Bab 16 : NJ

72 7 0
                                    

~Only a monster can deal with another monster.~

Sekali lagi tepukan bergema selesai sahaja Nia melakukan persembahannya secara solo. Lagu yang dipilih berjudul Bunda nyanyian dari Melly Goeslaw, penyanyi popular dari negara seberang. Nia cuma menggesek violin tanpa nyanyian tapi itu sudah mampu mencuri tumpuan seluruh dewan terpaku padanya.

Bunda. Lagu yang sangat meruntun jiwanya. Terbayang wajah arwah ibu yang silih berganti dengan wajah mamanya. Dua wanita hebat yang kuat berjuang deminya. Kekuatan dan kata-kata semangat dari abang yang jauh di perantauan juga sedikit sebanyak membuatkan tumpuannya seratus peratus diberikan ketika persembahannya tadi.

Nia tundukkan sedikit badannya tanda mengucapkan terima kasih di atas tepukan gemuruh itu sebelum meminta diri untuk keluar dari pentas utama. Nia merapati Zaen dan beriringan keluar dari pentas.

"I already told you, Nia. You can do better than our training!" Zaen disebelah bersorak kegembiraan dengan keberanian yang ditonjolkan oleh Nia. Dia sangat berbangga dengan gadis ini.

"Terima kasih pada abang Zaen and our team sebab yakin dengan Nia. Nia takut juga tadi kalau tiba-tiba jadi sumbang. Mesti malu besar kita." Nia tersenggih malu bila Zaen Haidar melebihkan dia dari yang lain sedangkan mereka juga melakukan yang terbaik tadi.

"Nope, Nia. Nia memang dah buat yang terbaik. Nia memang berbakat besar. Abang Zam tetap bangga dengan Nia." Uzzam mencelah, turut mengagumi bakat yang ada pada Nia.

"Sayang kalau Nia tiba-tiba nak slow down bakat Nia tu," sampuk Baihaqi pula. Sudah sedia maklum sebelum ini, Nia ada menyuarakan hasratnya untuk 'slow down' segala aktiviti muzikalnya dan akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajarannya sehingga tamat persekolahan.

"Betul tu.. abang setuju apa yang Bai cakap. Apa kata kalau Nia just berehat sekejap? Habis PT3 nanti, Nia join balik group kita?"

"Bukan Nia tak nak abang Zaen, abang Bai... Nia cuma tak nak hilang fokus pada study."

Zaen angguk, sudah tahu tentang hal. itu. PT3 sudah semakin hampir.

"OK fine. Abang tak paksa Nia join sekarang. Tapi lepas habis PT3, Nia join group kita balik... okay kan?"

"Yelah-yelah Nia join. Tapi nanti apa plan kita?" Nia mengalah akhirnya. Terpaksa berjanji kerana tidak mahu menghampakan Zaen Haidar dan yang lain walaupun dia sudah berbincang dengan abah mengenai perancangannya untuk slow down karyanya. Tapi kalau dia beritahu abah tentang topik ini mesti abah juga mengerti dengan keputusannya.

"Apa kata, lepas ni kita try cover lagi banyak lagu? Mana lah tahu dengan cara tu, kita boleh ketengahkan bakat yang ada pada Nia." Uzzam mengemukakan cadangan.

"Ehh dah kenapa Nia pulak ni?" Nia mengerut dahi.

"Sebab sekarang ni dah banyak violist buat YouTube Channel dengan cara diorang cover lagu-lagu hits terkini. I think kita pun boleh buat macam tu.. Macam mana guys?" Zaen mengemukakan pendapatnya. Niatnya cuma satu, mahu ketengahkan bakat yang ada pada Nia. Sayang kalau tak dihargai dan digilap.

"Aku rasa idea tu, brilliant!" Tepuk tangan Uzzam teruja, setuju dengan cadangan Zaen.

"What do you think, Nia?" Fakhrul pula bertanya kepada tuan badan yang sedari tadi hanya tayang muka blur.

Nia masih lagi terpinga-pinga. Kenapa mereka beria-ria sangat ni?

"Nia?" Fakhrul menanti jawapan Nia. Bukan setakat Fakhrul tapi yang lain juga.

"Nia rasa kita kena discuss balik benda ni dengan abah. Tanya pendapat abah. He knows better than me," jawab Nia. Semestinya jawapan abah nanti akan menentukan hala tuju hidupnya.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now