Bab 23 : NJ

45 3 2
                                    

~Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan.~

"Kau jaga dia baik-baik Andy," pesan NJ lagi.

Andy mengangguk, sudah muak telinga dengar perkara yang sama tapi dia iyakan saja sebab dia tahu bukan mudah untuk NJ berpisah dengan Kesuma samentelah pula mereka baru sahaja dipertemukan semula selepas 6 tahun terpisah.

"Kau jangan risau NJ. Aku akan jaga dia elok-elok macam aku jaga ibu aku. Lagipun aku sudah anggap aunty Diana sama seperti nenek ku juga bah."

"Okay. Aku percayakan kau, Andy.  Jadi jangan sesekali kau musnahkan kepercayaan aku pada kau. Sampai sana kau terus kasi tahu aku. Nyawa nenek aku, di tangan kau sekarang."

"Ya... ya... NJ. Aku faham, kau jangan risau. Kau di sini baik-baik juga ya? Ada apa-apa,  kasi tahu aku. Kau pun sama Luke. Jaga NJ elok-elok." Andy berpaling sedikit kepada Luke yang setia berdiri di sebelah NJ.

"Ya Andy. Kau jangan risau. Kau dan Aunty Diana, baik-baik sana." Luke membalasnya.

Andy mengangguk lagi. Kesuma peluk cucunya. Tudung yang sudah herot tidak dihiraukan, apa yang penting hatinya sebu. Sekali lagi dia perlu berpisah dengan NJ dan bezanya kali ini, sungguh jauh dia akan melarikan diri iaitu ke negeri Pahang Darul Makmur. Tak apalah, dia redha andai ini yang terbaik untuk keselamatannya.

"Jom Aunty Diana. Sudah tiba masanya kita check in." Andy mencelah.

NJ dan Kesuma meleraikan pelukkan.

"Nanti bila tiba masanya, Nuh akan jumpa nenek. Janji dengan Nuh, nenek akan kuat dan bertahan untuk lihat aku berjaya rampas balik hak kita."

Kesuma mengangguk. Tangan kasarnya menepuk pipi cucu tunggalnya. Mata cantik itu ditatap sekali lagi, bagaikan inilah kali terakhirnya dia mampu melihat tatapan indah itu.

"Nenek sayang kamu. Kamu pun janji sama nenek, jaga diri baik-baik.  Bila kamu dah cukup 'rasa' untuk fight, let's fight together."

NJ mengangguk yakin. Tangan neneknya di cium lagi. Dia akan rindukan tangan kasar ini. Tangan wanita yang sudah banyak berkorban untuknya demi menjaminkan keselamatannya. Dia akan sentiasa ingat jasa neneknya!

Sekali lagi pengumuman kedengaran menandakan sudah tiba masa untuk kesemua penumpang pesawat Air Asia dari Kota Kinabalu ke KLIA masuk ke balai pelepasan. Kesuma mengekori Andy dari belakang selepas NJ melepaskan pelukan mereka. 

'Selamat tinggal semuanya. Selamat tinggal kenangan disini. Aku akan catatkan segala kenangan di sini sebagai kenangan yang terbaik yang pernah aku ada.' Suara hati Kesuma berkata.

*                 *                  *

_Kami sudah selamat tiba di KLIA._    ~Andy.

_Okay Andy. Nanti kau bawakan terus dia ke rumah perlindungan. Macam yang kita plan._ ~NJ.

_Oraite boss. Don't worry aku akan handle dia dari sini._   ~Andy.

NJ menyimpan telefonnya sebaik sahaja baca mesej dari Andy. Syukur. Selesai satu masalah yang melibatkan orang kesayangannya. Kalau boleh buat masa sekarang dia mahu jauhkan orang-orang yang dia sayang dari JR. Mujurlah pertemuannya dengan Kesuma tempoh hari tidak berjaya dihidu oleh JR. Kalau JR tahu, tak mustahil sekarang ni nyawa Kesuma sudah melayan dan dia tidak akan benarkan perkara itu terjadi lagi. Dia tahu taktik  apa JR akan kenakan dia, jadi sebelum itu terjadi ada baiknya dia elakkan dulu. JR akan gunakan orang-orang yang dia sayang untuk terus ugut dia sebagaimana lelaki itu pernah buat kepada arwah ibunya.

"Sekarang apa yang kau mahu buat, NJ?" tanya Luke Sebastian.

''Ini bukan masanya untuk aku fight dengan dia.'' Hanya itu jawapan NJ.

NJ. Ini Kisah Kita. Место, где живут истории. Откройте их для себя