BAB 14:MIMPI TENTANG SESEORANG

4 2 0
                                    

Rea merasakan bahawa badannya seakan-akan jatuh daripada tempat yang sangat tinggi.Apabila dia menoleh ke belakang,tanah semakin dekat darinya.

"Huh? Kenapa aku makin dekat dengan tanahhhhhhhhhh!!!!"Jerit Rea.

(Buk)

Dia tidak sempat untuk melakukan apa apa.Dan kepala Rea terhantuk batu dengan sangat kuat sehinggakan kepalanya berdarah dan akhirnya pingsan.

(Tap tap tap)

"...."

"Rea.... kau tengok ni..."
Rea membuka matanya dan melihat susuk badan seorang kanak-kanak lelaki sedang menunjukan sehelai kertas kepadanya.

"Ah Festival Rodla."Jawab Rea.
"Festival tu nak mula malam ni.Ayah kata kalau nak pergi kena pergi dengan abang."Kata budak itu.

'Abang.?.'fikir Rea.Sudah lama dia tak mendengarkan perkataan itu.

——————————————————

"Hmmm statusnya menjadi lebih elok.Tak kritikal."

Rea tersedar dari mimpinya.Dia melihat bahawa ada dua orang berada bersamanya.Seorang lelaki bertubuh sederhana bersandar dibalik dinding yang berkayu dan seorang perempuan yang sedang duduk di atas kerusi dan sedang memeriksa keadaan dirinya.

"Ehhh....aku...aku dekat mana...ni."Tanya Rea.
"Ah baguslah kalau kau dah bangun.Kau ada dekat Teraitanum."Jawab perempuan yang duduk diatas kerusi.
"Teraitanum?"Tanya Rea.
"Kau ni mesti orang luar.Teraitanum ni salah satu kampung yang berada dalam salah satu wilayah negara Kaeladia."Jawabnya lagi
"Kaeladia,negara apa tu."Tanyanya lagi.
"Takpalah,Esok kau ikut Ike.Dia yang akan tunjukkan kau sekitar Teraitanum."Kata perempuan itu.

Lelaki yang bernama Ike itu terkejut apabila mendengar bahawa dia perlu membawa Rea ke sekeliling Teraitanum."Adeh, Jess bukan ke kau yang nak pergi bawa dia bersiar-siar."

"Esok aku sibuk lagipun esok kan ada majlis perkahwinan Lasa dengan Nai.Aku kena tolonglah."Jelas Jess.

"Hahaha"Rea ketawa kecil.Ike melihat Rea ketawa dan dia terus bertanyakan Rea."Hei kenapa gelak.".
"Ahhh takda apa-apa."

Ike dan Jess keluar dari bilik rea untuk membiarkan dia berehat.Dia masih lagi memikirkan siapa yang muncul dalam mimpinya.Dia membuka balutan yang diikat dikepalanya.Satu tompokan darah yang besar boleh kelihatan diatasnya.Dia memeriksa senjatanya.Masih berada dalam keadaan baik.Selepas memeriksa,Rea tertidur diatas katil yang dia terjaga.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now