Bab 14 : NJ

86 5 0
                                    

~Your silence makes me sick!~

Dari jauh Nuh Jazmin lihat Nia Jasmine sedang menuruni anak tangga sebelum kelibat itu hilang di sebalik dinding menuju ke dapur. Nuh mempercepatkan langkahnya untuk menegur Nia. Sudah banyak hari Nia mengelak darinya dan kali ni peluang terbentang luas di depan mata, tak mungkin dia akan sia-siakan begitu saja.

Kedinginan Nia semakin menjadi-jadi selepas Datin Seri Roslina pulang ke London. Keadaan itu sangat memberi kesan kepada Nuh. Bukan setakat Nuh saja, Tuan Ahmad Zakri, Luqman dan Mia Jasmine juga turut merasakan hal itu.

Terasa sedikit canggung bila Nia dan Nuh tidak riuh bertikam lidah seperti selalu di meja makan. Selalunya akan ada pergaduhan kecil antara Nia dan Nuh. Nia yang garang dan Nuh yang kuat menyakat. Dan bila terjadi keadaan seperti sekarang, terasa hilang keharmoniannya. Nuh juga tampak tidak bersemangat seperti biasa.

Berbaki lagi tiga hari Nuh dan Luqman berada disini. Kalau keadaan berterusan seperti ini, Nuh tak tahu apa yang akan terjadi kepada hubungan mereka nanti. Ikutkan hati sebelum kembali ke UPM, dia mahu bersemuka dan memohon kemaafan dari Nia di atas semua kesilapannya.

"Nia.." tegur Nuh.

Nia tidak menoleh, dipercepatkan kaki melangkah ke dapur. Cubaan untuk mengelak dari Nuh diteruskan. Lagipun hatinya masih terasa sakit dengan tindakan lelaki itu.

"Nia..." seru Nuh lagi. Rasa jatuh tergolek egonya kali ini hanya kerana budak yang selalu mencabar kesabarannya, membisu. Kenapa? Apa dah jadi dengan seorang lelaki bernama Nuh Jazmin?

Nia tidak peduli panggilan Nuh malah kaki tetap melangkah.

"Nia... sekejaplah.." Nuh sempat memaut lengan Nia kali ini.

Nia mendengus lantas menarik kembali lengannya dan kembali menyambung melangkah ke dapur. Kalau boleh seinci pun dia tidak mahu ada dekat dengan Nuh. Hatinya masih sakit dengan apa yang terjadi. Sebab Nuh dia jadi macam ni. Sebab Nuh juga dia dan Violet Band tidak dapat sertai pertandingan tu. Walaupun bukan salah Nuh seratus peratus, tapi dia tetap mahu salahkan Nuh. Biar Nuh rasa apa yang dia rasa.

"Nia, dengarlah dulu apa aku nak cakap ni..." Sekali lagi lengan Nia dipaut.

"Hands off," tegas Nia dengan suara celah giginya.

"Dengar dulu apa aku nak cakap. Please..." Nuh merayu. Hatinya tersiat dipulaukan oleh Nia.

"Nak cakap apa lagi? Tak puas hati dengan apa yang awak dah buat?'' Nia menderam.

Nuh angguk berulang kali, tanda dia tahu apa yang diamukkan oleh Nia itu.

"Sebab tu aku nak kau dengar apa yang aku nak cakap ni. Aku..."

Belum sempat Nuh menghabiskan ayatnya, dengar satu suara lain menegur mereka.

"Nia? Nuh?"

Kedua-duanya terus berhenti meningkah bila dengar suara Tuan Ahmad Zakri. Nia menoleh terlebih dahulu diikuti dengan Nuh. Segera Nia tarik lengannya bila terasa pautan Nuh sedikit longgar dari tadi.

"Kenapa ni?" tanya Tuan Ahmad Zakri pelik dengan Nia dan Nuh.

Dia dari ruang tamu tadi, sempat lihat adegan Nuh mengejar Nia dan Nia cuba sedaya upaya mengelak dari terus dikejar oleh Nuh. Dia juga dapat kesan wajah sungul Nuh setiap kali berdepan dengan Nia di meja makan selepas dari kejadian itu. Mungkin Nuh masih dihurung rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku kepada Nia tempoh hari.

Nia kerling Nuh yang hanya diam disebelahnya. Dia berdeham sedikit sebelum menjawab pertanyaan abahnya itu.

"Tak ada apa abah. Nia nak ke dapur, haus. Kenapa abah panggil Nia?"

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now