BAB 38:OPS UNRANLA

1 0 0
                                    

Kesemua unit pertama masih hidup walaupun dibelasah oleh Rea yang dikawal oleh Navorus.Koito memberitahu kepada ayahnya tentang situasi sekarang."Hmm,mendengar laporan itu.Tiada sebarang transmisi oleh semua direktor.Rasanya ini semua disebabkan lice yang telah mengodam sistem transmisi dan menyiarkan itu."

"Jadi apa yang patut kami lakukan."Tanya Ulyana.
"Kamu semua perlu mencari Rea dengan secepat yang mungkin.Dan juga menyingkirkan Rea.Kita sudahpun tiada jalan yang lain."Arah Wolf.
"Baik."

Semua unit telahpun diberikan misi yang sama.Perkara yang penting adalah menghalang kebangkitan Navorus yang sempurna.

––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Rea terbangkit dalam kegelapan.Tiada bunyi.Tiada hidupan.Tiada warna.Dia yakin bahawa dia berada di koridor.Dia bangun dan terus mencari Rage untuk menerangkan apa yang terjadi kepadanya.

Setelah berjalan jauh,dia terjumpa suatu pintu yang terbuka.Pintu-pintu yang lain semuanya terkunci.Dia mengintai ke dalam ruangan tersebut.Didalamnya kosong hanya ada bau darah.

Dia masuk tanpa rasa ragu-ragu.Dan dia terkejut melihat Rage sedang duduk dan bersandar kepada dinding.Pedangnya dalam keadaan rosak dan badannya juga dilumuri oleh darah.Rea duduk di sebelahnya dan membuat Rage tersedar.

"Oh...Kau.."Kata Rage yang sedang dalam keadaan lemah.
"Ya.Mahluk tu dah bangun."
"Heh...Jadi...Aku gagal?"Tanya Rage.
"Tak."Kata Rea.
"Cuma kena tunggu waktu untuk aku mati sahaja.Haha..ha"

Rage hanya tersenyum sedikit.Dia mencari barang didalam bajunya.Rea hanya memandang keatas siling yang telahpun bertukar menjadi warna merah kehitaman.Dia mengeluh."Haih.Kalaulah Reino ada.Dia mesti tahu nak buat apa.".

"Adik...Kau?"
"Yah."

Rage menghulurkan dua tin minuman Ramgekt.Dia menerima pemberian tersebut.Mereka berdua sama-sama meminum air tersebut.Rea hanya terus mengeluh apabila dirinya hanya dapat menunggu waktu untuknya .

––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Kesemua unit telahpun dihantar di suatu lokasi a.u.d Rea kali terakhir aktif.Dimana kawasan itu adalah di kawasan pergunungan yang dekat dengan perkampungan lizardfolk.Rosmonwolf menamakan operasi ini adalah "Ops Unranla" ekoran dari lokasi yang target mereka berada di pergunungan Unranla.

Ia adalah operasi yang paling besar dalam sejarah guild Reckreos yang disertai oleh kesemua ahli guild dari unit pertama hingga unit keenambelas.Disebabkan kekuatan Navorus terlampau kuat, Gotamord mengarahkan untuk satu kumpulan pencarian terdiri daripada dua unit.

Asuka juga turut menyertai operasi tersebut walaupun dia tidak mahu menyakitkan Rea.Mereka semua bergerak pada waktu malam kerana ia dapat tidak dapat mengenal pasti kedudukan orang lain.

––––––––––––––––––––––––––––––––––––

"Lapar..."Kata Navorus.

Navorus hanya mundar-mandir didalam gua tersebut.Dia berusaha untuk mendapatkan kuasa penuhnya.

Pada masa yang sama,Rea dan Rage masih berada didalam bilik tersebut. Seiring masa berlalu,keadaan rage semakin teruk. Dirinya merasakan suatu kesakitan yang diri sendiri tidak mampu mengambarkan kesakitan tersebut.

"Rea..."
"Aku rasa dah sampai masa."
"Yah.Kalau aku tak buat apa-apa...Orang lain akan terima."Kata Rea sambil bangun dan mengambil senjata Rage.
"Aku pinjam dahulu."
"Heh.Gunalah."

Rea mengambil pedang Rage dan terus keluar dari ruangan itu.Dia bergerak dengan pantas untuk ke tempat Navorus sedang berada iaitu di bilik yang menempatkan roh Rea.

Pada masa yang sama, operasi itu telahpun bermula.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now