Bab 21 : NJ

121 8 5
                                    

~I'll survive. Somehow i always do.~

Part 2.

2010.

Kota Kinabalu, Sabah.

Nuh Jazmin.

Itu nama penuhnya. Nama yang diberikan oleh nenek kesayangannya, Diana James. Tapi rata-rata orang mengenalinya dengan nama NJ. Nama yang dikatakan cukup gah. Nama yang membawa simbol kemegahan. Kekayaan. Kekuasaan. Penaklukan.

Di tingkat yang paling atas, NJ bersandar di tepi balkoni bilik 412. Salah satu suite termewah yang ada di Hotel Black Diamond. Hotel Black Diamond merupakan salah satu rangkaian hotel yang terbesar yang ada di Malaysia. Bukan setakat di Malaysia malah juga di beberapa negara Asia yang lainnya. Sebut sahaja nama rangkaian hotel tu, pasti semua orang akan tahu.

Di Sabah sahaja ada 5 buah, itu tak kira lagi yang dibangunkan di Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei dan Thailand. Itu semua hasil titik peluh keluarganya suatu ketika dulu dan kini hasil keringat itu diwariskan kepadanya pula. Dia jadi jutawan sekelip mata. Dia jadi hartawan ketika usia masih mentah. Dia jadi 'berkuasa' ketika dia masih belum menamatkan alam persekolahannya.

Tapi ada sesuatu yang perlu dibayar untuk dia mendapatkan title itu! Gelaran itu, langsung tidak pernah dia idamkan. Langsung dia tidak suka tapi dia terpaksa terima. Terpaksa dia telan.

NJ berpeluk tubuh, menanti dengan penuh setia perkhabaran dari Luke Sebastian, orang kanannya merangkap sahabat baiknya dan juga orang kepercayaannya. Angin laut negeri dibawah bayu itu sesekali menerpa menyentuh batang tubuhnya yang tidak berbaju

"NJ..." Luke Sebastian menyeru di belakang NJ.

NJ toleh sedikit ke sisi, memberi keizinan untuk Luke melaporkan berita sebelum kembali melontar pandangan ke luar sana dengan kedudukannya masih tegak disitu sambil berpeluk tubuh.

Luke melangkah setapak seraya melaporkan perkembangan terkini yang berlaku di bawah.

"Kau kena turun. Nampaknya kali ni kau kena handle. Dia tetap tak nak buka mulut."

NJ berdesir, ini yang dia tak suka. Cukup tak suka. Dia kalau boleh tidak mahu berurusan tapi kalau Luke Sebastian yang berkata begitu, nampknya dia terpaksa juga 'berurusan'.

"Tetap kunci mulut?" NJ menyoal untuk kepastian, tangannya diletakkan di besi penghadang kaca balkoni.

Luke angguk. Nuh pejamkan mata seketika, terbayang sesuatu yang dinamakan 'kesakitan' dan 'penderitaan', dia mencelikkan mata semula. Mata gelapnya terbias sesuatu. Dia tegakkan kembali tubuh tegapnya lalu bibirnya bergaris sinis. Bibirnya berdesir lalu mengungkapkan satu pertanyaan sinis.

"Aku tak suka tapi dia yang paksa aku kan?"

Luke turut membalas senyuman itu. Juga sinis lalu tanpa disuruh kepalanya dijatuhkan sekali.

NJ berpusing, pandang Luke tajam sebelum menjatuhkn arahan.

"Maklumkan pada JL aku akan jumpa JR dulu sebelum kau bawak aku jumpa dia." NJ melangkah masuk ke ruangan kamar tidurnya.

Luke angguk lalu menekan sejenis alat komunikasi yang melekat dilubang telinganya. Dia sedang menghubungi seseorang untuk memaklumkan arahan yang dijatuhkan oleh NJ.

*            *              *

Seorang pemuda lengkap berpakaian koperat serba hitam mengatur langkah gagah memasukki ruangan lobi bangunan JLC yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu. NJ diiringin dengan Luke Sebastian dan Andy Fernandes sebagai orang kanannya. Dibelakang mereka ada 4 lagi lelaki bertubuh sasa lagi tegap yang setia mengekori ke mana jua langkah kaki NJ. Mereka berkhidmat sebagai 'bodybguard' NJ semenjak NJ budak hingusan lagi.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now