Bab 8 : NJ

60 7 0
                                    

~Just because i dont react, doesn't mean i didn't notice.~

"Hari ni macam biasa, kau pergi practice. Aku dengan Luqman nak pergi dating. Nanti bila dah siap, kau WhatsApp aku macam biasa." Arahan ringkas dari Nuh. Dia dalam keadaan tidak baik jadi dia tak nak cari pasal dengan Nia.

Nia mengangguk saja lantas keluar dari kereta abah yang dipandu oleh Luqman. Sebaik sahaja Nia berlalu, kereta itu meluncur menyusuri jalan.

"Luq, kalau aku nak mintak tolong kau buat sesuatu, boleh tak?"

"Nak mintak tolong apa tu?"

"Boleh tak kau tolong dapatkan maklumat pasal Nia dengan Mia?"

Luqman jongket keningnya. Pelik!

"Eh? Dah kenapa nak siasat pasal Nia tu? Dia ada buat hal ke? Tapi kalau siasat pasal dia dan abah dapat tahu, macam mana?"

"Kau buat jelah kerja kau tu elok-elok. Jangan bagi kantoi dengan abah. Pasal Nia tu... entah la. Aku rasa dia tu 'something' la." Nuh dengan serkap jarangnya sambil mengusap dagu licinnya. Kening juga bertaut.

"Kau suka Nia ke?"

Nuh mendengus. Dah kenapa dia nak kena suka si Nia tu? Luqman ni pun!

"Choii, mulut kau! Aku cuma nak tahu, dia tu siapa sebenarnya. Kau tak rasa pelik ke bila kau tengok dia?" Lagi Nuh menyoal Luqman perihal Nia. Sejak dari malam Nia tertangkap bermain violin, dia asyik teringatkan pasal Nia. She is rare and unique!

"Apa yang pelik? Tak ada apa yang pelik pun. Biasa-biasa je. Lagipun dia tu budak sekolah kot, memang la macam tu. Nakal sikit. Kau pun janganlah cari pasal dengan dia." Luqman gunakan medium ini untuk menegur sikap Nuh yang selalu sangat cari pasal dengan Nia. Bukannya selama ini dia tak nampak dan tak ambil peduli tapi disebabkan dia sedar diri, dia diamkan saja.

Nuh kerling Luqman. Luqman tengah sindir dia ke apa ni?

"It's not about 'nakal sikit', Luq. It's like... she is different! Cuba kau tengok dia dengan Mia tu. Lain kut. Jauh panggang dari api."

Luqman tergelak. Macam mana boleh Nuh seorang anak jati Sabah ni tiba-tiba boleh bercakap dengan dia pakai peribahasa ni? Tapi kali ni dia dah boleh tangkap apa maksud Nuh tentang Nia sebab dia juga merasakan benda yang sama cuma dia tak mahu masuk campur dalam kehidupan abah angkatnya itu. Tapi andai kata ini satu arahan dari Nuh, siapa dia untuk menolak?

"Pelik la kau ni Nuh. Tapi, ni satu arahan dari 'boss'?"

Nuh kerling Luqman lagi. Sakit hati sungguh dengar perkataan 'boss' itu.

"Kalau itu yang kau rasa boleh kau pakai, its up to you. Yang penting, aku nak tahu pasal Nia. Tu je."

"Orait boss. Don't worry. Aku akan settlekan secepat mungkin."

Nuh senyum segaris. Dua tahu si Luqman seorang yang boleh diharapkan. Bukan baru hari ini dia kenal, tapi sudah terlalu lama.

"So, hari ni kita nak jumpa siapa?" tanya Luqman mengenai jadual 'dating' Nuh.

"Semalam Wafa budak kelas kita tu ada WhatsApp aku kata nak jumpa aku. So, kita pergi jumpa dia. Kalau tak jumpa dia, bising pulak minah tu." ujar Nuh sambil belek-belek telefonnya.

"Jumpa kat mana kali ni?"

"Kat tempat semalam." Nuh membalas bersahaja. Tempat semalam? Tempat yang sama dia 'dating' dengan Zara Keysha dan tempat itu jugalah yang dia lihat Nia dengan kawan-kawannya.

"Okay."

* * *

Nuh menunggu Nia keluar dari rumah Farid Azuan di dalam kereta milik abah Nia. Seperti biasa tugasnya menjemput Nia balik dari latihan nyanyian bersama kumpulannya. Cuma bezanya kali ini, dia seorang diri tanpa kehadiran Luqman. Sengaja tidak mengajak Luqman menjemput Nia sebab dia mahu Luqman fokus dengan 'tugasannya'.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now