Bab 2 : NJ

93 8 0
                                    

"Nia.. kenapa diam je ni?" Tuan Ahmad Zakri pelik bila Nia hanya diam selepas sesi perkenalan antara mereka.

Dengar soalan abahnya Nia perasan lelaki yang bernama Nuh Jazmin memanggungkan wajah kepadanya. Terkedu sekejap dibuatnya ekoran dari rasa malu sebab terkantoi tadi. Nia segera mendeham menghilangkan rasa tak selesa yang datang tiba-tiba, segera dia tolak spek mata bulatnya agar betul-betul terletak elok di atas batang hidungnya.

"Err... tak ada apa-apa abah. Nia... Nia nak masuk dapur sekejap... em... bawa air." Ahh, tergagap-gagap pulak dah! Tak boleh jadi ni.

Baru hendak pusing mahu ke dapur, sedang elok Mia Jasmine tiba di ruang tamu. Penuh sopan kakaknya menghidangkan air dan sedikit kuih untuk tetamu abah. Nia tak jadi melangkah, terus dia diam ditempatnya.

Mia Jasmine memang sopan orangnya. Bukan setakat sopan, cantik dan manis pulak tu orangnya. Wajahnya asli melayu tulen, ikut acuan dari keluarga Tuan Ahmad Zakri. Berbeza pula dengan Nia Jasmine yang lebih banyak mewarisi genetik dari arwah isteri Tuan Ahmad Zakri.  Kata lelaki itu, wajah Nia persis arwah isterinya ketika muda dulu.

''Duduk la Mia, Nia..." beritahu Tuan Ahmad Zakri kepada kedua anaknya tatkala Mia sudah bersedia untuk mengangkat kaki meninggalkan ruang tamu.

Mia angguk lalu melabuhkan duduk di sebelah abah. Nia juga sama, tak jadi meneruskan niat untuk pergi dari situ meskipun terasa tidak selesa. Dia duduk disebelah Mia.

"Ni abah nak bagitahu sikit... abah tahu mesti Mia dan Nia pelik bila tiba-tiba muncul Luqman dan Nuh ni kan?"

Kedua mengangguk. Tuan Ahmad Zakri ukir senyuman dulu sebelum menyambung kata.

"Tok Penghulu mintak tukar dengan abah. Sepatutnya Nuh dan Luqman ni jadi anak angkat dia tapi sebab anak-anak perempuan dia ada balik, jadi mereka risau kalau anak-anak mereka tak selesa kalau ada lelaki lain di rumah dia."

Mia hanya angguk, faham. Tapi berlainan dengan Nia, melopong.

'Tok Penghulu tak selesa kalau ada lelaki lain di rumah dia sebab anak dia semua perempuan? Habis tu kami ni apa? Huh, tahulah anak-anak Tok penghulu tu semuanya berpakaian ala-ala wanita muslimah dan keluarganya pula biasa-biasa saja tapi tak perlulah Tok Penghulu nak pentingkan diri sendiri sampai macam tu sekali. Kalau dah tahu itu risikonya, kenapa terima kehadiran 'tetamu' dari UPM ni? Kan dah kena menyusahkan orang lain!' Nia membebel dalam hati. Tak puas hati betul dia dengan alasan Tok Penghulu tu!

"Jadi abah pulak macam mana? Tak kisah ke?" soal Nia, mahu juga dia dengar apa jawapan abah. Manalah tahu kalau abah juga berfikiran macam Tok Penghulu tu. Kalau abah pun terfikirkan macam tu, Nia berbesar hati jadi tukang sorak, berarak sekeliling kampung pun dia dah tak kisah. Asalkan 'tetamu' itu tidak jadi menginap di rumah ni.

Dia pun sebenarnya rasa tak selesa bila fikir 'abang-abang handsome' depan dia ni. Dah la dalam rumah ni ada dua orang anak dara sunti. Abah pula kerap tak ada dekat rumah, suka pergi melepak dekat padang kelapa sawit milik keluarganya. Tak ke haru kalau jadi apa-apa nanti? Hishhh!

"Tak ada apa lah. Abah tak kisah pun. Sekurang-kurangnya abah dapatlah juga merasa ada anak lelaki. Kan Nuh, Luqman?"

Okay, jawapan abah mengendurkan balik hati Nia yang baru berputik bunga-bunga api kegembiraan. Nia talakan matanya kepada lelaki yang duduk bertentangan dengannya.

Keduanya senyum segaris dan mengangguk berkali-kali. Depan abah angkat haruslah kena buat perangai elok-elok, kan?

"Tak apalah kalau macam tu abah. Kami ikut saja," jawab Mia bagi pihaknya dengan Nia.

Nia buat muka senyum paksa. Entah kenapa dia makin rasa tidak suka dan rasa tidak selesa. Penanda kepada sesuatu yang tak baikkah itu?

"Alhamdulillah kalau dah Mia dan Nia cakap macam tu, lega hati abah. Eh, jemput minum dulu Nuh, Luqman..."

NJ. Ini Kisah Kita. Место, где живут истории. Откройте их для себя