BAB 35:YATARU GASASHI

1 0 0
                                    

Yataru dahulunya tinggal di suatu kampung pendalaman dalam daerah Kaeladia.Kehidupannya sangat sederhana dan kawasan itu tidak selalu di ganggu oleh apa-apa makhluk atau perompak.

Dia pada waktu kecil didedahkan dengan unsur mana yang begitu kuat kerana ibu bapanya adalah penyihir yang menjaga kampungnya.Dia juga berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi salah seorang ketua penyihir di kerajaan Kaeladia.Akan tetapi dia tidak boleh menggunakan magik sama seperti Rea.Disebabkan itulah dia selalu berlatih mengembangkan mananya.

Tetapi semua usahanya sia-sia.Dia terbukti tidak dapat menggunakan magik.Ibu bapanya faham jika dia tidak dapat menggunakannya.Itulah yang Ibu bapanya inginkan kerana dalam keluarga mereka sesiapa yang dilahirkan dengan mana akan mendapat sumpahan.Iaitu ia akan mati jika menggunakan terlampau lama.

Sampailah hari jadi yang ke-16.Dia disambut dengan rakan-rakannya yang turut menyambut hari lahirnya.Dia juga turut gembira.Akan tetapi pada hari itulah adalah hari berdarah baginya.Kerana penyerangan Saberwolf.Hampir kesemua orang kampung termasuk ibu bapanya terkorban dalam pernyerangan itu.Dia dapat hidup kerana ibunya membuat dinding magik yang membuat mereka tidak dapat menyerang Yata.Dan ibunya menggunakan mananya yang terakhir.

Dia melihat ibunya yang kemudian mati kerana kehabisan mana.Pada waktu itulah,kekuatannya bangkit.Dia keluar dan membunuh satu persatu saberwolf.Akan tetapi,dia telahpun menyukai perasaan apabila dia membunuh benda.Dan apabila dia sedar daripada membunuh semua saberwolf,Dia menjadi trauma terhadap tindakannya.

Dia kemudian menjadi ahli guild Reckreos.Dia sudahpun berjanji untuk tidak menggunakan magik.Dan sebab itulah dia lebih gemar menggunakan pedang.Kerana jika dia menggunakan mana ia akan mengeluarkan dirinya yang lama.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now