Bab 6 : NJ

57 7 0
                                    

~She's different.~

Luqman Firdaus memerhati Nuh Jazmin dari jauh. Rancak benar nampaknya Nuh bersembang dengan gadis yang bernama Tasha itu. Rasanya Tasha tu senior Nia Jasmine di sekolah, tentu gadis itu juga mengenali Nia.

Nia, bukannya susah orang nak cam. Nia itu lain dari yang lain. Teringat masa mula-mula Tuan Ahmad Zakri memperkenalkan Nia, dia ingatkan Nia tu anak angkat Tuan Ahmad Zakri rupanya telahannya silap. Nia anak kandung abah angkatnya. Sebab utamanya tak lain tak bukan, sebab rupa paras Nia langsung tidak sama dengan kakaknya yang jelita, Mia Jasmine.

Mia Jasmine menampakkan ciri-ciri perempuan melayu asli. Raut wajah, suara lunak, bahasa dan lenggokkan badannya juga penuh sopan. Cara pakaiannya juga sama, tertutup segala aurat yang digariskan dalam islam.

Berbeza pula dengan Nia Jasmine. Bukan setakat muka yang berbeza, perangai dan kelakuan juga berbeza. Nia sedikit kasar dan garang. Dia juga tidak bertudung, jadi dia boleh lihat setiap helaian rambut brown anak dara itu. Nia juga bermata sepet dan anak matanya berwarna hazel tapi keunikkan itu disembunyikan disebalik cermin mata bulat besarnya. Kulit muka Nia juga berjerawat dan berparut, mungkin kerana alahan kulit seperti yang pernah Mia katakan tempoh hari.

Luqman pernah terpandangkan potret keluarga Tuan Ahmad Zakri yang tergantung elok di ruang tamu rumah itu. Dalam potret itu, Tuan Ahmad Zakri bersama empat orang anak perempuannya. Mia Jasmine dan Nia Jasmine serta dua lagi gadis muka seiras, kembar barangkali. Hanya Nia yang berbeza di antara mereka berlima. Luqman dapat merasakan keluarga abah angkatnya juga ada rahsia yang tersimpan seperti keluarga Nuh. Nuh, seorang lelaki yang penuh dengan rahsia.

Luqman dan Nuh merupakan pelajar tahun 3, bachelor Pengurusan Alam Sekitar di UPM. Program anak angkat yang dianjurkan oleh universiti mereka mendapat sambutan oleh beberapa buah sekolah menengah dan sekolah rendah yang ada di sekitar kampung Nia. Jadi secara tidak langsung, ramai pelajar-pelajar sekolah turut menyertaikan diri dalam program mereka. Dua minggu siswa dan siswi berkampung di sini, bermacam-macam aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak pengurusan program dengan ahli jawatan kuasa kampung.

Luqman meluruskan pandangan. Masih pandang sahabatnya bersama gadis bernama Tasha itu. Macam mana mereka boleh kenal? Semuanya gara-gara aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid tempoh hari sebelum Nuh menghilangkan diri balik ke rumah abah tanpa memberitahunya. Nuh, lelaki licik!

Sesekali Luqman periksa telefonnya kalau-kalau ada pesanan ringkas dari bigbossnya. Namun kosong. Luqman lega lalu dia simpan kembali telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Selama ini Luqman cukup patuh kepada setiap arahan bigbossnya cuma kali ini saja dia memilih untuk jadi pembelot.

Dia kesian dengan Nuh. Nuh perlukan kebebasan. Walau hakikatnya Nuh jauh dari pandang mata bigbossnya, kebebasan Nuh seakan-akan sentiasa 'digari' kemas.

Luqman tahu Nuh tidak suka dengan kehidupannya yang tidak normal seperti yang lain. Boleh dikatakan, kehidupan Nuh sekarang ini diibaratkan seperti burung camar yang baru terlepas dari kurungan. Luqman cuma berharap hanya dengan cara dia menjadi pembelot kali ini, dia mampu melihat Nuh tersenyum lebar seperti sekarang. Biar Nuh rasa macam mana 'kebebasan' yang diidam-idamkan itu. Luqman mahu Nuh menikmati kebebasan yang sementara ini agar Nuh tahu betapa nikmatnya bila kaki tidak digari.

Kedinginan layanan Nuh terhadapnya, kekasaran yang Nuh tunjukkan pada dia, Luqman faham kenapa Nuh jadi begitu. Nuh sedang memberontak dengannya. Tapi Nuh tak tahu seorang Luqman Firdaus juga tersepit. Tersepit di antara keselamatan ahli keluarganya di kampung dengan persahabatan yang terjalin sejak dari dulu lagi.

Luqman terpaksa memilih untuk mengadaikan kesetiaan tali persahabatan mereka dengan menjadi 'mata-mata' kepada bigbossnya. Hanya dengan itu sahaja, keselamatan keluarganya dikampung akan terjamin.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now