Bab 17 : NJ

74 8 2
                                    

~You can't change someone who does not see an issue with their actions. You can only change how you react to them.~

''Please la Zara... She is not my taste... Cuba Zara tengok dia dengan Zara. Jauh beza kot. Dia tu budak-budak lagi tau. Budak tak cukup umur macam tu, tak kan lah Nuh nak simpan buat koleksi. Lain lah kalau perempuan macam Zara. You're the perfect one!'' Sekali lagi Nuh mengayat sambil mengenyit matanya.

Zara Keysha kian mengedik semacam bila si jejaka handsome memuji dan memujanya. Sungguh sebentar tadi hatinya cemburu dan rasa terbakar melihat Nuh masuk ke dewan bersama dengan violist yang berjaya melakukan persembahan yang memukau tadi. Tangan mereka bertaut erat, bukan kah itu tandanya ada sesuatu yang teristimewa?

Zara mencebik bibir, tak mahu kalah terlalu awal dengan ayat-ayat manis Nuh.

''Ye ke bukan taste Nuh? Bukan yang macam tu ke yang Nuh selalu usung ke sana sini? Bukan macam Zara ni... Apalah yanh ada pada Zara ni...'' Zara pura-pura merendah diri, sengaja mahu menguji Nuh. Telinganya masih belum puas mahu dengar Nuh memujinya walaupun keluar dari ulas bibir buaya darat, dia tidak peduli yang penting lelaki itu adalah Nuh. Nuh Jazmin!

''Jangan merepek la Zara. She's just a little girl. No need to compared with you, okay? Dia tak secantik Zara pun. Cuba Zara tengok dia. Dia dah lah pendek, kentot, sesuai ke dengan Nuh yang tinggi ni? Tak kan? Haaa dekat situ pun Zara dah nampak betapa tak serasinya kitorang? One more thing, Zara tengoklah rambut berkarat dia macam mana, bukan type Nuh la. Nuh suka yang natural beauty macam... macam you lah, Zara.'' Nuh makin mengayat, sudah masuk fasa merenyamnya bak miang buluh. 

Perempuan, huh? Apa yang istimewanya? Hanya setakat dipuji, dipujuk tak ada bezanya pun dengan budak-budak yang baru dapat gula. Sekali ayat selang seli dengan kata-kata manis bak madu confirm cair, lebur!

"Iya ke ni?" Zara menjeling Nuh manja. Termakan dengan ayat pujangga Nuh.

"Iya, confirm. Jeles ya?" Nuh mengusik, menanti reaksi Zara. Nampak.Zara tersipu malu begitu, sah Zara sudah sukakan dia!

''Mestilah! Zara tak suka tau kalau Nuh melebih-lebih dengan dia.'' Zara jeling-jeling Nuh manja. Suka sangat bila Nuh lebihkan dia.

Nuh simpan senyum, menyinis Zara dalam diam. Perempuan... perempuan... Begitu senang ya?

''Ishh Zara ni... Zara tak percayakan Nuh ke? Memang Nuh mengaku, Nuh suka kacau dia but, she's annoying la. Garang tak bertempat, semua benda nak serius. Siapa yang suka? After this, Nuh dah tak ada apa-apa ikatan lagi dengan family dia. So i'm yours. Okay, Zara Keysha?'' Nuh mencuit sedikit hidung mancung Zara Keysha manja.

Si gadis tersenyum senang, makin terbuai dengan sikap romantis Nuh. Tak sangka akhirnya dia berjaya tawan Nuh!

''Jom lah kita masuk dewan. Nanti bising pulak Luq cari Nuh.'' Nuh mengajak, rasa tak betah lama berdiri dengan Zara di sini.

''Okay jom.'' Zara mengekori Nuh. Senyum tidak putus-putus dari bibirnya, senang hati.

Nia Jasmine segera membalikkan tubuh di sebalik dinding dengan harapan pasangan yang tengah hangat bermadu asmara dan juga mengata dia itu tidak menyedari kehadirannya di situ. Sebaik sahaja keduanya melintasi tempat Nia menyembunyikan diri, Nia segera menunduk.

Sebaik sahaja kelibat keduanya jauh dari Nia, Nia angkat muka. Tangan pegang dada yang tiba-tiba terasa berat.

'Itu ke yang Nuh anggap aku selama ini?' Nia rasa sakit, sakit menahan rasa sebak yang mula timbul. Nia kepal tangan, cuba bertahan dan berharap tiada air mata berguguran kerana jantan tak guna seperti Nuh!

Nia kerdip mata berkali-kali cuba menghilangkan rasa panas dimatanya. Lima minit begitu, Nia tarik nafas dalam-dalam agar mampu memberinya kekuatan untuk terus berlakon 'tabah' dihadapan Nuh nanti. One more night left, Nia!

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now