BAB 44:PENGAKHIRAN SUATU PERPERANGAN

1 0 0
                                    

Navorus terbang ke langit dan dimana dia berkembang menjadi makhluk yang bersayap besar,bentuk manusia dan juga saiz yang teramatlah besar sehinggakan boleh seluruh bandar ditutupi olehnya.Rea tergamam melihatnya.

Rupa-rupanya,selagi perumah Navorus masih hidup,semua kuasa Navorus yang berada didalam perumah akan tetap disalurkan.Dan sekarang,ia telahpun mendapat seluruh kuasa penuhnya.

Rea kepenatan dan terbaring di atas tanah kerana seluruh tenaganya telah diambil oleh Navorus.Dia hanya mampu melihat navorus dalam bentuk sebenarnya.Disamping itu,dia dapat merasakan bahawa ada orang yang berada disekitarnya.

Ianya sama seperti orang yang mengikuti Rea dari awal perjalanan."Heh..Tak sangka boleh jumpa kau waktu macam ni."

"Huh?"

Rea pusingkan kepalannya dan melihat sosok yang selalu dia jumpa dalam mimpinya."Haa......!". Rupa-rupanya,orang yang selama ini mengikuti Rea adalah adiknya sendiri Reino.

"Abang!"Katanya sebelum dia pergi menghampiri abangnya yang terbaring dan memeluknya.
"Heh."Katanya sambil tersenyum gembira.

Dani yang melihatnya turut bergembira kerana dahulu rea pernah berkata tentang saudaranya yang lama menghilang selama 10 tahun.

Rea berusaha untuk bangun dan berjaya untuk berdiri walaupun menggunakan ark nya sebagai bantuan sokongan.Reino menjelaskan apa yang dia buat di sini dan juga bersedia untuk berlawan bersama dengannya.

"Jadi kau dah bersedia?"
"Macam aku selalu kata.Mari!"Katanya sambil mengeluarkan senjata yang sama dengan Rea.Iaitu Wanderer Ark.
"Jadi kau pun guna Ark eh?"Tanya Reino.
"Yep.Dan namanya Rage."
"Woah.Nama Ark aku Basutaro."katanya sambil mengeluarkan Basutaro.
"Hi"Katanya.
"Hmmm menarik"Kata Rage.
"Apa yang menarik?"tanya Rea.
"Tak apa lah.Baik kita terus bertarung."

Rea dan Reino lompat ke atas langit menuju ke Navorus yang hampir siap terbentuk.Rea menumpukan suatu serangan ke bahagian yang masih lagi tidak selesai terbentuk.Dan,serangan itu berjaya dengan sempurna serta membuatkan Navorus terjatuh.

Pada masa yang sama,kesemua unit pertama telahpun pulang dari medan pertempuran.Melihat Rea dan Reino, mereka semua bersama-sama membuat penyerangan ke atas Navorus.

Ballard mengarahkan pasukan yang hanya berada di darat untuk menolong orang yang masih hidup dan juga menyerang Navorus yang berada di tanah.

Beberapa tentera navorus juga bangkit.Khuatir akan rancangan itu tidak berjaya,Dani mengajak beberapa orang yang masih hidup untuk menghalang mereka untuk tidak menyerang pasukan ballard.

Koito dan Kabuso mengikuti Rea kerana,senjata Rea masih dalam keadaan model prototype yang boleh belakunya kerosakan.

Reino mengeluarkan jurus keduanya,initial release.Apa yang terjadi adalah,senjatanya yang tadi hanya menggunakan mod pedang bertukar menjadi mod penembak dengan cepat dan juga boleh dilakukan banyak kali tanpa henti.Tembakan yang dihasilkan olehnya lebih kuat jika dia menggunakan jurus tersebut.

Rea masih lagi menyerang bahagian yang telahpun hancur disebabkan serangan tadi.Pada masa itulah dia mendapati sesuatu pada badan navorus.Bahagian yang hancur selain dari tempat Rea yang dari tadi menyerang bercantum semula.

Dia terkejut kerana serangan itu juga tidak membuahkan hasil.Ballard dan lain-lain juga mendapat hasil yang sama.Navorus menumbuk Rea akan tetapi dia dapat bertahan menggunakan ark nya."Hahaha! Manusia bodoh.Kamu semua ingat serangan macam tu boleh ada kesan."Kata Lice yang selama ini bersembunyi di balik kegelapan.

"Heh?! Kau!"Kata Faro yang terkejut melihat kelibat Lice.Dia mengambil pedangnya dan meluru kearahnya.Lice begitu licik.Apabila pedangnya sudahpun sampai ke jarak yang boleh mengenainya,pedang itu hanya menembusi badannya.

Faro terkejut melihat itu dan juga ajalnya sudah tiba.Lice mengambil pisau dan menikamnya di bahagian dada Faro.Kesan tikaman yang begitu dalam membuatkan dia kehilangan banyak darah dan membuatnya rebah.

"Faro!"Jerit Ballard.
"Tak mungkin!?"Kata Dani.
"Tak guna..."
"Tak guna!!!"Jerit Rea.

Tangan Rea menggeletar akibat rasa ketakutan akibat di tidak dapat membuat apa-apa.Sama seperti kebanyakan rakan sepasukannya yang terkorban suatu masa yang dahulu.Yataru juga merasakan benda yang sama seperti yang Rea rasakan.Tentang kampungnya.

Dengan penuh rasa marah,dia membaca suatu mantera yang paling kuat untuk baginya untuk dibuat."μαύρη άβυσσος του νερού! (Jurang Air Hitam)"

Seluruh kawasan tempat Lice berpijak menjadi hitam dan tanah merekah membuat suatu lubang yang semakin membesar dibawah kaki Lice.Didalamnya terdapat air yang tidak dapat dilihat dasarnya.Dia jatuh kedalam lubang itu kerana dipanah oleh Izz yang berada di atas bumbung bangunan.Pada masa itulah,dia mengatakan kata-kata terakhir buatnya.

"Rea! Kau ingat! Walaupun aku sudah mati...Akan tetapi... versi aku yang lain akan tetap hidup!".

Lice akhirnya tenggelam kedalam lautan air yang berwarna hitam itu.Tanah kembali berada pada bentuk asalnya dan menutup lubang yang dibuat oleh Yata.Pada masa yang sama,dia juga rebah dan kutukan itu telahpun merebak ke satu badannya.

"Tch...Baik!"

Rea mengeluarkan seluruh kuasanya dengan bantuan Rage.Ark nya telahpun bercahaya merah dengan seluruh tangan kiri Rea telah bergabung dengan sel hitam itu.

Dia membelah sayap Navorus yang tadi tahap ketahanannya tersangat kuat.Tetapi kali ini ia seperti memotong kertas dengan pisau yang tersangat tajam.

"Semua! Serang navorus sekarang!"Jerit Ballard.

Mereka menyerang di bahagian yang sayap yang telahpun dihancurkan oleh Rea dan kali ini serangannya telah membuahkan hasil.Reino menggunakan Basutaro untuk bersedia untuk mengunci Navorus.

"Rea! Kau kena bagi teras dia terdedah.Baru aku boleh kunci."
"Baik.Burst Impact!"

Rea menghentam beberapa kawasan yang berkemungkinan ada benda yang adiknya minta.Rea terjumpa suatu berbola yang berada di tengah-tengah badan Navorus.Reino mengatakan bahawa itulah benda yang dia mahu.

Akan tetapi bila dia mahu mengunci,bahagian yang menyimpan benda itu tiba-tiba bercantum semula."Erggh.Benda ni cepat pulih!".Katanya.

Seluruh pasukan yang sedang bertarung dalam keadaan tidak mampu bertahan lagi.Rea mengambil suatu keputusan yang akan mengambil nyawanya."Buatkan suatu kubah sekeliling aku dengan Navorus."

"Hah?!"
"A...apa yang Rea sebut?"Tanya Koito.
"Dia akan gadaikan nyawa dia."Jawab Reino.
"Tak,mesti ada cara lain."Kata Asuka.
"Takde."
"Summoner! Buat suatu kubah pelindung! "Jerit Ballard.

Semua ahli sihir dan penyeru bersama-sama membuat kubah gergasi antara mereka semua dan juga Rea.Apabila Kubah itu telah siap,Rea berjalan kearah Navorus.Navorus tidak merasakan bahawa ada yang ancaman oleh Rea.

Dia hanya membawa Arknya dan bersedia untuk mengeluarkan jurus kehancurannya.Dia mengambil nafasnya dahulu."Haaaaa~ Baik.Impact Breaker!"

Dia menghentam tanah dan apa yang terjadi adalah seluruh tanah disekeliling beransur-ansur naik ke atas ke atas dan tiba-tiba terjadi letupan yang dahsyat.

Mereka yang berada di luar terpaksa menutup mata masing-masing kerana silau dari cahaya yang dikeluarkan.Navorus hanya menjerit kesakitan.Impak dari serangan Rea membuatkan kubah itu hampir pecah.Dan apabila gegaran itu sudah tenang,mereka semua kembali membuka mata masing-masing.

Alangkah terkejutnya semua orang bila melihat kawah yang sangat dalam terhasil dari serangan Rea.Reino melihat bahawa abangnya serta teras Navorus berada di tengah-tengah kawah tersebut.

Semuanya turun ke kawah itu untuk pergi menemui Rea setelah sihir membuat kubah itu telahpun dibatalkan.

"Hah...Hah...Tak sangka..."Kata Rea yang tercungap-cungap.

Seluruh badannya terluka dan juga arknya rosak.Lalu,dia pingsan kerana tenaga yang diperlukan untuk melancarkan serangan itu telahpun melebihi keupayaan dirinya.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now