Bab 25 : NJ

50 6 0
                                    

Waheeda membuka mata, terasa pening dan berpusing-pusing lantas dia menutup kembali matanya. Dahinya berkerut, perit bila silauan cahaya mengena anak mata. Tolak gebar tebal yang meyelimuti tubuhnya. Perlahan dia cuba bangkit dari perbaringan lalu bersandar ke kepala katil. Picit hujung pelipis dahi dengan mata terpejam sambil cuba mengingati apa yang sudah berlaku kepadanya.

Kosong! Tiada apa yang tergambar di benaknya. Mulutnya berdecit halus.

Terasa gebar ditarik perlahan dari sebelah, mengejutkan Waheeda. Semerta itu juga matanya terbuka, dia ternganga. Pantas dia menutup mulutnya, takut terkeluar sebarang suara. Mukanya pucat tidak berdarah tatkala terpandangkan susuk tubuh yang sedang tidur membelakanginya. Susuk itu tidak berbaju, menyerlahkan kulit sawo matangnya dan dari belakang pun dia sudah dapat mengenal pasti yang pemiliknya adalah seorang lelaki!

'Lelaki? Ya ALLAH, apa yang aku dah buat ni?!' Waheeda tertanya-tanya sendiri. 

Mukanya pucat tidak berdarah. Peluh dingin mula timbul di pelipis kepala. Waheeda turun memandang tubuh sendiri di sebalik gebar. Nasib baik dia masih lengkap berpakaian seperti semalam yang membezakan cuma tudungnya entah ke mana. Dalam hati, dia memanjat kesyukuran. Sekurang-kurangnya kesuciannya masih terpelihara.

Matanya segera mengitari sekeliling ruangan bilik itu yang kelihatan sedikit redup mungkin kerana langsir menghalang cahaya membolos masuk. Mewah dan ekslusif pada pandangan matanya. Tapi dimanakah dia? Ini bukan biliknya! Bukan bilik di asramanya!

Tanpa membuang masa,  Waheeda segera menyelak gebar dengan lebih luas lalu melompat turun dari katil mewah itu. Pergerakannya pantas namun penuh berhati-hati bimbang kalau si dia yang sedang terbaring lena itu terjaga dari tidurnya. Siapa orangnya, Waheeda tidak berani untuk mengambil tahu. Takut dengan pelbagai andaian bermain di fikirannya.

Waheeda capai tudungnya yang terletak elok di atas meja kopi. Segera disarung ke kepalanya lalu diputar saja ikut apa yang boleh asalkan yang patut ditutup, sudah di tutup dengan sempurna. Waheeda meraba mencari beg sandangnya. Di selongkar isi dalam untuk memastikan segala barangnya ada di dalam beg itu.

Waheeda panggung wajah, menyedari sesuatu yang tiada di dalam beg sandangnya. Telefon bimbitnya tiada. Hilang?

"Cari ni?" Suara serak basah baru bangun tidur itu menegur, membelakanginya.

Waheeda segera berpusing tubuh menghadap empunya suara yang disangkakan masih lagi lena diulit mimpi. Ada telefon bimbit jenama Sony Erricson miliknya di tangan lelaki itu. Melihat sang tubuh itu keluar dari gebar, membuatkan tubuh Waheeda kejung ditempatnya. Wajahya teman tidurnya itu tidak jelas kelihatan.

''Kau siapa? Apa yang kau dah buat pada aku hah?'' Perlahan-lahan Waheeda bangkit dari duduknya.

Ada getaran halus dalam petanyaannya menandakan dia sedang dalam ketakutan menghadapi situasi ini. Tidak pernah terlintas dek akalnya yang dia akan melakukan perkara terkutuk ini.

''Apa yang dah aku buat?'' tanya si dia seraya menyarung tshirt hitam ke tubuh tegapnya.

Waheeda telan liur mahu menjawab tapi dia juga tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Terakhir yang dia ingat semalam dia ada berjumpa dengan beberapa orang wakil dari setiap fakulti untuk membincangkan tentang aktiviti yang akan datang di Perpustakaan awam.

Betul, hanya itu yang dia ingat. Selepas tamat perbincangan itu, dia langsung pulang ke asrama bila teringatkan janjinya dengan Fiqah dan Mimi untuk 'dinner together'. Dalam perjalanan balik, dia ada singgah di kedai runcit mahu membeli sedikit barang dapur dan tanpa sengaja dia terlanggar dengan seseorang.

''Kau dengar tak apa aku cakap ni, perempuan?'' tanya lelaki itu seraya memetik jari di hadapan muka Waheeda, sekaligus membawa Waheeda keluar dari khayalannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now