Bab 4 : NJ

67 6 0
                                    

~NJ. The Most Special.~

Nia Jasmine masuk ke bilik bacaan selepas selesai urusan di dapur. Nia mengeluarkan buku rujukan untuk mengulangkaji mata pelajaran matematik. Memandangkan dia agak lemah dalam subjek matematik, maka dia perlu memberikan penekanan kepada subjek itu. Lagi 2 bulan tarikh PMR akan menjelang. Sementara masih ada waktu, dia perlu manfaatkan dengan sebaiknya.

Pintu bilik dibuka dari luar, Nia toleh ke arah pintu dan terjengul kepala Nuh. Nia hembus keluh perlahan.

''Nak apa?'' tanya Nia seraya melabuhkan dudum dikerusi yang tertera shortform namanya, 'NJ'.

Nuh melangkah masuk dan menghampiri Nia. Buku-buku dan alat tulis Nia dipandang. Ada sesuatu menarik minatnya. Hujung sebelah bibirnya menaik.

''NJ? Tu short from nama aku ke nama kau?'' tanyanya tiba-tiba.

Nia kerut kening. 'NJ'? Bila dia pandangkan jari lurus Nuh tunding pada huruf NJ yang dia sendiri tulis pada kerusi, meja, kotak pensel dan buku notanya, baru dia faham maksud soalan Nuh.

'Nak kata itu nama dia la, kan? Metang-mentanglah pangkal huruf sama. Nuh Jazmin dan Nia Jasmine. NJ.' Nia mengerutu dalam hati, menjulingkan mata ke atas. Entah kenapa, tak suka betul dia dengan lelaki ini. Lelaki ini suka cari pasal dengan dia. Suka buat muka sinis, suka mencemik dia dari jauh. Langsung tak macam Luqman tu. Yang elok je perangainya.

''Tak kisah la mana-mana pun. Nak guna nama tu, guna jelah." Nia membalas dingin, malas melayan. Tangan ralit menghitung dan mencari jawapan bagi soalan quadratik. Ingat senang ke nak jumpa nilai x?

''So, barang-barang ni aku punyalah kan? Sebab ada tulis huruf NJ. Nama aku pun NJ," giat Nuh lalu mengambil buku nota Nia. Saja dia nak gertak Nia sebab Nia dah buat dia termalu sendiri di dapur tadi.

''Hish tu buku nota saya punya lah! Jangan pandai-pandai nak sentuh barang saya atau nak ambil barang saya. Saya tak sukalah!'' Nia hampir menjerit, terkejut dengan tindakan Nuh yang berani-beraninya mengambil buku notanya.

Buku nota itu bukan biasa-biasa. Buku itu lebih kurang sama fungsinya dengan buku diari walaupun dari segi luaran buku itu nampak macam biasa sahaja. Terus Nia tarik buku nota di tangan Nuh lalu dibawa ke belakangnya.

''Tadi kau kata tak kisah!'' Nuh terundur setapak. Terkejut dengan pekikan Nia tadi. Nampak macam Nia betul-betul marah padahal dia bergurau je pun.

''Saya cakap, saya tak kisah kalau awak nak guna nama tu. Bukannya guna barang-barang saya,'' sangkal Nia sambil renung Nuh tajam. Tak boleh ke mamat ni buat dia rasa tenang sekejap?

Masing-masing diam. Nia tunduk kepada bukunya. Nuh pula masih berdiri di tempatnya.

''Awak nak apa datang sini? Rasanya baik awak keluar, tak elok kita berdua duduk dalam satu bilik. Duduk satu rumah pun tak elok, apatah lagi satu bilik." Nia mengendur. Rasa bersalah juga tinggikan suaranya tadi.

Selebihnya dia rasa tak selesa dengan adanya Nuh dalam satu ruangan dengannya. Kalaulah dia tahu Nuh tak sertai aktiviti di masjid bersama abah dan Luqman tak mungkin dia membiarkan Mia ke rumah Mak Cik Kiah tadi.

''Aku lapar.''

Nia angkat kening. Padang Nuh semula.

''So?'' Nia tunduk semula pandangannya. Selesaikan saki baki jalan kiranya. Soalan lain pula dibaca. Kali ini berkaitan dengan kiraan nilai sudut pula. Inilah bahagian yang dia agak lemah. Tan, sin, kos. Macam mana formulanya ya...

Nuh berdecit, rasa tercabar dengan kelakuan Nia.

'Tak padan dengan kecik, kurang asam betul! Kenapa lah budak kecik ni suka buat aku rasa sakit hati? Tak boleh ke budak ni layan aku elok-elok macam Mia dengan Abah layan aku?' Nuh mengeluh dihujungnya.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now