BAB 28:MIMPI YANG JELAS

3 1 2
                                    

Rea terbangun dalam hutan yang tidak pernah dia datang.Kepalanya pening dan terhuyung-hayang apabila berjalan.Dia tidak tahu tujuannya apa berjalan tanpa arah.Pandangannya menjadi kabur dan dia tiba-tiba rebah.

Dia terbangun lagi ditempat yang sama kecuali ada benda yang menarik minatnya.Terdapat suara pedang bertembung dengan benda yang dia sendiri tidak tahu objek apa.

Sesampainya di tempat itu,dia terlihat seorang budak sedang giat berlatih menghayunkan pedangnya.Dia sesama sekali tidak menyedari kedatanagn Rea.

"Cukuplah tu."Kata suara dibelakang Rea.

Rea berpaling ke belakang dan melihat seseorang berdiri dibelakangnya.Selepas dilihat dengan teliti,ia mengejutkan Rea.Orang itu merupakan ayahnya.Dan budak dibawah itu adalah Rea.

Dia teringat bahawa dia selalu diremehkan oleh keluarganya sendiri kerana dia lebih lemah dan tidak boleh menggunakan magik seperti adiknya sediri adiknya sendiri,Reino.Dari saat itu dia terus berlatih dalam hutan seorang diri.

Semua ahli dalam keluarganya membenci dia akan tetapi adiknya tidak.Dia sangat hormat dengan abangnya walaupun dia lebih hebat.

Akan tetapi pada suatu malam.Ianya berubah dalam sekelip mata.

Pada waktu itu,terdapat sebuat festival yang dinamakan Festival Rodla.Iaitu Festival merayakan pewira klan Ragnayer iaitu Rodla.
Reamongo sebenarnya adalah daripada keturunan Rodla.Tetapi disebabkan kekuatannya yang lemah,dia tidak mahu membawa nama keturunannya.Disebabkan itu, namanya Reamongo Aderin dan bukan Reamongo Rodla.

Pada pagi itu dia telah ditanyakan oleh adiknya untuk mengikutinya dalam festival Rodla.Dia menolak tetapi adiknya meminta juga.

Akhirnya dia mengikuti kemahuan adiknya.Pada malam itu keadaan menjadi riuh.Terdapat makanan yang dijual dan persembahan yang dianjurkan.

Mereka berdua menikmati makanan dan juga membeli barangan yang terjual.Akan tetapi ada benda yang pelik.Rea dapat merasakan bahawa ada benda yang tidak enak akan terjadi."Rea kau rasa tak apa yang aku rasa."Tanya Reino.

"Ya".

Mereka melihat sekeliling dan melihat beberapa orang lelaki bertopengkan rubah Tonokino (Sejenis Rubah yang dikatakan datang daripada neraka).Secara tiba-tiba mereka membakar satu persatu rumah.Semua orang berlari bertempiaran.

"Abang!"Jerit Reino.

Rea melihat Reino mengatakan sesuatu kepadanya.Akan tetapi,dia tidak dapat mendengar."Belakang!"Jeritnya lagi.Tidak sempat dia menoleh kebelakang,dia telah ditusuk dibelakangnya.Darah keluar dangan banyak.Pada saat itu dia hanya dapat melihat adiknya bertarung melindungi dirinya yang kaku tidak dapat melakukan apa-apa.

Dia pingsan kerana kekurangan darah.Selepas beberapa jam dia terjaga ditempat yang sama.Keadaan sekeliling menjadi sunyi dan mayat-mayat orang bergelimpangan.Dia tidak mengingati apa yang terjadi dia hanya mengingati ayah dan ibunya.Akan tetapi,dia lupa akan Reino.

Dari hari itu,Rea telah melupakan tentang kejadian itu.Dan bajunya ditengah-tengah mempunyai bekas darahnya yang sukar untuk ditanggalkan.Dia lebih suka untuk memakai jaket yang berwarna merah untuk melambangkan benda yang dia mula melihat selepas dia terjaga.Iaitu darah.

Rambutnya diwarnakan warna ungu untuk melambangkan dia mempunyai sisi gelap yang selalu bersamanya walaupun dia tak sedar iaitu Rage.

IDENTITI : DUNIA BARUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora