Bab 18 : NJ

67 9 0
                                    

~I am jealous of everyone who is with you when I'm not with you.~

_Farid, tolong bagitahu abang Zaen, mintak dia datang ambik aku sekarang. Aku ada hal._ ~Nia

Pagi-pagi lagi Nia menghantar whatsApp kepada Farid Azuan, sakit hati punya pasal.

Walaupun dia tahu hari ini merupakan hari terakhir 'abang-abang'nya berada di sini tapi dia sudah tekad. Dia akan keluar dari rumah abah untuk seketika. Sengaja dia mengelak tidak mahu bersua muka dengan Nuh lagi. Hatinya sakit, terguris, tercalar dengan kejadian semalam. Kalau bukan sebab adanya Luqman, tak tahulah apa yang akan berlaku semalam.

'Arrghhh Nuh gila! Gila! Aku benci dia!!' batin Nia mnjerit melempias rasa marah dan dendam kepada Nuh.

Untuk jayakan misinya melarikan diri, terpaksa Nia gunakan khidma pertolongan dari Zaen Haidar. Dia tahu Zaen Haidar sukakannya, jadi dia terpaksa mengambil kesempatan di atas peluang yang ada dengan sebaiknya. Nia yakin Zaen Haidar tidak akan menolak permintaannya.

_Kau dah kenapa ni Nia? Jam 7 pagi kau nak abang Zaen datang ambik kau? Mengigau?_ ~Farid

_Aku tak kira. Kau bagitahu abang Zaen, mitak dia datang sekarang jugak! Aku nak bersiap sekejap._ ~Nia

Nia segera capai tuala di penyidai lalu melangkah ke blik air. Dia perlu bersiap secepat mungkin, tak nak perancangannya gagal dengan kemunculan Mia di bilik mereka.

Dianggarkan waktu sekarang adalah masa yang tepat untuk dia menyelinap keluar dari rumah abah memandangkan pada awal pagi begini pasti Mia sibuk di dapur, menyediakan sarapan dan yang lain sudah tentu berada di bilik masing-masing.

Selesai bersiap ala kadar, telefonnya berbunyi. Lihat nama Zaen, Nia segera tekan icon hijau lalu diletakkan di telinga kiri dan dikepit dengan kepala bahu. Tangannya segera memasukkan apa jua keperluan di dalam beg galasnya.

''Assalamualaikum Nia.'' Suara serak Zaen menyapa telinga Nia.

''Waalaikummusalam. Abang Zaen dah sampai ke?''

''Dah. Abang dah nak sampai tapi... kita nak pergi mana?''

Naif Zaen bertanya, mengundang rasa serba salah dalam diri Nia kerana telah menjadikan lelaki itu korban mangsa keadaan. Nia kemam bibir, dia berdecit kecil.

"Nia?" seru Zaen bila Nia tidak membalas pertanyaannya.

Nia menggeleng. Dia tidak boleh berpatah balik.

''Nanti kita bincang dalam kereta. Abang dah sampai ke? Abang jangan masuk dalam pagar rumah Nia, abang tunggu je dekat simpang jalan sana. Biar Nia yang pergi ke sana.'' Kali pertama dia buat kerja gila dengan mengarah lelaki yang lebih tua darinya. Semuanya gara-gara Nuh!

''Nia? Kenapa pulak ni? Anything happened?'' Zaen kepelikan. Tak pernah-pernah Nia begini sebelum ini.

Nia berdecit lagi.

''Nanti Nia bagitahu abang Zaen. Okaylah abang, Nia nak off phone dulu. Sekejap lagi kita jumpa. Assalamualaikum.'' Nia mematikan panggilan tanpa sempat Zaen membalas.

Telefon dimatikan dan dilempar ke dalam beg sandang. Usai memastikan segala keperluannya mencukupi, dia menggalas begnya. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik dan menuruni anak tangga, bimbang kalau pergerakannya dapat dihidu oleh penghuni lain.

Tombol pintu utama dipulas perlahan. Segera dia menyelinap keluar dan berlari ke pintu pagar. Pintu pagar kecil ditolak lalu dia bergegas berlari mendapatkan kereta Honda Accord milik Zaen Haidar yang sudah tersadai dibahu jalan. Makin dekat dengan kereta itu, makin laju langkah kaki Nia.

''Abang Zaen, jom!'' gesa Nia sesudah selamat masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Tali pinggang keledar ditarik dan dipasang ke tempatnya.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now