BAB 2: MIMPI YANG ANEH

15 4 4
                                    

Pada suatu hari,Rea sedang melaksanakan rutinnya hariannya iaitu memeriksa kawasan hutan daerah utara dari penceroboh menyelinap masuk atau perkara-perkara yang aneh berlaku.Itu telahpun menjadi tugasnya sebagai ahli peninjau.Apabila dia hendak keluar dari hutan tersebut,dia terlihat sebuah kapal terbang bergerak diatas kepalanya.Kapal itu mula menyedari keberadaan Rea

Rea menyediakan senjatanya jikalau dia perlu bertempur.Dia sangka yang kapal itu akan beredar akan tetapi ia kian menurun hingga mencecah ke bumi.Disebabkan deruan angin yang terhasil oleh bilah kapal itu sangat kuat dia terpaksa untuk menutup matanya untuk menghalang debu untuk masuk kedalam matanya.

Apabila kapal itu mendarat,pintu disisi kapal itu terbuka dan seseorang keluar darinya. Rea terkejut yang orang yang keluar dari kapal tersebut ialah...

(Kringgggg......)

"!!!"

Rea terbangun didalam biliknya dengan berpakaian t-shirt putih.Rupa-rupanya ia hanyalah mimpi.

"uhgg jap tadi tu mimpi je ke."kata Rea yang masih lagi bingung terhadap mimpinya.'Ni dah masuk kali ketiga dah aku mimpi benda yang sama.'Bisik Rea sambil turun dari katilnya.

'Muka orang tu pun aku tak tau siapa yang dalam mimpi tu.'

'Lagipun baik aku pergi mandi du....'

(tap tap)

Tiba tiba percakapannya terhenti kerana dia terdengar suara tapak kaki di tingkat bawah.

"Haih sapa pulak yang masuk rumah aku ni."Kata Rea yang hairan."Baik aku tengok dulu sebelum rumah aku kena rompak lagi."kata Rea yang hendak mengambil pemukul besi yang selalu dia guna untuk memukul orang yang selalu datang kedalam rumah tanpa memberi salam.

(kreeeeek)

Bunyi pintu bilik yang dibuka itu memecahkan kesunyian dirumahnya.'pelan-pelan.'bisiknya. Rea menuju ke kawasan ruang tamunya tetapi tiada sesiapan pun disitu.

Dia pergi untuk memeriksa dapur.Dia terlihat seseorang atau sesuatu yang membuka peti ais dan menyelongkahnya.

'satu...'

'dua...'

"tigaaaaa!!!"

Rea menghayun pemukul besi dengan sekuat hatinya untuk membuatkan penceroboh pengsan.Tapi sebaliknya penceroboh itu dapat mengelak.

"woi Rea! Kau nak ketuk aku pasal apa!"Kata orang itu.

Rupa-rupanya orang yang pecah masuk kedalam rumahnya ialah Man."weh Man... Kau masuk rumah aku ni pasal apa? Min tak bagi kau masuk rumah lagi ha?"Tanya Rea.

"Haah. Min tak bagi aku masuk rumah sebab aku pergi beli aksesori moto"jawabnya.

"Lagi pun aku punya moto tu perlukan benda yang nak tutup ruang tangki minyak dengan enjin bagi tak nampak."Katanya lagi.

"Haih...Apa-apapun ketuk la pintu rumah aku dulu kalau nak masuk.". Man hanya ketawa.

"Yalah,yalah. Lain kali aku ketuk."

"Umm Rea? Kau ada tak idea nak bagi Min reda dia punya panas baran dia?"Tanya Man.

"Lah senang je,kau bagi dia duduk kat rumah dia dalam semalam lepas tu baru dia ok."Jawab Rea.

"Macam dia mintak aku balik?"tanyanya lagi.

"Dia akan message kau dan cakap dia yang salah dan benda-benda lain."

"Ok apa apa pun aku tinggal kat rumah kau semalam."Kata Man.

"Ok tapi kau tidur kat bawah dan jangan buat sampah."Jawabnya.

Selepas bercakap dengan Man dia pergi ke bilik air untuk membersihkan badannya.

Selang beberapa minit....

Rea keluar dari bilik air dan pergi ke tingkat atas untuk menukar bajunya iaitu baju jaket hoodie merah dan berseluar panjang berjenis kargo.Selepas itu,Rea keluar untuk melihat apa yang man lakukan.Sepertinya,Man sedang membersihkan kenderaannya.

Man perasan akan Rea yang memerhatikannya.

"Umm hei Rea? kapten suruh ahli peninjau merah dan kuning untuk memeriksa kawasan hutan Notoromi kerana mereka dapat maklumat bahawa ada penceroboh masuk kedalam hutan tersebut."Ujar Man.

"Ughhh... takkan ada orang kot kat situ aku dah pergi dengan group putih takde apa apa pun."Kata Rea yang menyatakan mengapa kumpulan merah tidak perlu memeriksa kawasan tersebut sekali lagi."Apa-apa pun aku pergi dulu." Sambungnya lalu berlari ke arah markas peninjau.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now