Bab 7 : NJ

64 7 0
                                    

~Attracted to you in ways i cant explain.~

Zaen Haidar, vokalis Violet Band masih menanti kemunculan Nia dan adiknya, Farid Azuan di luar pagar sekolah Nia. Sesekali dia jeling jam di pergelanggan tangan kirinya. Jarum jam sudah memasuki angka 2.30 minit petang, menunjukkan sudah melepasi waktu tamat persekolahan tapi bayang-bayang Nia dan Farid masih belum muncul.

Zaen melepaskan keluh, menanti dengan penuh sabar. Dia yakin yang dikejar tidak akan lari. Zaen senyum sendiri mengingatkan tindakan bodohnya hari ini. Dia sekadar mencuba nasib menjemput gadis kacukan melayu-jepun itu pulang dari sekolah biarpun dia tahu Nia pasti tidak suka dengan tindakannya. Gadis unik berusia 15 tahun itu seperti merpati. Nampak jinak tapi sukar untuk didekati.

Sebelum ini dia pernah cuba memikat gadis itu, namun Nia selalu menunjukkan reaksi yang tidak selesa setiap kali dia cuba mendekati. Zaen Haidar sedar mungkin faktor umur yang jauh antara mereka menjadikan Nia tidak seberapa selesa dengannya. Nia gadis belasan tahun sedangkan dia, graduan lepasan universiti.

Nia Jasmine, gadis itu istimewa dimatanya. Kali pertama dia kenali Nia, sewaktu gadis itu sedang asyik menggesek violin di halaman rumah. Ketika itu dia berkunjung ke rumah Tuan Ahmad Zakri selaku bekas gurunya ketika di sekolah menengah. Tambahan lagi Cikgu Ahmad itu ayah angkatnya.  Ketika itulah dia dapat tahu yang Cikgu Ahmad ada anak perempuan lain selain Mia Jasmine, Lya Jasminedan Tya Jasmine.

Farid Azuan juga pernah bercerita tentang kebolehan Nia bermain violin dan selalu mempersembahkan bakatnya di atas pentas sekolah. Nia langsung tidak kekok berada di atas pentas.

Bukan itu saja, Farid Azuan juga bertanggungjawab membawa Nia menyertai Violet band yang ditubuhkan pada 2 tahun lepas. Selain Nia, Violet Band turut dianggotai oleh 3 lagi rakannya iaitu Uzzam selaku drummer, Baihaqi sebagai guitarist lead dan Fakhrul sebagai guitarist base.

Zaen akui bukan mudah untuk memujuk Nia menyertai Violet Band memandangkan usia Nia yang masih terlalu muda. Kalau bukan disebabkan campur tangan dari abah, tak mungkin Nia akan bersetuju dengan tawarannya. Bagi Zaen pula, Nia memang seorang yang berbakat besar dan sayang kalau bakat itu dipersia-siakan.

''Hai abang Zaen," teguran dari seseorang mengembalikan Zain Haidar dari terus mengingati gadis bermata hazel.

Zaen toleh ke sisi. Nadhirah, sepupunya tersenyum manis.

''Abang buat apa dekat sekolah Nad?'' tanya Nadhirah, sedikit hairan dengan kemunculan abang sepupunya di luar pagar sekolah.

''Emm.. abang tengah tunggu Nia dan Farid. Kejap lagi kitorang kena practice,'' beritahu Zaen Haidar.

''Oh, boleh Nad tumpang abang balik sekali?'' Nadhirah menyoal kemudiannya. Bukan senang dia boleh bersembang dengan sepupunya yang seorang ni. Kalau tak sibuk dengan tugasan hakikinya sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej komuniti, lelaki itu akan sibuk dengan Violet Bandnya.

''Balik sekali? Nad tak ada kelas ke sekejap lagi?'' tanya Zaen Haidar pula, hairan. Bukannya dia tak tahu Nadhirah tu pelajar SPM tahun ni, mesti ada jadual kelas tambahan lebih-lebih lagi tak lama lagi percubaan peperiksaan SPM bakal menjelang.

Nadhirah kemam bibir dulu sebelum menjawab. Tali beg galasnya digenggam erat.

''Petang ni tak ada kelas. Cikgu semua sibuk. Nad pun baru je tahu kelas petang ni dibatalkan, so Nad tak sempat lagi nak bagitahu abah Nad. Boleh tak Nad tumpang abang?''

''Emm boleh je. Tapi sekejap lagi abang nak pergi makan dulu sebelum balik. So, Nad tak kisah ke?''

Bagai pucuk dicita ulam mendatang sahaja pertanyaan Zaen Haidar tu, terus beria Nadhirah mengangguk sebagai jawapan. Dia langsung tidak kisah!

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now