Bab 5 : NJ

79 6 0
                                    

~Those who deny freedom to others are entitled to it not for themselves.~

5 tahun dulu Tuan Ahmad Zakri bertekad membawa Nia balik ke pangkuannya setelah keadaan isterinya, Puan Jaslina semakin teruk setelah tiada rawatan lain lagi yang boleh menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh isterinya. Sel-sel barah kian merebak dengan agresif menyebabkan keadaan isteribya semakin hari semakin uzur.

Permintaan terakhir isterinya, dia mahu Nia kembali ke pangkuannya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Walaupun mendapat tentangan hebat dari adik kandungnya iaitu Datin Sri Roslina, dia tetap berkeras dengan keputusannya untuk membawa Nia pulang ke Malaysia.

Dengan persetujuan kedua belah pihak, akhirnya Dato Sri Andrew dan Datin Sri Roslina mengalah. Mereka sudi menghantar Nia pulang setelah memikirkan keadaan kesihatan Puan Jaslina yang kian tenat.

Nia Jasmine berpisah dengan keluarga kandungnya seawal usianya baru 3 bulan dan dia kembali bersatu setelah usianya mencecah 10 tahun. 10 tahun berada bersama keluarga lain, Nia langsung tidak mempertikaikan tentang statusnya kerana dia juga anak mama dan papa. Dia bahagia dan gembira selama dia berada di sana.

Tapi semuanya mula berubah bila dia kembali ke tempat asal kelahirannya. Dia berasa sangat kekok untuk teruskan kehidupannya tanpa papa dan mama serta abang dan adik yang selalu ada di sisinya seperti selalu. Hakikat yang Nia perlu telan adalah dia mempunyai tiga orang kakak kandung yang selama ini dianggap tidak lebih daripada sepupu. Janggal sungguh dia rasa untuk tinggal sebumbung dengan mereka bertiga.

Bukan itu sahaja, Nia juga mengalami perubahan 'culcure shock'. Perbezaan cuaca dan iklim di kedua tempat itu membuatkan kulit Nia menjadi sensitif, alah kepada habuk dan cuaca panas. Alah juga dia kepada seafood. Kulitnya akan jadi memerah dan gatal-gatal kalau terdedah dengan matahari untuk satu tempoh yang lama. Kulitnya juga akan menggelupas dan bergerutu kalau tersilap makan. Pernah Nia dimasukkan ke hospital gara-gara tersilap makan makanan yang bersumberkan makan laut.

Seiring dengan usia remaja dan perubahan hormon, kulit muka Nia jadi semakin teruk. Muoa ditumbuhi berjerawat dan meninggalkan parut-parut hodoh di mukanya. Lain sungguh wajah Nia yang sekarang ini dengan rupanya ketika tinggal di London dulu.

Pergaulan dengan rakan sebaya juga susah untuk diterima oleh Nia. Selalu dia diejek kerana ketidakfahaman dari segi komunikasi. Dia selalu bercakap menggunakan bahasa melayu asli bersama keluarganya di London tapi bila balik ke Johor, dia alami kejutan dan sukar untuk memahami lograt negeri Johor bula ada yang bertutur dengannya dalam dialek itu.

Di sekolar, kawan-kawan menggelarnya 'Minah London' kerana rupanya yang berbeza dari yang lain. Nia seorang gadis kacukan Melayu-Jepun, dia memiliki rambut aslinya yang berwarna coklat keperangan, matanya sedikit sepet dan anak matanya juga lain dari yang lain iaitu berwarna hazel. Kulitnya juga agak putih melepak. Nia cantik dan unik.

Dia agak berbeza dengan ketiga-tiga kakaknya.

Bukan orang luar sahaja yang mengejek Nia, malah dua orang kakaknya juga selalu mengejeknya dengan nama 'Minah jepun celup' tapi dia tidak kisah. Kerana dia tahu itu sahajalah yang membuktikan yang dia anak kandung kepada arwah Puan Jaslina. Hanya dia sahaja mirip arwah ibunya. Berbeza dengan kakak-kakanya yang lebih mirip belah abahnya.

Menurut cerita mama, arwah ibu seorang mualaf dari negara yang sangat popular dengan bunga sakura. Berkenalan dengan abah ketika abahnya melanjutkan pengajian di negara matahari terbit itu. Berjumpa dan berkenalan dengan ibu lalu mereka mengambil keputusan untuk berumahtangga.

Perkahwinan mereka tidak direstui oleh nenek kerana nenek sudah ada calon yang tersendiri untuk abah tapi sebab cintakan ibu, abah berusaha memujuk nenek untuk menerima ibu sebagai menantu. Akhirnya nenek menerima ibu sebelum nenek meninggal dunia.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now