat bertemu kembali dengan suaminya setelah tamat tempoh denda yang dikenakan.

Senyuman manis terukir sebaik sahaja melihat suaminya sedang menunggu di depan pintu utama. Kereta diparkirkan di garaj, lalu enjin dimatikan.

"Sayang!!!"

Dia menjerit kuat sebelum berlari mendekati isterinya yang baru sahaja tiba. Ini baru dua malam tak tidur dengan isteri dah macam apa perangai. Hana mendepakan luas tangannya.

"I miss you so much, sayang. I miss you so bad.." bisiknya sambil menyembamkan wajah di leher Hana yang berlapikkan tudung.

"Kita masuk dalam rumah dulu abang, tak elok kat luar ni. Kalau rindu sangat pun, at least pakailah baju kalau nak keluar. Ini tak berbaju ni, nak tunjuk abs tu dekat siapa? Dekat jiran?" Hana memandang abs suaminya yang terdedah.

"Abang rindukan Hana. Abang rindukan isteri abang ni. Rindu sangat-sangat," luahnya manja. Hidungnya digeselkan di puncak hidung isterinya.

"You're mine, husband. Jangan berani-berani nak tunjuk abs tu kat orang lain, walaupun aurat lelaki hanyalah dari pusat ke lutut. Faham ke tak?" ujarnya. Ziyyad mengangguk laju.

Dia punya rindu dah tak boleh bawa bincang dah. Tanpa membalas bicara isterinya, Ziyyad terus mendukung Hana menuju masuk ke dalam rumah. Tubuh genit isterinya diletakkan atas permaidani.

"Sayang.. abang tak nak pisah lagi dengan sayang. Tak rela nak hidup seorang diri. Abang nak solat jemaah dengan sayang. Buat semua benda dengan sayang." adunya manja. Dia sedang berbaring di atas riba isterinya.

Manja kali dia!

"Eleh abang cakap macam sayang ni pergi jauh sangat. Macam sayang dah tak balik ke pangkuan abang. Baru dua hari, dah macam orang hilang bini. Kalau betul-betul sayang tinggalkan abang nanti, macam mana?" soalnya, alis kening diangkat berulang kali.

Ziyyad mengerutkan dahinya sebelum bangkit dari pembaringan. Tubuh disandarkan pada sofa. Hana menyandarkan kepalanya pada bahu Ziyyad.

"Sayang ada niat nak tinggalkan abang ke? Kenapa? Sebab abang ni pernah jadi pembunuh? Sebab abang ni bukan orang baik? Sebab abang ni banyak dosa?" soalnya berulang kali, pandangan matanya bertukar redup.

Lengan Ziyyad dia paut erat. Pipi suaminya dikucup sekilas, namun Ziyyad langsung tidak tersenyum. Dia seperti kecewa dengan bicara isterinya.

"Abang.. listen to me first. Sayang tak pernah ada niat nak tinggalkan abang tapi ajal, jodoh dan rezeki tu ditangan Tuhan. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu. Andai sayang yang pergi dulu, halalkan makan minum sayang ya?" tanpa sedar air matanya menitik membasahi pipi.

"Sayang.. can we just don't talk about this anymore?" pintanya dengan mata yang sudah berlinang dengan air mata. Hana mengangguk faham.

Kitonyo manjo!

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now