Bab 22 : NJ

48 4 2
                                    

~Orang serakah tak akan merasakan lazat dan manisnya kenikmatan. Dia bagaikan orang makan yang tak pernah merasakan kenyang dan nikmat - Abdullah Gymnastar.~

"NJ.. aku dah jumpa bot yang boleh bawak kita pergi sana." Luke Sebastian muncul disebalik langsir pintu slidding. 

Nuh balikkan tubuh menghadap kawan baiknya. Itulah berita yang dia nanti-nantikan. Tak sia-sia dia mencemar duli tempoh hari tatkala hasil yang diperolehi cukup lumayan. Hasil ugutan dan kerahan beradu tenaga dengan salah seorang anak buah kepercayaan JR, dia berjaya mendapatkan satu maklumat penting. Di mana maklumat itu ialah kewujudan nenek kesayangannya, Diana James.  

"Sure? Line clear kalau kita pergi sana?" aju NJ lagi, mahukan kepastian. Tak sabar untuk memulakan misi pencarian neneknya.

"Clear. JR sama isterinya masih ada di Tawau sana. Ikut kata bapak aku, dalam 3 hari mereka di sana," beritahu Luke tentang segala maklumat yang dia perolehi dari bapaknya. 

Luke Sebastian, satu-satunya teman yang dia boleh percaya, dan yang boleh buat segala rahsianya tersimpan rapi. Luke, beza dua tahun dari umurnya, selalu menjaga dan melindunginya persis seorang abang. Sementelah pula NJ seorang anak tunggal sebelum kehadiran dua saudara tirinya. Tapi sayang hubungan itu tidak pernah rapat. NJ lebih rela memilih Luke dari saudara tirinya. Bagi NJ, Luke lebih memahaminya apatah lagi Luke sudah banyak melihat penderitaannya semenjak dari dia memijak kaki di Villa Rossie.

Bapa Luke Sebastian, Alan Sebastian berkerja sebagai pemandu peribadi kepada Datuk Junid Richard. Sudah berpuluh tahun lelaki itu setia berkhidmat dengan keluarga Datuk JR bermula dari zaman mendiang datuk Nuh lagi. Hidup Luke sekeluarga bergantung sepenuh kepada Datuk JR memandangkan mereka tiada saudara mara yang lain. Ibu Luke pula sudah lama meninggal dunia. Dia meninggalkan Luke bersama dua lagi adik Luke iaitu Nadine Sebastian dan Sophie Sebastian.

"Okay. Bila boleh kita pergi sana?"

Rasa rindu pada neneknya makin membuak-buak semenjak dia mendapat tahu tentang kewujudan wanita itu. Sebelum ini JR banyak berbohong dengannya. 6 tahun yang lalu di kala umurnya 12 tahun, JR menyampaikan berita tentang neneknya yang sudah meninggal dunia ketika melarikan diri ke Labuan dan sudah dikebumikan di sana. Padahal itu cuma omongan kosong JR. Sengaja lelaki itu mereka berita palsu agar NJ akur dengan setiap perintahnya. Kerana akur dengan berita sedih yang dibawa oleh JR, NJ rela diheret balik semula ke Villa Rossie. Kisah hitamnya bermula dari situ. Hidupnya tidak ubah seperti banduan cuma bezanya dia dilepaskan tanpa dibebaskan. NJ pejam mata, teringat kisah itu dia merasakan hatinya dicengkam sesuatu. Rasa sakit dan dendam yang tersimpan.

"Kalau kau mahu sekarang pun boleh, NJ. Pak Rahmat sudah tunggu kita di sana. Janji kita kena hati-hati. Jangan bagi orang-orang JR tahu kita ke sana. Nah, kau pakai baju ni." Luke hulurkan sehelai hoodie dan cap.

NJ menyambut lalu sarung hoodie hitam itu tanpa banyak soal. Sedang elok hoodie itu terletak pada tubuh tegapnya walaupun umurnya belasan tahun, tubuhnya cantik terbentuk hasil dari latihan fizikal yang dikerahkan oleh JR seusia 12 tahun lagi. Kata JR, NJ perlu dilatih supaya punya semangat daya tahan lasak untuk berdepan dengan musuh mereka. Orang berprofil tinggi seperti mereka harus bersiap siaga dari segala macam kemungkinan. 

''NJ, jom.'' Luke sudah menguak pintu bilik kepada  Nuh bagi laluan kepada bossnya untuk keluar terlebih dulu.

Mereka menyusup keluar dari pintu belakang hotel mewah itu untuk mengelakkan dari bertembung dengan pekerja di Hotel Black Diamond. Pewaris Hotel Black Diamond, siapa yang tak cam. Jadi mereka berdua perlu lebih berhati-hati supaya tiada sebarang laporan yang akan sampai kepada telinga JR.

*              *             *

Jesselton Point.

Jesselton Point merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sangat popular di kalangan warga Kota mahupun pelancong luar yang datang ke negari di bawah bayu untuk bercuti. Tempat ini juga dikenali sebagai tempat  penghubungan utama di antara tanah besar iaitu Bandar Kota Kinabalu dengan pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Memutikan, Pulau Sulug dan juga Pulau Sepanggar.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now