BAB 36:KERJA GILA

1 0 0
                                    

Asuka baru sahaja selesai bertarung dengan buaya sambung berjalan di tepi-tepi sungai.Dan apabila dia melihat Yataru sedang mengumpul kembali tenaga selepas berlari tadi.Asuka pergi menghampiri Yata.Dia terkejut dan dia menghindar darinya."Oh...Maaf"Kata Yata

"Ah takpe." 
"Baguslah." 
"Aku nak tanya mana Rea."Tanya Asuka. 
"Rea...?Rea...!"Kata Yata yang mengambil senjatanya dan pergi kembali ke arah dia dan Rea bertarung. 
"Eh tunggu aku."

Rea sambung melarikan dirinya dan dia hampir diserang oleh Raigados.Akan tetapi,dia sudah sampai ke ajalnya.

Dia sampai ke kawasan di tepi jurang yang sangat dalam.Dia yang tercungap-cungap kerana dia berlari dengan jauh.Akan tetapi,kedua-dua Raigados itu berada di hadapan Rea.'Hah....Aku kena ada idea...cepat.'

Rea hanya membeku di situ.Dia sudah tiada jalan lain.Antara dia bertarung dengan kedua-dua Raigados.Ataupun lompat kedalam jurang yang tersangatlah dalam.

Dia akhirnya mendapat idea yang sangat gila dan pada masa yang sama paling efektif.Rea mengikat badannya menggunakan tali dan mengeluarkan seketul daging dan menunjukkan kepada Raigados.

Mereka berdua meluru kearah Rea dan dia memulakan plannya.Dia melompat masuk kedalam jurang itu bersama kedua-dua Raigados.Tali yang diikat dibadan Rea tadi sebenarnya ia tersambung dengan batu yang berada di atas.

Dan kedua-dua Raigados jatuh dengan laju ke dasar jurang itu.Dia juga melempar daging yang dia pegang ke dasar.Selepas melihat daging itu jatuh Rea memanjat balik keatas.Dan melihat Yata dan Asuka menunggunya di tepi jurang."Heiiii.Boleh tolong tak."Tanya Rea.

"Baik."Kata Asuka. 
"..."

Mereka berdua menolong rea naik keatas.Setelah beberapa tarikan,mereka berjaya menaikan Rea.Mereka bertiga merebahkan badan diatas tanah dan sambil menghirup udara selepas mereka bertarung berbagai benda."Jadi.Misi kita selesai?"Tanya Asuka.

"...Ya..."Jawab Yata dengan nada biasanya.

Mereka hanya berada disitu.Dan Rea mendapat suatu idea untuk mengenali ahli pasukannya."Jadi disebabkan kita ada dekat sini nak tak korang sebut pasal latar belakang korang."

'Umm Rea kau tau kan yang tu idea yang tak bagus.'Kata Rage. 
'Eh aku cuma nak tahu je.' 
'Salah tu.'

Kemudian Asuka setuju untuk menceritakan serba sedikit tentang latar belakangnya."Baik mula dari mana eh.Aku ni sebenarnya anak daripada raja dari seluruh naga-naga."

"Raja naga?!" 
"Ya? kenapa kau tak pernah dengar ke?" 
"Ummm tak.Sebenarnya aku nak buat pengakuan sedikit." 
"Kau tak suka aku?" 
"Tak.Sebenarnya aku ni datang dari dimensi lain."
"Oh.Begitu."

Pada waktu itu,Yata mengecam sesuatu yang sama tentang Rea dan kesemua ahli Unit pertama."Semua...Unit...Pertama...Sama..".Rea pun hairan tentang apa yang Yata cuba sampaikan dan juga mengigati kebanyakan ahli guild Reckreos adalah dibawah Nightbane.

"Yah jadi dimensi aku dah tak ada naga." 
"Huh tak mungkin.Macam,tiada langsung catatan langsung pasal naga?"Tanyanya. 
"Sebenarnya ada." 
"Jadi apa yang ada pasal naga." 
"Selalu bunuh orang, makhluk kemusnahan dan makhluk pemusnah alam."

Asuka hanya terkejut apabila mendengar tentang apa yang telah berlaku pada naga pada dimensi Rea.Rea hanya mengeluh kerana dia dahulu sangat menyukai naga dan mahu berkawan dengannya jika diberi peluang.Akan tetapi,pada dimensi ini dia dapat berjumpa dengan keturunan naga.

"Jadi Yata.Kau ada tak nak cerita pasal latar belakang kau." 
"Tak." 
"Ok." 
"Jadi apa aku cerita sedikit."

Selepas beberapa minit Rea menerangkan tentang latar belakangnya."Jadi apa kau nak cari adik kau dalam dimensi ni ke."Tanya Asuka.

"Ya sebabnya aku mimpi pasal tu.Aku pun dah lupa dia."

Mereka berdua hanya sambung memandang ke arah langit senja."Dah lewat ni."Kata Rea.

"Ya..."

Mereka bertiga bangun dan meninggalkan tempat itu.Misi mereka berjalan dengan lancar walaupun Rea diserang oleh orang Lice.Pada masa yang sama, Rage yang sedang bersembunyi di dalam bilik yang ada dalam koridor kerana dia tidak mampu untuk melawannya sendiri.Semua serangannya seperti tiada kesan terhadapnya.

Rea juga berasa sedikit kesakitan di bahagian dadanya disebabkan beban oleh membawa serpihan dari Navorus.Akan tetapi,dia terus bertahan.

Mereka pulang pada waktu malam dan disambut seperti biasa oleh Sorana.Faro masih sahaja berada ditempatnya.Asuka dan Yata pergi berehat dahulu kerana seharian berjalan.Manakala Rea masih berada dikawasan ruang legar."Hei."Kata Faro dengan nada kebiasaannya.

"Yep.Kenapa?" 
"Tadi ada dua orang cari kau." 
"Huh.Kejap sorang tu pakai baju jaket warna cyan dengan hitam dengan sorang lagi pakai baju hitam?" 
"Umm tak.Dua-dua tu pakai pakai kain warna hitam." 
"Aku tak tahu sangatlah." 
"Hmm macam tu ke."

Kemudian Foco secara tiba-tiba tembus melalui dinding dan mengejutkan Rea dan Faro."Halo."."Wargh!?Kenapa kau boleh tembus dinding!"Tanya Rea.

"Heee,kenapa terkejut ke." 
"Yalah!"Balas Faro. 
"Maaf~" 
"Baik.Jadi kenapa kau datang."Tanya Rea. 
"Oh direktur nak jumpa dengan kau." 
"Owh ok."

Faro menjadi curiga kerana dia tidak pernah mendengar pun seseorang yang menjadi direktur guild ni."Hei Foco,siapa direktur kita".Dia hanya tersenyum lebar dan menjawab."Rahsia."

Dia yang sudah naik angin dengan Foco terus mengambil senjatanya dan menunding kearah Foco.Disebabkan takut,Foco dengan cepat mengeluarkan kepalanya dari dinding tersebut."So aku pergi dulu eh."

Dia hanya mengangguk.Rea pergi ke lif untuk naik ke tingkat ketiga.Tingkat itu hanya untuk orang-orang 
yang penting dan juga pejabat ketua guild.Ia juga merupakan hub komunikasi antara Guild Reckreos dengan guild-guild yang berada dibawah Nightbane.

Foco kali ini menembusi kedalam lif.Rea tidak terkejut kerana dua kali berturut-turut dia melihatnya membuat sebegitu."Jadi...Kenapa direktur panggil aku?"Tanya Rea dengan penuh curiga.

"Nanti kau tahulah"Jawabnya.Mereka berdua sampai ke tingkat ketiga sejurus Foco berkata begitu.Dan apabila hendak masuk kedalam bilik komunikasi,Rea memberhentikan langkahnya."Kenapa?"

"Tak aku cuma.Maaf pasal Kopol."Kata Rea yang meminta maaf kepada Foco terhadap abangnya yang hilang apabila konflik itu berlaku. 
"Yah benda dah nak jadi." 
"Dia tu rakan yang bagus."

Pada masa itu,Foco sebenarnya sedang mengalirkan air mata tanpa disedari oleh Rea.Kematian Kopol memberi kesan yang mendalam terhadapnya.Dia memejamkan matanya untuk menenangkan dirinya."Jadi nak teruskan?"Tanya Foco.

"Yah."

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now