Bab 9 : NJ

72 7 2
                                    

Nuh parkir kereta Tuan Ahmad Zakri di kotak yang disediakan oleh ahli jawatankuasa masjid untuk kemudahan orang ramai. Sedang elok ketika itu azan maghrib baru sahaja selesai berkumandang.

Nia membuka tali pinggang keledar yang membelit di pinggangnya. Dia pandang orang disebelahnya. Nuh merebahkan belakang kepalanya ke headrest, gaya melepaskan lelah.

"Awak tak turun ke?" Nia bertanya, hairan dengan tingkah Nuh yang tidak segera keluar sedangkan sekejap lagi bilal akan melaungkan iqamat untuk memulakan solat fardhu maghrib secara berjemaah.

"Kau pergi jelah dulu. Dah siap, datang sini balik. Jangan pepandai nak lari pulak." Nuh membalas tanpa pedulikan kening Nia yang berkerut seribu. Jarinya menatal skrin telefon.

"Emm yelah." Nia menolak pintu kereta di bahagiannya lalu menapak ke bahagian solat wanita dengan hati yang kurang senang dengan tingkah Nuh. Dalam hati dia berdoa semoga apa yang terlintas difikirannya, tidak betul sama sekali. Lagipun dia sedar, dia budak hingusan tak kan dia mahu tunjuk pandai dengan lelaki seusia Nuh itu.

Usai menunaikan solat, Nia kembali ke kereta. Dilihat Nuh ralit melayan games di telefonnya, kedudukannya langsung tidak berubah dengan sebelum Nia pergi menunaikan solat tadi.

Berkerut sedikit kening Nia. Anak rambut Nuh yang sedikit jatuh di dahi dipandang, tiada tanda-tanda helaian rambut itu basah kesan terkena wuduk. Nia mula mengandaian yang tidak-tidak.

"Awak dah siap solat?" soalnya tanpa dapat ditahan lagi.

"Emm" Nuh bergumam seraya meletakkan telefonnya di tempat yang disediakan lalu tangan kanannya mengagau tali pinggang keledar dan memasangnya

"Dah siap la ya? Tadi awak sempat berjemaah ke?" Nia menyoal lagi sambil tangan memasang tali pinggang keledar. Nuh diintai.

Nuh tidak membalas cuma tangannya ligat memasukkan gear dan memulakan pemanduan.

Nia jongket bahu, akur kalau Nuh tidak sudi memilih untuk menjawab pertanyaannya.

"Abah tahu ke kita nak ke mana ni?"

Nuh bergumam. Nak mati kalau bawa anak gadis orang tak minta izin?

"So, kita nak ke mana?" Nia ubah soalan, jeling-jeling signboard yang semakin jauh dari bandar Muar. Nuh nak bawa dia ke mana ni?

"Kita pergi makan mee bandung, aku teringin nak makan."

"Mee bandung? Malam macam ni makan mee bandung?"

Macam mana rupa mee bandung tu? Sejujurnya Nia tak pernah merasa masakan itu tapi dia tahu masakan itu salah satu menu popular di kalangan penduduk Muar.

"Emm mee bandung. Kenapa kau tak nak makan ke? Ke nak makan benda lain?"

"Eh, tak adalah. Kita pergi jelah. Tadi awak cakap nak makan mee bandung kan?"

"Okay, kalau kau nak makan benda lain, bagitahu la. Aku boleh consider lagi. Aku bukannya kejam sangat."

Nia senyum kelat. Iyalah, bukan kejam sangat.

"Betul ke ni kau okay? Ke nak makan dekat lain?"

"Eh tak apa lah. Makan je dekat kedai awak nak makan tu. Nanti saya order je makanan lain."

*         *         *

Mee Udang Pak Majib

Nia tertelan liur baca signboard nama kedai yang menjadi pilihan Nuh. Kedai yang menjadi bukti sejarah untuk yang ke pertama kalinya dia dikerjakan ke hospital 3 tahun lepas.

"Kedai ni ke awak?" Nia menagih kepastian. Trauma sungguh dia dengan nama kedai ni.

"Ha'a. Kenapa?" Nuh menyoal pelik dengan reaksi Nia. Nia nampak berhati-hati.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now