BAB 44:BUNGKUSAN SUDAH SAMPAI

0 0 0
                                    

Rosmonwolf menghubungi Inchi,iaitu ketua dari penempa senjata Shoreshadow dan juga ketua bagi projek Rea untuk mengaktifkan portal ke dimensi Ambrosianda.Mendapat kebenaran dari direktur,dia meletakan senjata itu kedalam sebuah bungkusan besi.

Dan apabila portal terbuka,Inchi mengawal bekas itu menggunakan alat kawalan jauh kerana ia akan diaktifkan jika ada orang lain selain dari memegangnya.Kesannya,orang itu akan di makan oleh senjata itu.

"Dan hantar!"Jeritnya.

Roket yang di pasang pada bungkusan itu mengeluarkan api,mengumpul kelajuan dan terus memecut laju kedalam portal.

——————————————————

Rea berada di tembok yang masih lagi bertahan.Kebanyakan pasukan di bawah masih lagi bertarung.Mortar kebanyakannya sedang menembak ke tentera Navorus yang berkumpul.Dia memerikan arahan kepada kedua-dua kumpulan.

Barisan hadapan sedang dalam perjalanan pulang.Akan tetapi,bantuan yang paling cepat akan sampai dalam 20 minit.Rea pasti bahawa mereka tidak akan sempat sampai.

Pada waktu itu dia teringat bahawa dia boleh menggunakan sihir.Dia meminta Dani untuk memberikan beberapa sihir yang boleh membuatkan serangan yang cukup besar.Walaupun Dani hanya menggunakan Falcon (Iaitu suatu senapang jarak jauh yang mengunakan mana dan bentuknya begitu besar) dia boleh menggunakan sihir.

Dia memberikan empat jenis sihir yang mempunyai jarak yang jauh dan juga kawasan serangan yang besar.Dani berasa hairan mengapa Rea meminta mantera untuk melakukan sihir.

'Fire Mortar,Ice Mortar,Spark Mortar dan Divine Mortar eh? Mungkin yang ni cukup.'Bisik Rea.

Rea menumpukan seluruh mananya dan ada ribuan bebola mortar terbentuk dari mana nya.Dani terkejut melihatnya kerana bebola mortar yang bilangannya telalu banyak itu memerlukan bilangan mana yang cukup banyak.

"Heh rasakan ni!"

Berbola-bola mortar tersebut bergerak dengan laju dan menghentam semua tentera Navorus.Hampir seluruh pasukan Navorus lumpuh akibat terkena serangan itu.

Rea yang tercungap-cungap kerana pertama kalinya mengunakan sihir yang berat."Rea.Kau ok tak?".Tanya Dani.

Dia menganguk.

Dia melihat Navorus sedang mengangkat tangannya keatas sambil ada berbola yang berwarna hitam sedang terbentuk di atasnya.Sepertinya,dia akan menyerang tembok itu secara berseorangan.Apabila sudah,dia melemparkan berbola itu ke arah tembok.

"LARI!!!"Jerit Rea kepada semua orang yang sedang berada diatas tembok tersebut.

Apabila bola itu menyentuh tembok secara serta merta,ia meletup dan tembok itu hancur kerana impak letupan itu yang dahsyat.Mereka semua tidak dapat melarikan diri dan sama-sama jatuh bersama tembok tersebut.

Rea terbangun dan melihat ramai pasukan mortar telahpun rebah dan tidak berdaya untuk bangun.Kebanyakannya terkorban.Rea yang pada waktu itu mempunyai kecederaan yang begitu teruk.Tangannya berdarah.Begitu juga dengan badan dan kakinya.

Dia tidak boleh bangun.Dia mencuba akan tetapi tidak mampu.Navorus naik keatas tempat runtuhan tembok itu dan melihat Reamongo yang terbaring dihadapannya.

"Hahahaha! Kau ingat serangan kau tadi cukup untuk tumpaskan aku ke?"

Rea hanya boleh terdiam.Dia masih ingat tentang apa yang perlu dia lakukan.Dia mencuba bangun sekali lagi.Seperti yang dijangka,dia masih tidak dapat bangun.

"Jadi kau dah berjumpa dengan kawan lama aku Rodla,bukan?"Kata Navorus.

Rea memanggil Rage akan tetapi tidak dijawab olehnya."Heh kau nak panggil kawan kau tu? JANGAN MIMPILAH!"

Dia mengeluarkan pedangnya dan meluru ke rea untuk membunuhnya.Akan tetapi,bungkusan besi yang dikirim oleh Wolf telahpun sampai dan menghalang Navorus dari menyerang Rea.

"Ergh apa ini!?"

Rea bangun dan bungkusan itu terbuka dan diperlihat pedang yang dua kali lebih besar dari pedang pedang biasa.Wolf mengelarkan pedang itu sebagai The Frontier Ark.Rea memegang pemegang pedang itu dan ada beberapa sel yang berwarna hitam bergabung dengan Aud Rea.

"Rage...kau sedia?"
"MARI!"Jerit Rage yang telahpun berada di dalam pedangnya.

Pedang itu bersinar dengan warna merah darah dan Rea telahpun bersedia.

"Burst!"

Dia bergerak dengan laju dan menyerang Navorus dari belakang.Dari pada serangan itu,dia menyangka bahawa dia dapat menyerang dengan mudah.Akan tetapi Navorus menghalang dengan sepantas kilat,menahannya mengunakan pedangnya.

"Urgh.."
"Rage kau ok?"
"Ya.Tak perlu risau pasal aku.Lawan dia."

Disebabkan impak dari dua pedang yang dilagakan antara satu sama lain dan juga perbezaan kuasa yang sangat besar,Rea terpelanting jauh sehingga mengenai rumah salah seorang penduduk.

Rea masih boleh bangun akan tetapi,Navorus berada dihadapannya dan bersedia untuk menyerangnya.Rea tidak mampu untuk membalasnya kerana kelajuannya yang melebihi kelajuan manusia biasa.

Dia menahannya dengan menggunakan pedangnya dan secara tiba-tiba,dua besi yang Rea ingatkan ia sebagai pelindung tangan terbuka dan terus menahan serangannya.Dia hairan bagaimana ia terjadi.

'Rea!'Kata Wolf menggunakan Aud.
'Huh? Pakcik.'
'Ya.Sebenarnya senjata kau ada benda yang istimewa dari senjata lain.'
'Macam mana?'
'Ia ada tiga mod.Mod pedang,Mod penembak,dan Mod perisai.'
'Ada satu lagi mod,tapi yang tu nanti kamu tahu.'
'Baik!'

Rea membetulkan kekudanya dan menyerang Navorus secara berhadapan.Dia melibas pedangnya ke Navorus dengan sekuat hati.Navorus hanya menepis serangan itu akan tetapi itu adalah kesilapan besar.

Rea menukarkan pedangnya ke mod senapang dan menembak beberapa tembakan ke badan Navorus.Lukanya tidak begitu dalam akan tetapi kesannya begitu kuat.Dan Rea mengambil kesampatan itu untuk menguncinya.

"Heh...Kau...Kau ingat macam tu ke aku boleh...Kalah?"

Rea menghiraukan apa yang dikatakan olehnya dan sambung membaca mantera pengunci.Dani yang pada waktu itu baru sahaja terbangun dari pingsan melihat aura hitam yang naik ke langit yang dimana ia terletak di rumah yang Rea dan Navorus berada.

Rea yang telah melengkapkan sihir tersebut mendapati bahawa sihir itu tidak berkesan.Navorus hanya ketawa terbahak-bahak dan bangun.

Menunjukkan rupa yang sebenarnya.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now