Prolog 1

217 13 0
                                    

2010.

Lelaki itu.

Dia sedang berdiri di beranda kamar mewah yang ada di salah sebuah villa termewah di negeri dibawah bayu. Bath robe kelabu masih tersarung di batang tubuhnya membuktikan yang dia baru sahaja selesai membersihkan diri dan masih belum bersedia untuk memulakan harinya di pagi itu.

Dia menghela nafas seraya melepaskan kedua tangannya dari memeluk tubuh. Selangkah dia melangkah ke hadapan, betul-betul berdiri dihadapan penghadang beranda lalu kedua tangannya mencengkam kemas penghadang beranda yang cantik dan kemas terukir itu. Dia menarik nafas dalam sebelum mendongak ke langit lalu memejam mata. Dia membiarkan sinaran pagi menyapa wajahnya sehingga kulit mukanya terasa sedikit menyengat biarpun masih dipagi hari.

Puas begitu, dia kembali melontarkan pandangannya jauh ke laut china selatan yang terbentang indah di depan mata. Biru air laut yang terbentang luas dan kelihatan tenang itu ditenung dan ditentang sepuas-puasnya dengan sepasang mata helangnya. Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu yang sedang bermain-main di benaknya. Entah apa yang dia fikir, entah apa yang dia rencanakan, tiada siapa yang tahu kerana dia...

Seorang lelaki yang dingin. Dia seorang lelaki yang angkuh. Dia juga seorang lelaki yang misteri. Ada aura hitam, sejuk lagi dingin yang selalu bersamanya. Mata helangnya cukup tajam sehingga mampu mengentarkan pihak lawan. Sebut saja namanya, orang pasti tahu dia bukan calang-calang orang untuk dijadikan musuh.

'Don't mess with me!'

Itu yang selalu dia ucapkan tatkala berdepan dengan pihak lawan. Dia tak suka mengotorkan tangannya untuk sebarang kerja yang tidak berfaedah. Dia tidak suka tunjuk mukanya di medan perangnya. Dan dia cukup tidak suka bila dia dimomok-momokkan sebagai pewaris tunggal kepada harta yang bertimbun milik The James Lagecy.

NJ. Itu namanya. Nama yang membawa simbol kemegahan. Kekayaan. Kekuasaan. Penaklukan.

Tapi bukan itu yang dia mahu. Bukan itu yang dia impikan. Bukan itu yang dicari. Dia cuma berimpian untuk memiliki sesuatu yang lebih cerah. Sesuatu yang lebih bersinar. Sesuatu yang yang lebih lurus. Lurus dan sempurna. Namun kepada siapa dia harus mendapatkan 'sesuatu' itu?

Sekejapan tampang wajah yang tadinya serius berubah suram. Entah, dia bencikan emosi yang dingin ini. Dia tak suka! Walaupun dia sudah dilatih jadi seorang yang 'heartless', dia tetap tidak suka dan rasa ini semua menyiksakan!

Matanya mengecil. Dia tiba-tiba teringat seraut wajah anak kecil yang bermata hazel dan sedikt sepet sedang menari lincah di hadapannya minggu lepas bersama adik dan abangnya. Sungguh dia cemburu lihat anak itu bermain girang seperti itu kerana zaman kanak-kanaknya tidak segirang itu. Zaman kanak-kanak kelam. Gelap. Suram.

Anak kecil itu.

Violin.

My Heart Will Go On by Celine Dion.

Dia tersenyum nipis seminit dua sebelum senyuman itu sirna dari bibirnya. Hampir dia terlupa yang bibirnya tidak kenal erti 'senyum'. Dia memutar tubuh ingin berlalu ke walk in closetnya. Sebelum ke sana, dia capai dahulu telefon berjenama mewahnya lalu menekan sesuatu di skrin itu.

Dia menekan playlist itu dan sebentar kemudian ruangan bilik tidur mewahnya itu dipenuhi dengan lagu yang mengusik jiwa itu. Dia rasa... dia sudah sukakan lagu ini. Lagu yang membawa maksud, kerinduan kepada sesuatu yang telah tiada. Ya, dia rindu kepada insan yang telah pergi dan dia juga rindu kepada kenangan manis yang ada. Walaupun cuma seciput sahaja yang manisnya, dia tetap mahu kenang. Ini hidupnya. Ini kisahnya. Dan inilah kehidupannya.

Dialah, NJ.

~The true mystery of the world is the visible not the invisible.~

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now