BAB 29:MISI PERTAMA

3 1 6
                                    

Rea terbangun dan mendapati ahli kumpulannya yang lain sudahpun bangun lagi awal darinya.Dia menuju kearah jaketnya untuk memakainya. Sejurus dia memegang jaketnya,dia mengingati mimpinya malam tadi.Dia mengingati apa yang dia perlu lakukan.Dia harus mencari Reino.

"Oi termenung apa lagi."Panggil Jiboru.
"Ah baik."Balasnya.

Dia memakai jaketnya dan segera keluar.Dia menuju ke bar dimana mereka selalu berkumpul.Sesampainya di meja dia diberikan suatu kertas."Ok jadi ini misi yang kita akan lakukan pada hari ini."Kata Ballard

Rea membaca butiran misi dengan teliti agar tidak meninggalkan satupun benda yang penting."Misi untuk hari ini adalah untuk membersihkan jalan yang dipenuhi oleh raksasa dan juga beberapa perompak.Alamatnya di hutan Ridgewood.Musuh diantara Ular Farus,Diomamba dan Kerbau liar,naga,pasukan perompak dan juga serigala.Paham?"

"Ya!"

Mereka dipecahkan dalam tiga pasangan,"Reamongo akan bersama Dani,saya dan jiboru dan Faro dan Yataru.Kalau ada apa-apa boleh gunakan radio ni untuk berhubung."

"Ingat jangan mati.Itu sahaja nasihat aku."

------------------------------------

Rea dan Dani sampai ke kawasan yang mempunyai kelibat perompak yang tinggi."Ok rookie.Kita akan berada di sini dahulu.Sebab kita perlu serang kem mereka selepas mendapat isyarat."Kata Dani.

"Kau ada senjata jarak jauh tak."Tanyanya.
"Tak sangatlah."
"Takpe,kau guna senjata jarak dekat pun takpe."Katanya.

Pada waktu itu Jiboru dan Ballard sedang memeriksa beberapa kawasan yang pedagang selalu lalui.Yataru dan Faro sedang menunggu isyarat ditempat yang lain.Selepas beberapa detik Rea,Dani,Yata dan Faro diberi isyarat berupa letupan yang besar oleh Jiboru."Mari!"Jerit Dani.

Mereka berdua menyerbu kem itu.Rea akan menarik perhatian manakala Dani akan membantunya dari jauh.Kali ini,Rea mengunakan kapaknya untuk menyerang.Terdapat beberapa perompak yang masih tidak mengetahui keberadaan mereka berdua.

Melihat keadaan ini,Rea mulai merusuh masuk.Ini membuatkan mereka berada dalam keadaan terkejut.Dia menyerang satu persatu.Tanpa disedari oleh Rea,ada seseorang yang dapat menyelinap dibelakangnya.Dani menyedari perkara itu dan membuat perkara yang betul iaitu melepaskan tembakan kearah orang yang dibelakang Rea.

Rea melihat kebelakang dan melihat orang yang mahu menyerang Rea tadi rebah dan belakangnya ada bekas tembakan.Rea melakukan thumbs up ke Dani untuk berterima kasih dengannya.

Pada masa yang sama Faro dan Yata sedang hadapi beberapa ekor kerbau liar.Faro melibas pedangnya hampir mengenai Yata."Heh nasib kau tak kena."

Yataru hanya melihat sahaja kearah Faro.Jiboru melemparkan beberapa bom api kearah beberapa naga.Manakala Ballard sedang menguruskan diomamba.

(Tang)

Bunyi kapak Rea yang bertembung dengan pedang musuh."Herrgh.Hei mintak bantuan disini."Kata Rea
"Baik."Balasnya.

Dani menembak orang yang Rea sedang berlawan."Nice.Aku akan ke dalam nak periksa kem."Kata Rea.Dani mengganguk.Rea menuju kedalam manakala Dani menjaga diluar.Pada masa yang sama Faro dan Yata sudah baru membersihkan gua yang dipercayai merupakan sarang kerbau liar.Mereka dengan segera menuju kearah tempat Jiboru dan Ballard berada.

"Huh tahanan."Kata Rea apabila mendapati terdapat beberapa orang yang akan dijual oleh perompak-perompak tersebut."Tuan..."

Ada seseorang tahanan yang bersuara."Tolong....Tolonglah.....Lepaskan kami.....".Rea memunduk dan bertanyakan kepada banduan itu.

"Saya boleh bantu.Akan tetapi,kalian pergi dari tempat ini."
"Rea!.Apa yang kau buat dalam tu lama sangat."Tanya Dani menggunakan radio
"Dani.Ada tahanan dalam kem ni."Balasnya.
"Ah baik,aku laporkan ke ketua."

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now