∘°∘46∘°∘

2.4K 181 13
                                    

SELESAI saja menunaikan solat berjemaah malam itu, Hana mengatur langkah menuju ke birai katil

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

SELESAI saja menunaikan solat berjemaah malam itu, Hana mengatur langkah menuju ke birai katil. Dia biarkan suaminya yang sibuk membuat kerja. Bosan menyelubungi dirinya.

Langkah kaki diatur menuju ke ruang dapur, tekak tiba-tiba teringin nak minum Hot Coffee malam-malam buta ni.

Dia keluarkan kopi dari dalam kabinet lalu terus dibancuhnya. Punggung dilabuhkan atas kerusi, bibir muk didekatkan di bibirnya. Hana terus menghirup Hot Coffee tersebut.

"Lambat lagi ke nak siap kerja tu?!" bentaknya sendiri, jam pada dinding dikerling sekilas. Hampir tiga jam suaminya berkurung di dalam bilik.

Tubuh dibaringkan atas sofa baldu, IPhone miliknya yang berada atas meja diambil. Nak tengok drama pun tak ada yang best! Buka Instagram pun langsung tak mengurangkan rasa bosannya.

RING!

RING!

Deringan yang muncul dari IPhone miliknya membuatkan dia tersenyum manis. Tapi hanya untuk seketika. Dalam rumah pun nak call orang ke?! Omelnya.

"Dah tidur ke sayang? Kalau ngantuk tidur dulu, kerja abang tak siap lagi ni." ujarnya di dalam talian, membuatkan Hana mengeluh.

Kerja, kerja, kerja!

"Sayang.. Are you there?" soal Ziyyad ingin tahu, risau jika isterinya terasa hati dengannya. Hana langsung tidak menjawab malah terus mematikan panggilan. Peduli kalau orang nak cakap dia selfish!

"I just want you by my side, abang.."

Ziyyad tergamam apabila persoalannya langsung tidak dijawab malah isterinya terus mematikan panggilan. Ziyyad kembali menyiapkan proposalnya tanpa ada niat mahu memujuk Hana.

Tubuh kembali dibaringkan atas sofa. Tanpa dia sedari air matanya turun membasahi pipi. Dengkuran halus terbit dari bibir mungilnya.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

KEESOKANNYA, Hana terbangun dari lenanya apabila belakangnya terasa sakit yang teramat. Mata dicelikkan, memori mulai mengimbas peristiwa semalam. Rupanya dia masih berada di atas sofa.

"Sibuk sangat dengan kerja sampai tak kisah pasal bini sendiri." rungutnya, langkah kaki diatur menuju ke kamar mandi tingkat bawah.

Dia tidak mahu bertembung dengan Ziyyad, buat sakit hati saja. At least, kalau sibuk sangat dengan kerja tu dukunglah dia masuk pergi bilik. Tak fikir langsung perasaan isteri.

Usai membasuh muka, dia menuju ke dapur. Jam pada dinding ditilik sekilas. Ada baiknya jika dia membuat sarapan lebih awal, supaya tidak bertembung dengan suaminya. Susu dibancuh lalu dia terus meneguk perlahan susu tersebut.

Selesai saja menyediakan sarapan, makanan terus ditutup dengan tudung saji. Langkah kaki diatur menuju ke bilik mereka. Perlahan-lahan pintu dikuak luas, lalu dia menuju ke walk-in closet.

DEAR KAYYISAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz