Bab 12 : NJ

66 5 1
                                    

~Feeling are just visitors, let them come and go.~

''Where's she?''

''Nia... dia ada dalam bilik Mia. Dia baru je keluar hospital hari ni," jawab Mia takut-takut.

Aura mak ngah Roslina ni bukan calang-calang orangnya. Tengok sajalah situasi sekarang, baru 2 hari lepas dia bagitahu nak datang, tup-tup hari ini sudah terpacak depan rumah mereka. Setiap kali ada hal yang melibatkan Nia cepat sahaja dia tahu. Ibu mana yang tak sayang anak?

Sedikit sebanyak Mia Jasmine cemburu dengan adiknya, Nia Jasmine. Walaupun sejak kecil Nia tinggal jauh di negara orang, jauh dari keluarga kandung tapi Nia masih mendapat kasih sayang dari keluarga Mak Ngah Ros melimpah ruah. Tak terluak sedikit pun malah tidak pernah berkurang meskipun sudah 5 tahun mereka terpisah.

''Kenapa Nia rest dalam bilik Mia? Kenapa tidak dalam bilik dia sendiri?" Berlapis dahi Datin Seri Roslina dengan jawapan Mia.

''Bilik Nia, ada orang guna. Anak angkat abah.''

Mak Ngah Roslina kerut lagi dahi. Tak faham.

''Dekat kampung ni ada program anak angkat dari UPM. Abang terlibat sekali," jawab Tuan Ahmad Zakri bagi pihak Mia, sedari tadi dia cuma mendengar anak sulung dengan adiknya bersoal jawab. Adik dia ni kalau soal siasat berkaitan dengan Nia, jangan harap mereka boleh terlepas dengan mudah. Adiknya sungguh 'overprotective'.

''Ooo, okay. So, tetamu abang tu lelaki ke perempuan?''

''Lelaki. 2 orang. Abang pun nak merasa jugak macam mana perasaan bila ada anak lelaki. Walaupun cuma anak angkat tapi boleh la abang menumpang kasih," ujar Tuan Ahmad Zakri lagi. Ada senyum bergayut di bibir tuanya.

Datin Seri Roslina diam. Faham maksud abangnya.

''Mak ngah betul-betul nak bawa Nia balik?'' tanya Mia sedikit bergetar suaranya. Sedikit terdesak untuk tahu jawapan ibu saudaranya itu.

Datin Seri Roslina kalih matanya kepada Mia.

''Ada sebab ke untuk mak ngah tak bawak Nia balik?'' cabar Mak Nga Ina.

Mia tarik nafas dalam. Dia perlu pertahankan haknya sebagai seorang kakak walaupun dia tahu keputusan terletak di tangan Nia.

''Mia tak nak Nia balik ke sana semula. Mia dah lama hilang adik Mia. Baru kali ni Mia berpeluang jaga Nia. Mia tahu Mia salah sebab tak jaga Nia elok-elok sepanjang dia ada kat sini, tapi boleh tak kalau mak ngah bagi Mia satu lagi peluang? Mia janji Mia akan jaga Nia elok-elok lepas ni. Mia janji benda ni takkan berlaku lagi. Boleh tak mak ngah?'' rayu Mia.

''Abang juga tak izin kan kamu bawak Nia balik ngah.'' Abah mencelah.

''Pordon?'' Cerung pandangan pada abangnya, tak sangka itu yang disajikan keluar dari mulut abangnya.

''Nia anak abang. Anak kandung abang. Abang lebih berhak untuk tentukan Nia perlu ikut kamu atau tidak kali ini.''

Terangkat sebelah kening Datin Seri Roslina dengar jawapan abangnya itu.

''Are you sure that's your answer abang?''

Tuan Ahmad Zakri terdiam, sedari dia terlanjur kata bila bercakap tentang soal 'hak', sedangkan dia langsung tak layak mempersoalkan tentang itu selepas apa yang dia dan isterinya putuskan untuk Nia selama ini.

Datin Seri Roslina berpeluk tubuh, bangkit dari duduknya dan mendekati abangnya.

''She's been with me for almost ten years. She is my daughter. After all i did for her, she's mine. Abang yang bagi dia pada angah dulu. Abang juga ada buat perjanjian dengan angah yang abang tak kan ganggu kehidupan Nia selepas abang serahkan dia pada angah. Angah serahkan dia semula kepada abang hanya disebabkan wasiat dari arwah kak Lina. Kalau bukan sebab tu, tak mungkin angah akan serahkan Nia senang-senang pada abang semula. Abang faham kan?"

NJ. Ini Kisah Kita. Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz